Friday, January 27, 2012

Mengenali Playboy


Buaya darat, kasanova, mata keranjang adalah perkataan berbeza tetapi membawa maksud yang sama. Nama-nama samaran ini adalah sinonim untuk kategori lelaki yang gemar memikat dan menggoda wanita. Apakah sebenarnya tujuan mereka menjadi golongan seperti ini?

Ciri-ciri lelaki 'Playboy'


1) Sentiasa berpenampilan menarik. Ini adalah 'umpan' wajib bagi menarik hati si gadis yang bakal menjadi mangsa. Biar muka sekadar ada, tetapi penampilan mengalahkan model terkenal dunia.

2) Bermulut manis dan romantis. Kata-katanya bak madu yang mendapat perhatian semut. Sememangnya ayat yang dituturkan menjadi daya penarik yang turut memainkan peranan dalam mendapatkan mangsa. Lelaki lain juga kadangkala bermulut manis, tetapi lelaki 'playboy' bijak bermain kata dan janji.

3) Selain bijak bermain kata-kata, muka yang kacak dan tubuh yang sasa adalah salah satu bonus yang mereka gunakan dengan sebaiknya bagi menggoda wanita.

4) Golongan lelaki playboy ini juga adalah serupa dengan lelaki yang lain, menjalani kehidupan sebagai manusia yang memerlukan cinta dan kasih sayang. Bezanya mereka mempunyai ciri-ciri yang mungkin tidak ada pada seorang lelaki normal yang setia pada cinta yang satu.

5) Mereka menjalani kehidupan bak romeo yang berdarjat tinggi. Dalam kata lain, 'biar papa asal bergaya'. Kehidupan mereka seolah-olah bekerja besar dengan tinggal di rumah mewah dan memandu kereta berjenama. Hakikatnya kerjaya mereka adalah biasa-biasa sahaja.

6) Ramai teman-teman di kalangan wanita. Boleh dikatakan semua nombor di telefon bimbitnya adalah nombor hak milik wanita. Ini adalah lambang kemegahan seorang lelaki yang bergelar 'playboy'. Mereka mempunyai ramai teman wanita dan seolah-olah menganggap bilangan wanita yang dikumpulkan adalah sebagai koleksi atau trofi yang terhebat.

7) Tidak suka komitmen. Bagi mereka, komitmen itu adalah suatu yang menyusahkan hidup dan leceh. Tiada komitmen maka tiada perjanjian dalam hubungan dan mereka bebas untuk menentukan sama ada untuk terus bersama dengan si gadis atau angkat kaki mencari mangsa baru.

Mungkin ada banyak lagi ciri-ciri yang disembunyi oleh si 'playboy' tetapi apa yang pasti, mereka mempunyai daya penarik tersendiri yang mampu menarik gadis-gadis untuk menjadi mangsa mereka. Hati-hati la wahai kaum hawa di luar sana yea, jangan jadi mangsa kepada lelaki pemain cinta, kelak diri sendiri merana..