Ujian ESR ataupun lebih dikenali sebagai ujian pemendapan sel darah merah sering dilakukan di makmal hematologi.
Prinsip :
Darah yang mengandungi antibekuan dimasukkan ke dalam tiub Westergren atau Wintrob yang diletakkan secara menegak dan dibiarkan mengenap selama 1 atau 2 jam. Sel-sel darah akan membentuk gumpalan atau 'rouleaux'. Gumpalan ini menjadu berat dan akan mengenap ke bawah. Maka kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah di dalam ukuran milimiter(mm) menunjukkan keputusan ESR.
Teknik :
a) Wintrob
b) Westergren
a) Teknik Wintrob
Prinsip :
Apabila darah yang beranticoagulant dimasukkan ke dalam satu tiub pengenap Wintrob dan dibiarkan mengenap dalam satu tempoh masa, maka terhasil satu kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah. Kolum ini diukur sebagai kadar pemendapan sel darah merah per masa yang dibiarkan dalam ukuran mm yang menunjukkan keputusan ESR.
Prosedur :
1) Masukkan spesimen darah yang telah disebatikan dengan sempurna ke dalam tiub Wintrob dengan menggunakan pipet sehingga ke paras '0' dan elakkan sebarang gelembung udara terhasil.
2) Tegakkan tiub Wintrob tersebut pada rak Wintrob dan biarkan selama 1 jam pada suhu bilik.
3) Selepas 1 jam, baca kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah di dalam ukuran mm per jam(mm/jam)
2) Teknik Westergren
Prinsip :
Apabila darah yang beranticoagulant dimasukkan ke dalam satu tiub pengenap Westergren dan dibiarkan mengenap dalam satu tempoh masa, maka terhasil satu kolum plasma yang terpisah daripada sel-sel darah. Kolum ini diukur sebagai kadar pemendapan sel darah merah per masa yang dibiarkan dalam ukuran mm yang menunjukkan keputusan ESR.
Prosedur :
1) Masukkan darah yang mengandungi antibekuan 3.13% trisodium citrate (1:4) ke dalam tiub Westergren hingga ke paras '0'.
2) Pastikan gelembung udara tidak terhasil.
3) Letakkan tiub Westergren pada rak Westergren secara menegak dan biarkan selama 1 jam atau 2 jam pada suhu bilik.
4) Ambil bacaan selepas 1 atau 2 jam dan laporkan dalam mm per jam (mm/jam) atau per 2 jam.
Anggaran normal
1) Lelaki (1-7 mm/jam)
2) Perempuan ( 1-9 mm/jam)
3) kanak-kanak (0-15 mm/jam)
Kewaspadaan
1) Pastikan tiada gelembung udara di dalam tiub pengenap.
2) Kedudukan tiub dan rak mestilah lurus dan tegak, tiub yang condong boleh menyebabkan ralat, contohnya tiub yang sendeng 3 darjah boleh menyebabkan ralat sebanyak 30%.
3) Jauhkan rak dan tiub daripada alat pengempar bagi mengelakkan gegeran.
4) Nisbah isipadu darah dan antikoagulan hendaklah betul dan tepat (1:4)
5) ESR perlu dijalankan pada suhu bilik, peningkatan suhu boleh meningkatkan keputusan ESR.
6) Pastikan tiub tidak bocor.