Saturday, April 28, 2012

Khasiat Buah Zaitun











 
Buah zaitun yang kaya dengan vitamin E ini dikatakan mampu melindungi sel-sel dari radikal bebas yang berbahaya. Ia bukan je boleh digunakan di dalam bidang masakan, malah baik untuk kegunaan luaran.

Cegah Darah Beku

Sebatian antioksidan dengan peningkatan nitrik oksida menjadikan molekul jantung sihat yang meningkatkan pelebaran pembuluh darah dan aliran darah.


Mengurangkan Risiko Kanser














Diet yang kaya dengan minyak zaitun mampu mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan asid olik yang terdapat di dalamnya.


Meningkatkan Metabolisme

Setengah cawan buah zaitun setiap hari mampu mencegah kegemukan. Khasiat lemak tidak tepu dalam buah zaitun mempercepatkan pembakaran lemak dan mencegah gula diubah menjadi lemak.


Melambatkan Proses Penuaan

Semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Ia juga bertindak sebagai julap dan menyingkirkan cacing di dalam badan.


Hindar Penyakit Kardiovaskular dan Asteriosclerosis

Ia kaya dengan bahan fenol dan antioksidan tinggi yang mampu mencegah proses radang, pembekuan darah dan mencegah masalah jantung.


Kecantikan

Melembapkan dan melembutkan kulit kering. Selain menyihatkan rambut, ia membekalkan vitamin E serta digunakan untuk urutan terapi.