Gambar Kuala Lumpur tahun 1960-an


Sedang melayari internet, ternampak plak gambar2 bandaraya Kuala Lumpur tahun 1960-an. Pada tahun ni saya pun tak lahir lagi..gambar2 yang dipaparkan semuanya bewarna dan terang..seronok jugak lihat sejarah bandaraya Kuala Lumpur suatu ketika dulu..








Abdul Rahman Talib



Abdul Rahman dilahirkan pada tahun 1916 di Temerloh Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahiran beliau dan kemudian melanjutkan pengajian di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak. Abdul Rahman memulakan kerjayanya pada tahun 1940 dengan bertugas sebagai guru di Sekolah Abdullah, Kuantan. Selepas hampir lima tahun menjadi pendidik, beliau dilantik menjadi Penolong Nazir Sekolah-sekolah Melayu Pahang pada tahun 1945. Pada tahun 1952, beliau telah mengasaskan Jabatan Hal Ehwal Agama di Jabatan Pelajaran Pahang

Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan selain daripada itu juga merupakan Ahli Bersekutu Majlis Kebangsaan. Pada tahun 1956, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Pengangkutan pada tahun 1957, Menteri Perdagangan dan Industri pada tahun 1959, Menteri Pelajaran pada tahun 1960 hingga 1962, Menteri Kesihatan pada tahun 1962, dan kembali menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1964. Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beliau telah mengemukakan satu laporan yang mengandungi usul dan saranan yang penting untuk memperbaiki sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Abdul Rahman Talib. Melalui laporan itu beliau memberi penekanan terhadap peningkatan penggunaan Bahasa Melayu dalam sistem pelajaran pada ketika itu.

Di antara saranan yang dikemukan dalam laporan itu mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib selain Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu mesti diajar dari darjah satu di semua jenis sekolah rendah dan syarat lulus dalam Bahasa Melayu bagi calon-calon ke sekolah menengah, pusat latihan guru dan memberi insentif kepada guru-guru supaya mendapat kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pada tahun 1962, Abdul Rahman telah mendapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh Universiti Malaya. Ketokohan Abdul Rahman bukan sahaja dalam bidang politik tetapi juga dalam pendidikan. Begitu banyak jasa yang dicurahkan terutama dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Beliau telah bersara pada tahun 1965 dan menghembuskan nafas yang terakhir pada 18 Oktober 1968 di Kaherah, Mesir.


SUMBER

Kota Fort Cornwallis



Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu. Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.



Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.







Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang mashyur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.

Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat India Timur Belanda, dan jata syarikat tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu.




Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentakbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920s. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.


SUMBER

100 Manusia Yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah



Susunan "ranking" ini dibuat oleh Michael H. Hart didalam bukunya yg bertajuk:
The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History.Sesiapa yg ada maklumat mengenai sejarah latar belakang mereka dan kejayaan-kejayaan mereka ini bolehlah berkongsi bersama-sama warga CG yg lain disini.

Jika anda rasa ada manusia lain yg lebih layak masuk dalam senarai ini bole juga maklumat mengenai beliau dikongsi disini. Terima Kasih.

1 Muhammad
2 Isaac Newton
3 Jesus Christ
4 Buddha
5 Confucius
6 St. Paul
7 Ts'ai Lun
8 Johann Gutenberg
9 Christopher Columbus
10 Albert Einstein
11 Louis Pasteur
12 Galileo Galilei
13 Aristotle
14 Euclid
15 Moses
16 Charles Darwin
17 Shih Huang Ti
18 Augustus Caesar
19 Nicolaus Copernicus
20 Antoine Laurent Lavoisier
21 Constantine the Great
22 James Watt
23 Michael Faraday
24 James Clerk Maxwell
25 Martin Luther
26 George Washington
27 Karl Marx
28 Orville and Wilbur Wright
29 Genghis Khan
30 Adam Smith
31 Edward de Vere a.k.a. William Shakespeare
32 John Dalton
33 Alexander the Great
34 Napoleon Bonaparte
35 Thomas Edison
36 Antony van Leeuwenhoek
37 William T.G. Morton
38 Guglielmo Marconi
39 Adolf Hitler
40 Plato
41 Oliver Cromwell
42 Alexander Graham Bell
43 Alexander Fleming
44 John Locke
45 Ludwig van Beethoven
46 Werner Heisenberg
47 Louis Daguerre
48 Simon Bolivar
49 Rene Descartes
50 Michelangelo
51 Pope Urban II
52 'Umar ibn al-Khattab
53 Asoka
54 St. Augustine
55 William Harvey
56 Ernest Rutherford
57 John Calvin
58 Gregor Mendel
59 Max Planck
60 Joseph Lister
61 Nikolaus August Otto
62 Francisco Pizarro
63 Hernando Cortes
64 Thomas Jefferson
65 Queen Isabella I
66 Joseph Stalin
67 Julius Caesar
68 William the Conqueror
69 Sigmund Freud
70 Edward Jenner
71 Wilhelm Conrad Roentgen
72 Johann Sebastian Bach
73 Lao Tzu
74 Voltaire
75 Johannes Kepler Lutheran
76 Enrico Fermi
77 Leonhard Euler
78 Jean-Jacques Rousseau
79 Nicoli Machiavelli
80 Thomas Malthus
81 John F. Kennedy
82 Gregory Pincus
83 Mani
84 Lenin
85 Sui Wen Ti
86 Vasco da Gama
87 Cyrus the Great
88 Peter the Great
89 Mao Zedong
90 Francis Bacon
91 Henry Ford
92 Mencius
93 Zoroaster
94 Queen Elizabeth I
95 Mikhail Gorbachev
96 Menes
97 Charlemagne
98 Homer
99 Justinian I
100 Mahavira
____________

GPS Pertama dan Terawal Di Dunia


Siapa kata pada zaman dahulu tiada GPS? Walaupun pada zaman dahulu tiada lagi GPS elektronik yang canggih seperti yang dihasilkan seperti zaman kini, tetapi gambar di bawah ini sudah cukup menunjukkan kewujudan GPS pada zaman dahulu..



Restoran McDonald's Pertama Di Malaysia



PADA awal tahun 1980-an, McDonald's, satu jenama rangkaian restoran makanan segera terkemuka dunia, masih begitu asing kepada rakyat tempatan tetapi kini ia hampir ada di mana-mana.

Lebih dikenali sebagai restoran khidmat segera (QSR), McDonald's terus berkembang, sekali gus membuktikan kemampuannya meningkatkan pasarannya ketika pengendali lain sama ada dari luar atau dalam, gagal mempertahankan kedudukan mereka dalam pasaran.

McDonald's masih terus kekal sebagai sebuah syarikat francais Restoran Khidmat Segera. Kejayaannya banyak bergantung kepada para pemegang francais yang memainkan peranan utama menjayakan operasinya. Kami telah berkembang secara berperingkat-peringkat di negara ini.

Restoran McDonald's Bukit Bintang sekarang

Bermula dengan sebuah restoran pertama di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tahun 1982, ia kini mempunyai 152 restoran di seluruh negara. McDonald's merancang untuk memfrancaiskan empat hingga 25 buah restoran sepanjang tiga tahun akan datang.


SUMBER

Trak Terbesar Di Dunia



Mesin raksasa Liebherr T 282B adalah dumptruck terbesar yang dibina tahun 2004 oleh syarikat Jerman. Trak seberat 203 Tan ini dapat mengangkut muatan sebanyak 365 tan, dan menghasilkan tenaga kira-kira 3650 Kuasa Kuda.

Features:
Weight: empty – 203 tons; maximum capacity – 365 tons; maximum operating weight – 592 tons
Length: 14.5 m long
Height: 7.4 m tall
Wheelbase: 6.6 m
Top Speed: 40 mph or 65 kph
Costs: US$3.5 M

Emerald Jewel Wasp - Tebuan Parasit



Emerald jewel wasp (sejenis tebuan parasit) adalah satu evolusi yg dahsyat dan mengagumkan .
Tebuan betina ini, tidak suka membawa larva di dalam rahimnya tapi ia hanya bertelur di bahagian badan serangga lain dan berharap larvanya akan menetas & mencari jalan untuk hidup seperti serangga lain, yang pastinya bahawa larva itu akan menetas di atas sumber makanan pilihan mereka iaitu lipas. Lipas ialah serangga yg tipikalnya adalah agresif, dan dua hingga tiga kali lebih besar daripada tebuan ini.




tebuan ini telah menemui cara utk bertelur yg sangat inventif dan tidak masuk akal untuk kita berfikir bagaimana ia melakukannya dan uhmmm…ianya sungguh menakutkan.

Seperti seorang pakar bedah, tebuan ini menggunakan penyengat yang panjang untuk menusukkan bius kepada lipas yang terkejut bagi melumpuh dan membiuskan bahagian depan badan lipas. Selepas itu, tebuan ini boleh mengambil masa utk berehat seketika. Kemudian sampai masanya untuk tebuan menyuntik bagi kali kedua.

Untuk memastikan suntikan kedua ini sempurna, tebuan akan tusukkan penyengatnya ke dalam kawasan tertentu di bahagian otak lipas. Ia akan menyuntik racun yg lebih kuat ke dalamnya, tebuan ini akan memastikan tempat yg ditusuk itu tepat dan menyekat reseptor neurotransmitter yang ada pada lipas itu bagi memusnahkan reaksi dan tindak balas lipas supaya lipas itu tidak boleh terbang atau bergerak lagi.



Iyekk, tebuan ini tahu bagaimana untuk melaksanakan prosedur ini.

Setelah tebuan menguasai lipas itu ia akan membawa lipas tersebut pulang ke sarangnya. tebuan ini akhirnya akan bertelur di atas lipas tersebut. Ia juga akan mematahkan sesungut/antenna lipas itu untuk minum darahnya bagi menambah tenaga dan kehausannya (lipas itu masih hidup), kemudian tebuan akan keluar dari sarang dan mengambil beberapa biji batu kerikil utk menutup sarangnya.

Selepas 3 hari, telur tebuan akan menetas dan larva perlahan-lahan memakan organ dalaman lipas tersebut sehingga mereka membentuk satu kepompong dan akhirnya barulah lipas itu akan mati. Selepas beberapa hari anak tebuan akan keluar dari kepompongn atau sekam lipas mati itu untuk memulakan kehidupan sendiri sebagai pakar bedah di kemudian hari.


Sesiapa yg nak tahu lebih lanjut, boleh tonton video di bawah. Kehebatan seekor tebuan dan kesengsaraan seekor lipas.



SUMBER

Seluar Jeans Levi's Tertua Di Dunia


Tuan empunya jeans tertua ni sekarang adalah Levi Strauss & Co sendiri dan disimpan rapi kat stor Levi’s di San Francisco. Jeans ni buatan tahun 1879 pastu ada buckle-back. Regenya kini mencecah US$150,000 (RM480,000). Levi's mempatentkan seluar jeans nya pada tahun 1872.

Ini bermakna seluar itu hanya 7 tahun selepas Levi's ditubuhkan. Jeans nih 100% organik (maksud sumber benang kain di jahit dari sumber organik. zaman nih takde baja kimia lagi).

Jom tengok gambar, camner rupanya jeans levi's pertama di dunia..




Cara Scammer Scam Orang Di Internet



Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ada mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.
Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.


Modus operandi

a. Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet
(chatting/ e-mail)

b. Saspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.

c. Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.


d. Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran. Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.

e. Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.
Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.

Nasihat :

Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. – Facebook PDRM

P/S : Mohon share untuk peringatan bersama :)

Tasik Mines



  • Tasik Mines merupakan bekas lombong Hong Fatt yang diberi nama oleh pendatang China bernama Chan Wing.
  • Selepas perlombongan dihentikan, lubang besar sepanjang 2 kilometer dan 1 kilometer lebar membentuk tasik sedalam kira-kira 200 meter yang dapat dilihat pada hari ini.
  • Tasik bekas lombong bijih timah terbesar dunia seluas 60 hektar itu menjadi rumah kepada 3 ikan arapaima melebihi 2 meter. Selain itu, banyak spesies ikan lain termasuk ikan keli juga terdapat di dalam tasik itu.
  • Ia meliputi sebahagian besar Mines Resort City yang dibangunkan hasl idea hartawan Tan Sri Lee Kim Yew pada akhir tahun 1980-an.
Ikan keli yang terdapat di dalam tasik ini..

Restoran Pertama Mcdonald's


McDonalds pertama dibina pada Disember 1948 oleh pasangan adik beradik Richard dan Maurice McDonald di San Bernadino, California.

Pada awalnya McDonalds ialah sebuah diner yang menjual pelbagai makanan tetapi Richard dan Maurice menyedari mereka lebih banyak menjual hamburger, kentang goreng dan milkshake berbanding makanan lain.

Mereka mendapat idea untuk membuka restoran yang hanya menyediakan menu yang kecil tetapi dengan servis yang pantas.

Maka konsep restoran "makanan segera" pun tercipta dan cara makanan dihasilkan di McDonalds banyak dipengaruhi sistem assembly line kilang pembuatan kereta Ford.

Pada waktu ini maskot McDonalds bukanlah Ronald McDonald tetapi Speedee.





Klik gambar untuk besarkan
  

Kaki dan tangan palsu zaman dahulu kala


Anggota palsu seperti kaki dan tangan palsu direka dan dihasilkan untuk individu yang mengalami kecacatan dan kehilangan anggota badan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Tahukah anda bagaimana rupa/bentuk kaki dan tangan palsu pada zaman dahulu kala? Jom tengok..





















SUMBER

Lain-lain artikel yang best!