7 Perkara Yang Membuatkan Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.


2. Tekad Bermotivasi.

Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.

Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.


4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!



5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.



6. Lihat Warna Cerah

Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.



7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan

Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.



Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

For thing to change I must change first,

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Tips jimat belanja 2011


1. Beli barang pada harga borong/pukal

Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !

2. Beli barangan second hand @ lelong murah

Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang jauh
lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku second hand termasuklah di www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok. Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.

3. Musim Promosi & Megasale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh lebih murah pada waktu promosi.

4. Manfaatkan kelebihan iTalk & Promosi Terkini

Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.

5. Kitar Semula / Recycle

Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama, botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang lebih
bersih.

6. Gunakan banyak Member/Privillege Card

Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards, jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh ditukarkan hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing yang ada nilai.

7. Beriadah di tempat awam

Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan berjogging sendiri di tempat² reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.

8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan

Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya. Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.

9. Kurangkan makan di fast food restaurant

Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai yang banyak kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.

10. Masak & Makan di rumah

Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain makanan/minuman yang boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di rumah.

11. Rancang perjalanan & jimat petrol

Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke pasaraya memana.
Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari, sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.

12. Semak bil utiliti bulanan anda

Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil² utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa² langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh dihapuskan, better buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh hidup walau tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.
Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut
lelama.

13. Jimat letrik & air

Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan. Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat² pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.

Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan penggunaansekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap hari.Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang terbuka.

Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih jimat bil letrik lebih banyak. Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan. Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.

14. Kelebihan Insurans/Medical Card

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri. Tapi pastikan pelan yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan anda.

15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’

Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction. Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih. Ia tak merugikan malah menguntungkan lagi.

16. Guna Kad Kredit dengan Bijak

Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe memenangi peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam Ambank at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang dibelanjakan.

17. Beli Gadjet jika benar2 diperlukan saja

Cuba hold dulu beli gadjet yg baru keluar di pasaran. Insya-Allah x lama lagi gadjet tu pasti turun harga. Pastu selidik dan kaji pakej gadjet yg ditawarkan. Cth to own smartphone, let say HTC7, phone rm 1399, kene subscribe talk plan rm50 sebulan, data plan 75 sebulan for 1 year contract, 1 tahun alone dh kene bayar dekat rm3k. kalau tak guna leh jimat 3k!! “Peer pressure mmg tak best, kita rasa teringin nak beli iphone bila kawan2 kita ada. Apapun iphone mahal, kene subscribe data plan dgn kontrak 12 bulan pulak tu. Kelak habis jer duit. Jadilah seperti ikan kt laut, walau berenang dan bernafas dalam laut masin, isi ikan tetap tak rasa masin”

18.Pilih Broadband Terbaik & Paling Sesuai

Terlalu banyak pakej yg ditawarkan pada masa ini. Tak salah kalau kita menukar pelan yg mungkin lebih sesuai dengan kita. Jadi semaklah pakej2 terkini di website2 internet service provider yg ada.


19. Bayar Bil Online

Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online, Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

20. Berhenti Merokok

Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik untuk diri anda.

Ujian fungsi hati @ Liver Function Test(LFT)

Ujian fungsi hati atau ‘liver function test(LFT)’ adalah ujian darah biokimia berkelompok yang direka untuk memberikan maklumat tentang keadaan hati pesakit. Parameter yang ditaksir adalah seperti PT/INR/aPTT, albumin, bilirubin(langsung dan tidak langsung). transaminases(AST/ALT (SGOT/SGPT)) adalah enzim yang tidak termasuk dalam ujian fungsi hati, tetapi enzim ini bertindak sebagai ‘biomarker’ atau menanda kepada kerosakan hati.

Ujian ini memerlukan serum atau plasma sebagai spesimen yang diperoleh dari darah pesakit. Darah pesakit diempar pada kelajuan dan masa yang telah ditetapkan bagi mengasingkan serum dan sel darah merah. Enzim yang dikesan dan ditakrif adalah seperti :

1. Alanine transaminase (ALT)

Alanine transaminase(ALT) juga dikenali sebagai Serum Glutamic Pyruvate Transaminase (SGPT) atau Alanine aminotransferase (ALAT) adalah sejenis enzim yang hadir di dalam hepatosit(sel hati). Kerosakan sel hati boleh menyebabkan enzim ini terbebas ke dalam darah di mana ianya ditaksir. Peningkatan enzim ini secara mendadak di dalam darah menunjukkan kerosakan hati akut seperti ‘viral hepatitis’ dan ‘paracetamol (acetamenophen) overdose.Julat normal bagi kehadiran enzim ini di dalam darah adalah 9 hingga 40 IU/L.

2. Aspartate transaminase (AST)

Aspartate transaminase (AST) juga dkenali sebagai serum glutamat oksaloasetat transaminase (SGOT) atau aspartate aminotransferase (ASAT) merupakan enzim yang serupa seperti ALT yang berkaitan ‘parenchymal cell’ hati. Kandungan enzim ini yang meningkat secara mendadak di dalam darah menunjukkan terdapatnya kerosakan hati. Namun, ianya berbeza dengan ALT dimana enzim AST ini juga terdapat dalam sel darah merah, otot jantung dan rangka, oleh itu ianya tidak boleh dikatakan berada di hati sahaja. Nilai yang didapati daripada penaksiran enzim ALT dan AST kadangkala berguna bagi menentukan dalam membezakan punca kerosakan hati. Peningkatan enzim AST tidak spesifik untuk kerosakan hati sahaja, ianya digunakan juga sebagai penanda fungsi bagi otot kardiak jantung. Julat normal bagi kehadiran enzim ini di dalam darah adalah 10 hingga 34 IU/L.

3. Alkaline phosphatase(ALP)

Alkaline phosphatase(ALP) adalah sejenis enzim yang terdapat di dalam lapisan sel hempedu pada hati. Kadar ALP dalam plasma darah akan meningkat disebabkan beberapa punca antaranya adalah ‘intrahepatic cholestasis’. Enzim ALP juga terdapat di dalam sel tulang dan plasenta. Oleh itu, kadar enzim ALP yang tinggi boleh juga ditaksir pada kanak-kanak yang meningkat remaja (dimana tulang-tulang mengalami pertumbuhan) dan pesakit yang sudah berumur yang mengalami penyakit Paget’s. Julat normal bagi kehadiran enzim ini di dalam darah adalah 20 hingga 140 IU/L.

4. Glutamil transpeptidase gamma (GGT)

Enzim ini cukup spesifik dan penanda yang lebih peka terhadap kerosakan ‘cholestatic’ dari enzim ALP. Namun begitu, ianya meningkat dengan nilai yang terlalu kecil akibat kehilangan fungsi hati. Enzim ini juga boleh membantu dalam mengenalpasti penyebab ketinggian kadar enzim ALP dalam darah. Julat normal bagi kehadiran enzim ini di dalam darah adalah 0 hingga 50 IU/L.

Enzim Kardiak @ Cardiac Enzyme(CE)

‘Cardiac marker’ atau enzim kardiak adalah protein daripada sel-sel jantung yang dilepaskan ke dalam aliran darah ketika otot jantung mengalami kerosakan contohnya ketika ‘myocardial infarction’ terjadi. Dengan menaksir dan mengukur tahap enzim kardiak di dalam darah, doktor boleh mengetahui tahap kerosakan otot jantung dan samada ianya baru terjadi atau tidak. Oleh itu, penaksiran enzim kardiak adalah amat penting untuk mendiagnos ‘myocardial infarction(MI).

Terdapat 2 enzim kardiak yang ditaksir semasa ‘myocardial infarction(MI) terjadi iaitu creatine kinase(CK) dan troponin. Creatine kinase dilepaskan ke dalam aliran darah selepas 2 hingga 6 jam terjadinya kerosakan sel hati, dan biasanya tahap CK dalam memuncak selepas 24 jam. Peningkatan paras CK adalah kes biasa, tetapi ia tidak selalunya menunjukkan tahap kerosakan jantung. Peningkatan CK boleh juga terjadi disebabkan oleh kerosakan sel atau tisu yang lain.

Troponin juga dilepaskan ke dalam aliran darah 2 hingga 6 jam selepas kerosakan sel hati.dan tahap troponin memuncak dalam darah adalah selepas 12 hingga 26 jam. Peningkatan kadar troponin dianggap petunjuk yang lebih tepat untuk menunjukkan kerosakan otot jantung berbanding kadar peningkatan creatine kinase disebabkan ianya petunjuk(marker) yang paling awal dilepaskan setelah kerosakan sel jantung berlaku. Troponin adalah penanda(marker) pilihan pada hari ini untuk mendiagnosis ‘myocardial infarction’. Namun, kedua-dua protein kardiak iaitu creatine kinase dan troponin diperlukan bagi menaksir pesakit yang didapati mengidap ‘myocardial infarction’.



Serum Amilase

Amilase adalah enzim yang membantu mencerna karbohidrat. Ianya banyak dihasilkan di pankreas dan kelenjar liur. Apabila pankreas mengalami keradangan dan terinfeksi, Enzim amilase akan dilepaskan ke dalam darah. Ujian ‘serum amylase’ boleh dilakukan untuk menaksir paras enzim amilase dalam darah dan memudahkan doktor memberi rawatan.

Serum amylase dan lipase adalah salah satu ujian umum sebagai penanda biokimia untuk mendiagnosis dan memantau penyakit pankreatitis akut atau kronik. Selain itu, ujian ini juga dapat mengesan beberapa masalah pencernaan. Namun, interpretasi untuk ujian’serum amylase’ ini adalah sukar kerana wujud sesetengah keadaan ‘non-pancreatic’ yang hadir di dalam kandungan abnormal serum amilase dan lipase. Tambahan, untuk sesetengah kes, terdapat pesakit pankreatitis yang paras serum amilase dan lipasenya berada dalam julat normal iaitu 21-101 U/L untuk amilase dan 12-70 U/L untuk lipase.

Peningkatan kadar enzim amilase yang melebihi julat normal dapat membantu doktor mengenalpasti beberapa masalah seperti kanser pankreas/ovari/paru-paru, pankreatitis akut, kolesistitis, serangan pundi hempedu yang disebabkan penyakit, infeksi kelenjar liur seperti pembengkakan, macromylasemia, viral gastroenteritis. Namun begitu, kadar peningkatan paras enzim amilase di dalam darah boleh dipengaruhi oleh faktor luaran seperti dadah dan alkohol.

Oleh yang demikian, sebelum melakukan ujian ‘serum amilase’ ini, doktor menyarankan pesakit supaya tidak meminum minuman beralkohol dan mengambil ubat-ubatan dan dadah seperti asparaginase, aspirin, ubat kolinergik, kortikosteroid, indometasin, loop dan diuretik thiazide, methyldopa, opait(kodeina dan morfin), dan pentadocine yang boleh memberikan keputusan yang tidak tepat.

Kadar enzim amilase yang rendah juga boleh menimbulkan masalah kerana ianya menunjukkan beberapa masalah kesihatan seperti penyakit ginjal, kerosakan pankreas, kanser pankreas dan toksemia kehamilan.Selain dari sampel darah, enzim amilase juga boleh didapati dalam air kencing dan cecair peritoneal.

Haruslah kreatif bila berniaga

Oleh: Irfan Khairi

Bila sebut "kreatif" ramai memikirkan dalam perniagaan, kreatif adalah untuk pengiklanan/advertising. Namun, saya sering menyebut untuk menjadi kreatif dalam perniagaan Sebenarnya, kreatif meliputi aspek yang meluas bukan sekadar pengiklanan, tetapi juga sehingga membuat keputusan perniagaan yang kreatif. Contoh yang saya ingin kongsikan mengenai kreatif dalam perniagaan adalah Anita Roddick (pengasas The Body Shop).

Anita Roddick

Ketika mengembara pada tahun 70-an, Anita Roddick mendapati di negara yang dilawatinya, wanita menggunakan koko untuk melicinkan kulit muka dan badan. Anita Roddick menggunakan kreativitinya untuk membawa idea tersebut menjadi idea perniagaan kosmetik!

Apabila ingin memulakan perniagaan, Anita tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membeli bekas kosmetiknya. Lalu, Anita menggunakan kreativitinya membeli bekas yang paling murah, iaitu bekas menyimpan sample air kencing di hospital untuk dijadikan bekas kosmetik. (kini, tidak lah gunakan bekas tersebut... nanti ni jadi email forward pula! )



Apabila membuka kedainya yang pertama pada 1976 (ya, The Body Shop kini sudah 30 tahun... bukan short cut kejayaan!), dinding kedainya berlumut dan kotor. Anita menggunakan kreativitinya untuk menggunakan cat yang paling murah berwarna hijau yang sama dengan warna lumut tersebut untuk mencantikkan kedainya. Sehingga kini, warna hijau (warna lumut) yang sama masih digunakan dan membawakan konsep alam semula jadi!

Anita Roddick di depan cawangan kedai "Body Shop" pada tahun 1989

Dalam perniagaan, anda perlu kreatif dalam menangani masalah dan membuat keputusan. Jangan jadikan tiada modal, tiada idea perniagaan menghalang anda. Fikirkan cara kreatif dalam perniagaan anda

Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu seperti perniagaan Internet atau perniagaan berangkaian. Dengan kaedah dan strategi yang betul, perniagaan yang kecil boleh menjadi besar seperti THE BODYSHOP!

Perubahan di Microworkers


Salam, sejak dua menjak ni MicroWorkers dah buat beberapa perubahan yang tak menyenangkan dan agak menyusahkan pengguna dan employer..Antara perubahan yang saya dapat detect adalah :

1) Dah xleh withdraw pakai PayPal
Ni yang paling tensen, memandangkan saya pengguna PayPal yang agak active, so segala pengeluaran ke Maybank/Cimb melalui PalPal, lagipun cas yang dikenakan oleh PayPal amat rendah iaitu RM3 untuk sekali transaction..pihak microWorkers skarang hanya membenarkan ahli withdraw pakai Alertpay dan MoneyBookers je skarang nih..Alertpay saya x berapa bekenan sebab cas pengeluaran dia 5 kali ganda dari PayPal iaitu RM15 untuk sekali transaction..

2) Dah xda referral link
Dulu bleh gak dapat pendapatan sampingan selain daripada buat job di mW nih iaitu menaja/mencari orang untuk daftar melalui link anda, skarang pihak mW dan stopkan kemudahan tu, dulu bleh gak dapat USD1 utk setiap referral yang kita taja..

3) Job dah sikit!
Sekarang bilangan job dah sikit giler..dulu ada gak cecah ratus-ratus, skarang xsampai <20 job yang available..so, skarang pekerja dah susah skit nak earn dwet.. dulu leh gak withdraw sebulan 2 kali, ni sebulan sekali pun payah..

Adakah ini tanda mW nak bungkus?? Hope jangan la sebab mW nih ternyata jujur dan membayar setiap ahlinya sejak 2009 lagi..sayang la kalau mW nak tutup kedai :(

Apa itu Aferesis


Aferesis adalah satu proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas yang sangat mudah. Masa yang diambil untuk menderma adalah di antara 30 minit hingga 45 minit bagi plasma dan 45 minit hingga 75 minit untuk menderma platelet. Oleh kerana melalui pendermaan aferesis sel darah merah penderma tidak diambil, penderma boleh menderma dengan lebih kerap. Tempoh antara pendermaan ialah setiap 2 minggu sekali.

Bagaimana ia dilakukan?

Anda akan dijemput duduk dan jarum yang mengalirkan darah akan dicucuk pada lengan anda yang akan bersambung terus kepada mesin melalui saluran pengaliran darah. Darah akan masuk ke dalam mesin yang akan mengasingkan sel darah merah dari plasma dan platelet. Plasma dan platelet akan dikumpul di dalam beg berasingan. Sel darah merah akan dikembalikan kepada penderma.

Mesin yang digunakan untuk mengasingkan sel darah merah dan plasma + platelet

Siapakah yang layak menjalani Aferesis?
Seseorang individu itu layak menderma secara aferesis sekiranya anda sihat, berumur 18 tahun sehingga 50 tahun dan berat anda melebihi 55 kg.

Mengapa plasma dan platelet diperlukan?
Plasma digunakan bagi merawat pesakit hemofilia, penyakit hati, masalah pendarahan, kelecuran akibat kebakaran, dan penyakit buah pinggang. Platelet digunakan untuk menghalang pendarahan bagi mangsa demam denggi dan leukemia.

Plasma + platelet yang berjaya dikumpul akan disaring sebelum dapat digunakan.

Dimanakah anda boleh menderma darah?
Anda boleh menderma di Tabung Darah hospital terdekat yang menyediakan perkhidmatan ini atau di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur. No telifon : 26955558

Uniknya BERSIN


B E R S I N merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudharat kepada otak demi menyihatkan anggota. Nabi Muhammad S.A.W. menyaran kepada sesama muslim agar mendoakan kerahmatan terhadapnya dengan ucapan 'Alhamdulillah'.

Antara adab ketika bersin ialah perlahankan suara, meletakkan tangan atau tisu atau sapu tangan di atas mulut dan hidung agar tidak terkeluar benda yang menjijikkan dan juga jangan memalingkan muka ke kiri dan kanan agar tidak memudaratkan orang sekitar.
Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum menjawab bersin, namun pendapat yang dapat ditarjihkan dari semua pendapat tersebut ialah menjawab bersin itu fardu kifayah apabila ditujukan kepada orang ramai dan fardu ain apabila untuk individu.

Tahukah anda apabila bersin, degupan jangung anda akan terhenti sedetik.... dan setelah anda yakin degupan anda masih terus berdegup, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah' kerana anda masih hidup. Faedah bersin ialah dapat menghilangkan habuk-habuk, debu-debu serta beberapa penyakit dan bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata "yarhamukallah", dan orang yang bersin itu menjawab semula "yahdikumullah wa yushlihabalakum"....

kredit : carigold.com/forum

Pemuda Miskin Menjadi Terkenal

Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal.

Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.

Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal.

Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.


Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali.

Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad.

Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya. Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman.

Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya. Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah.

Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.

Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju.

Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.

Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan. Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya.

Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan. Semasa itu dia menangis.

Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.

Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.

Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut.

Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.

Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik.

Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon. Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000

Siapakah pemuda tersebut?


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”.



Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain.

Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.

Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik.

Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.

Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal.

Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.

Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama.

Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata

“i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”.
“saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.

Lain-lain artikel yang best!