Free Sample : Kuah Spaggeti PREGO Alfredo Mushroom

Sampel percuma dari PREGO berupa kuah spaggeti Alfredo mushroom. Dihantar menggunakan Felxipack dari Pos Malaysia. Kali pertama dapat bungkusan begini. Biasanya dihantar menggunakan pos laju atau pos daftar.



Nasi ayam hijau dan kopi 434 Sai Kee

Antara juadah dan minuman yang menyelerakan.


Al-kisah megi

Maggi atau megi. Engkau dipuja oleh si pelajar kolej mahupun universiti. Engkau juga menjadi kegilaan pekerja-pekerja di tengah bulan, tambahan lagi pada hujung bulan. Engkaulah megi yang telah banyak berjasa melapik perut-perut yang kosong tak kira waktu dan tempat. Terima kasih aku ucapkan.



Jam G-Shock

Entah bila aku minat dengan G-shock ni. Mungkin kerana ketahanannya dan rupa jam tu yang menawan. Model first yang aku beli adalah DW-9052-1V pada tahun 2014 dengan harga RM180. Masih utuh dan baterinya pun elok lagi. Paling latest aku beli adalah model GD-400-2 pada Julai 2016 dengan harga RM294.



Motosikal Suzuki pujaanku

Walaupun ramai di Malaysia ni tak minat dengan motosikal jenama SUZUKI ni, saya tetap minat. Ini kerana motosikal pertama saya adalah SUZUKI FX 110 tahun 1998. Saya beli sekenhen dengan harga RM2600 cash dari sebuah kedai motosikal di Seksyen 20 Shah Alam, Selangor pada tahun 2005.

Walaupun telah digunakan selama 7 tahun dan motor sekenhen, ianya tidak banyak masalah. Banyak jasa motor tu pada saya. Lagipun enjin nya senyap dan lancar. 'Pick-up' pun mantap. Sehingga la ke hari ini motor tersebut masih digunakan dan boleh berjalan.

Gambar dibawah ni motor-motor SUZUKI dengan cc yang lebih besar. Dulu angan2 nak pakai masa umur 24. Namun ianya hanyalah angan2 sahaja sebab lebih perlukan kereta untuk pengangkutan.






Tukar coolant kereta

Salam semua..

Jikalau anda pengguna kereta, anda tentu tahu apa itu coolant. Paras coolant haruslah diperiksa selalu, dan jikalau parasnya sudah LOW, anda haruslah 'top-up' atau tukar coolant tersebut. Coolant tak boleh bercampur. Contohnya coolant anda warna hijau, nak topup ngan coolant kaler merah, tak sesuai kerana setiap kandungan coolant adalah berbeza. Takut bahan kimia dalam tu 'bergaduh' dan bocor plak radiator anda.

Jika anda tahu tukar coolant sendiri, boleh la buat sendiri. Kalau tak reti sila ke kedai yang sepatutnya. Saya telah menukar coolant saya ke brand Toyota 1 liter. Harganya RM30. Pastikan anda tahu brand coolant anda sebab sekiranya coolant anda LOW, anda boleh topup dengan coolant dari brand yang sama.


Hotel Station 18, Ipoh Perak

Salam semua,

nak cerita sikit tentang saya dan isteri ke Ipoh tempohari. Sebelum pergi tu baik anda semua buat tempahan online di trivago.com, apa yang best di Trivago ni sebab kita boleh bandingkan harga yang terendah/tertinggi, nak hotel yang ada swimming pool ke, breakfast ke, senang kita dah tempah, pastu kita pakai waze je cari hotel tu.

Saya tempah hotel Station 18 di Ipoh.Tak la jauh sangat dari pusat bandar, dalam 9-10 kilometer dari pusat bandar. Kira hotel ni terletak di pinggir bandar. Lagi satu kalo kita nak cari hotel yang bagus, kita kena tengok rating yang diberi dari pengunjung terdahulu. Sebab dorang lagi makan 'garam' dari kita..Hehe

Hotel ni senang nak cari jika pakai Waze. Kalo cari manual gaya2 tanya orang tu memang makan masa la..Nasib baik ada teknologi canggih, dapat jimat masa dan tenaga. Bila dah sampai hotel nih, pe2 dulu check-in la..staff kaunter memang friendly, persekitaran pun bersih dan cantik. Kira hotel Station 18 ni macam hotel baru la. Dah la murah dalam RM55 je semalam.

Bila dah masuk bilik, tengok bilik..semua puas ati la, cuma bilik tu kecik jea..standard la kan, RM55..saya pernah dapat bilik yang lagi kecil dengan RM80 di Port Dickson. Tak usah la saya sebutkan nama hotel tu, nanti kena saman plak...hehehe

Apa yang saya nak puji tentang hotel ni, dia punya wifi. Punya la berdesup..puas hati sebab memang laju. Ni rasa macam taknak keluar bilik nih..dok godek handfon saje.




 


Hadiah dari Karangkraf : Produk Filem Angry Bird

Alhamdulillah, dapat tempat kedua dalam peraduan filem Angry Bird dari majalah Media Hiburan.



Hadiah dari Karangkraf : Tudung bawal

Hadiah daripada majalah Nur berupa sehelai tudung bawal bewarna hijau. Terima kasih Karangkraf. Alhamdulillah :)




Lain-lain artikel yang best!