Monday, October 24, 2016

Contoh Duit RM100 Palsu

Gambar di bawah ni adalah contoh duit kertas RM100 palsu, jika diperhatikan ketiga-tiga duit kertas ini mempunyai nombor siri yang sama.

 

Sila klik pada gambar untuk besarkan.

Friday, October 21, 2016

Friendship Motel, Pulau Pinang

Salam semua,

Bila berkunjung ke Pulau Pinang atau mana-mana tempat yang jauh, biasanya aku akan sewa hotel untuk bermalam. Trivago.com lah tempat untuk aku cari hotel mana yang murah dan dekat dengan sesuatu tempat yang ingin aku tujui/lawati. Dan sudah menjadi kebiasaan aku akan memilih hotel yang murah dan selesa untuk bermalam.

Apabila perlu bermalam selama lebih dari satu malam, biasanya aku akan tidur di hotel yang berlainan untuk merasai pengalaman di setiap hotel2 tersebut. Semasa di Pulau Pinang, aku sempat bermalam di Friendship Motel atau Rumah Tumpangan Friendship.

Bila bercakap tentang rumah tumpangan, harga untuk bermalam di sini agak murah. Biasanya dalam RM50-RM70 semalam. Ini disebabkan kemudahan dan keadaan bilik yang kita sewa itu pada keadaan yang 'basic' dan biasa-biasa sahaja. Orang kata cukup untuk mandi dan untuk tidur sahaja. Bagi yang mementingkan keselesaan dari segi keempukan tilam dan bantal, aku tidak cadangkan anda tidur di hotel bajet atau rumah tumpangan.

Namun begitu, ada juga hotel bajet atau rumah tumpangan yang selesa. Contohnya Suns Inn Hotel. Mungkin kerana hotel Suns Inn itu baru dibuka, segala barang2 di dalam bilik itu baru. Friendship Motel aku gambarkan sudah berpuluh tahun di situ, tilam dan bantal pun sudah lunyai. Huhu...Televisyennya pun sudah tidak berfungsi lagi. Hurm..cukuplah sekadar mandi dan melelapkan mata.



Yamaha 125ZR

Motorsikal 125Z @ 125ZR yang legend! Rekaan coverset dan enjinnya memukau sesiapa sahaja dari generasi terdahulu hinggalah sekarang.


Generasi Yamaha RXZ

Bagi peminat motorsikal Yamaha sudah tentu kenal akan model RXZ. Sudah lama model ini berada di pasaran. Bagi anda yang tak tahu, model RXZ ini sudah mengalami beberapa perubahan dari segi rekabentuk dan enjin. Mari kita sama2 saksikan model2 RXZ dari tahun 1985 sehinggalah sekarang.


klik pada gambar untuk besarkan..

Pau Yik Mun, Tanjung Malim

Salam semua,

Selama ini tak tahu pun ada tarikan kat Tanjung Malim ni. Rupanya famous pau sedap 'Yik Mun' kat area ni. Nasib baik kawan2 bagitahu. Singgah sini sekejap sementara nak ke Ipoh. Bila sampai kedai dia, cam kedai kopi biasa2 jea..tapi ramai orang, penuh kerusi, siap ada yang berdiri menunggu giliran nak duduk di meja.

Ada macam2 jenis pau, pau ayam, daging, kaya, kacang merah..Aku try pau ayam dan kacang merah. Satu pau harga dia RM2.20. Bila sampai aku pun rasa. Memang sedap beb, rasa dia lain macam sikit. Dari dia punya gebu dan keenakkan inti dia..Bagi yang nak bawak balik rumah, ada disediakan pau frozen.

Jika berkunjung ke Tanjung Malim, jangan lupa singgah makan pau kat sini. Rasa dia memang takda di tempat lain.



Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau Padang Polo

Salam semua,

Sempena majlis kenduri perkahwinan seorang sahabat di Ipoh, saya sempat berkunjung ke taman yang paling famous di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo.

Macam2 aktiviti ada kat Padang Polo ni. Ada yang berjoging, berjalan, bermain layang-layang, makan dan minum. Abis satu round padang kitaorang pusing. Apa yang mengejutkan saya adalah disebelah padang ini terletak kawasan perkuburan cina yang telah lama terbiar. Ini berdasarkan keadaan semak samun dan lalang yang panjang.

Agak menyeramkan kalau jalan sorang di malam hari. Hehehe..dah berjalan satu round, dahaga la pulak tekak ni, nak try cendol Padang Polo. Pergh, beratur panjang bhai...bisnes makanan kat sini memang laku. Semua gerai kena beratur.




Patung dari Claw Machine

Macam dah jadi hobi aku skarang ni suka main 'claw machine'. Bagi makluman semua, 'claw machine' adalah mesin yang amek patung tu, yang ada macam tangan besi untuk amik patung. Masuk singgit pastu leh gerak2kan tangan tu untuk pilih patung mana yang kita suka.

Contoh mesin 'claw':

Destinasi pilihan aku untuk main 'claw machine' ni adalah di kompleks beli-belah AEON. Biasanya aku takkan abiskan lebih dari RM10. Kita kena tahu mesin mana yang senang dapat patung. Biasanya mesin yang 'claw'nya tak berapa nak goyang lebih2..

Hasil pancingan aku berjaya gak dapat beberapa patung, sebenarnya bukan nak buat apa pun dengan patung2 tu, cuma kepuasan sebab dapat. Rasa diri ni cam superhuman lak...hehe


Wednesday, October 12, 2016

Jam Casio W-800H-1AV

Jam jenama Casio adalah salah satu jam feveret aku. Aku minat brand ni sebab ketahanan reka bentuk dan susah nak rosak. Model ni adalah antara model terbaru dalam koleksi aku.




Monday, October 10, 2016

Free Sample : Comfort Ultra Pure

Sampel percuma daripada Comfort iaitu pelembut fabrik.


Katalog IKEA 2017

Katalog IKEA 2017. Kena isi borang online kat laman web dia. Nanti dia hantar pakai pos. Terhad kepada berapa ribu katalog ntah, aku pun dah lupa..