Free sample : Kopi Essenso

Sampel percuma Kopi Essenso..
ada 2 sachet dalam beg plastik di bawah nih..


Free Kalendar 2016

Yang kalendar ni aku pun x ingat claim kat mana, rasanya aku google 'free calendar malaysia' kot..pastu isi borang..tau2 dia hantar je kalendar 2016 nih..


Free Sample : Krim pembersih Muka Follow Me

Free sample berupa pembersih muka Follow Me..kecik je saiz dia nih, pakai 3 kali abeh la..hehe


Iklan telefon Nokia zaman dulu-dulu

Teringat zaman dulu2 dalam area tahun 2000-2005, henset Nokia memang antara yang paling laris. Brand macam Samsung, Alcatel ngan Motorola langsung tak feymes. Harga dia time tu cecah ribu2 gak..ingat lagi simkad harga RM2++. Sekarang RM5 pun dah dapat simkad. Dunia bergerak begitu pantas..

Gambar kat bawah ni antara iklan Maxis dalam surat khabar time dulu-dulu..


Hadiah dari Karangkraf : Tumbler Mission Impossible

Hadiah daripada majalah KLIK berupa tumbler dari filem Mission Impossible : Rogue Nation..




Payment ke-4 dari Clixsense

Ternyata Clixsense membayar, ini kali ke-4..walaupun lama nak capai target pengeluaran iaitu USD8, tapi ianya berbaloi dengan hanya kerja klik2 butang mouse tu..agak lama nak cashout kalau hanya kita seorang yang klik2 iklan..program2 seumpama ini memerlukan 'orang bawahan' atau refferal yang active untuk membolehkan kita cashout cepat..

Apa-apa pun selamat maju jaya semua..ternyata dari internet anda boleh dapat duit!


Sampel percuma : Berus Gigi SYSTEMA

Berus gigi percuma SYSTEMA..sorry gambar kurang clear sket..

Sampel Percuma : SunPlay Skin Aqua

Sampel lotion pelindung kulit dari sinaran panas matahari yang terik..sesuai untuk yang bekerja di luar di kala panas mentari..


Hadiah dari Karangkraf : Hamper Mazola dan Harmuni

Hadiah dari majalah RAPI terbitan Karangkraf..terima kasih banyak yea, Alhamduillah :)


Hadiah dari Karangkraf : Baju Paul Mart

Hadiah daripada Majalah KLIK terbitan Karangkraf..berupa sehelai t-shirt berkolar :)



Hadiah dari Karangkraf : Beg Spy-Spy

Hadiah dari majalah KLIK terbitan Karangkraf berupa beg spy-spy :)


Sampel percuma : DAYLONG SUNSCREEN

Sampel percuma DAYLONG SUNSCREEN..kalo pergi pantai leh cuba product nih..



Sampel Percuma : Syampu DOVE

Sampel percuma DOVE..


Hadiah dari Karangkraf : Tudung IONA

Alhamdulillah dapat sehelai tudung daripada peraduan Majalah NUR. Hehe, last2 bagi kat bini..Senyum sampai ke pipi dia..



Hotel JV Bandar Tasek Mutiara Pulau Pinang


Salam semua,

Pada 18 September 2015 lalu berkunjung ke Pulau Pinang untuk menghadiri perkahwinan kawan isteri di Nibong Tebal. Selain itu kitaorang plan nak berlibur di Pulau Pinang di bahagian pulau. Hotel ditempah 2-3 minggu lebih awal di laman web Trivago. Ternyata tempahan awal kita boleh save bajet.

Kitaorang berdua(saya dan isteri) gerak dari Pandamaran, Klang lebih kurang pukul 1.20 petang. Nak save tol punya pasal kitaorang ikut jalan lama. Klang-Jeram-Kuala Selangor-Sungai Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan-Ulu Dedap-Bota-Parit-Manong-Kuala Kangsar-Taiping-Parit Buntar-Nibong Tebal. Dia punya jalan, pergh..memang kureng sesuai la, berlobang sana sini. Kitaorang sampai kat bandar Tasek Mutiara dalam pukul 9 malam. Bayangkan 8 jam memandu kat jalan lama, nak save tol punya pasal..kalo ikut highway dalam 4-5 jam jea..tapi kalo jalan lama boleh save tol dalam RM50 sehala.

Dan hotel di bawah ni la tempat kami menginap selama 1 malam. Dia punya sewa semalam adalah RM54 dan ada la sen-sen. Bayar online jea..Besoknya kami dah sewa hotel lain di Georgetown.

P/S : KLIK gambar untuk besarkan


 

Dan nak bagitau, ni hotel baru, so dia punya design, perabot, tv dan segala-galanya memang baru. Orang kata tu memang berbaloi la. Bajet ciput tapi dia punya bilik dan segala kelengkapan semua puas ati la..




Yang ni hiasan sebelah receptionist. Memang sempoi bak hang..


Atas tu gitar btol tu..


Hadiah daripada Karangkraf : Voucher kasut XES RM150

Hadiah daripada majalah RAPI, berupa voucher untuk membeli kasut XES RM150..boleh digunakan sehingga 30 September 2015. Alhamdulillah dapat 4 pasang kasut selepas tebus di kedai kasut XES kat GIANT seksyen 13 Shah Alam, Selangor. Dapat kat aku sepasang kasut (RM49.90), bagi kat bini aku 3 pasang (RM100).


Free Sample : Estee Lauder Serum

Sampel untuk muka brand ESTEE LAUDER..yang ni pun sama gak cam sampel LANEIGE, kita kena isi borang online, pastu tunjuk email kat promoter booth ESTEE LAUDER kat AEON ke, SOGO ke, PARKSON ke, pastu baru dia bagi..


Free Sample : LANEIGE

Sampel LANEIGE percuma yang saya dapati daripada booth2 kecil di AEON Bukit Tinggi. Nak sampel ni senang jea, isi borang online kat laman web rasmi dia, pastu dia akan bagi email, cuma tunjukkan email tu kat promoter booth, dan dia akan bagi sampel percuma..






Hotel First World Genting Highland

Salam semua,

31 Ogos 2015 saya berpeluang untuk menginap di Hotel First World di Genting Highland. Ini la kali pertama saya akan bermalam di sini setelah sekian lama pegi, tapi tak pernah tido di sana. Selepas usha laman web trivago, saya dapati harga untuk menginap semalam di hotel First World adalah RM56 sahaja berbanding harga weekend iaitu RM150 dan ke atas. Pe lagi saya tros booking..

Di sebabkan saya dan isteri cuti bajet, so kitaorang tros naik Genting tanpa guna kereta kabel, tros je mendaki sampai parking Hotel First World nih. Mula2 check in agak pening sebab x pernah pergi, pastu dia ada mesin untuk self check-in..Lepas check-in kitaorang dapat kad, dan tros menuju ke bilik hotel. Tingkat 2 tu..tapi lif banyak dan nak naik tingkat 22 memang laju..

Satu je nasihat saya kat semua visitor genting highland nih, kena makan kenyang2 sebelum naik genting, sebab harga makanan kat sini MAHAL GILERRR..bayangkan nasi lemak biasa RM6.90. Pisang goreng 4 ketul RM6!!! gile babas la, kalo nak menginap di sini pastikan korang bawak bekalan cam roti ke, keropok ke..kalo xda makan je kat KFC atau Marrybrown. Memang harga makanan kfc dan marrybrown kat genting pun mahal, tapi xda la mencanak sangat..setakat mahal RM3-RM8 dari harga biasa.

Keadaan bilik dia memang moden. Tapi KECIK! pe2 pun mula2 masuk pelik sebab xda ekon..ada kipas siling jea, skali malam datang, xyah bukak kipas, dia punya sejuk, mak aihhh...SEJUK GILER la..nasib baik ada air panas, kalo x memang mengigil..


 







Hadiah dari Karangkraf : T-shirt dari filem 'Cerita Hantu Malaysia'

Hadiah daripada peraduan Majalah KLIK, T-Shirt dari filem 'Cerita Hantu Malaysia'..Tapi aku tak bleh pakai sebab saiz "S"..huhuhu, takpe simpan je la, nanti ada orang berbadan "S", akan ku hadiahkan t-shirt tersebut kepada beliau.



Hotel Bestari Semantan di Temerloh

Salam semua,

Pada 30 ogos 2015, seorang sahabat saya melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hatinya di Kampung Lebu, Bentong, Pahang. Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk bercuti di Temerloh. orang kata sambil menyelam minum air.

Oleh kerana ingin promotion dan tawaran yang terbaik, saya telah menempah bilik hotel secara online di Booking.com. Tawaran harga yang paling murah adalah RM78 di Hotel Bestari, Temerloh. Tanpa pikir panjang saya pun book la..Alhamdulillah berjaya..

Pada 30 Ogos 2015 selepas menghadiri majlis kenduri kawan saya, saya terus menuju ke Temerloh dan sampai ke hotel berkenaan. Dengan harga RM78, anda dapat hotel cam 5 bintang. Ada breakfast, ada free surat khabar, bilik besar. Cuma saya keliru sebab nama hotel ni dulu Hotel Semantan, pastu dalam laman web booking.com nama dia Hotel Bestari Semantan, dan bila sampai kat sini tengok nama Hotel Bestari plak..banyaknya nama....



 


Bilik air dia besar, 4 orang boleh tido dalam tu..

Breakfast percuma disediakan

 

Jemput makan semua..


Surat khabar percuma :)

Lain-lain artikel yang best!