Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Saturday, December 3, 2016
Hotel Sentral Seaview, Pulau Pinang
Hotel Sentral Seaview di Pulau Pinang, hotel yang agak selesa, bersebelahan dengan pantai, kolam renang yang luas, sarapan pagi dengan menu yang pelbagai.Tidak sesuai untuk backpackers dan pengembara bajet kerana harga bilik RM100 dan ke atas.
Friday, October 21, 2016
Friendship Motel, Pulau Pinang
Salam semua,
Bila berkunjung ke Pulau Pinang atau mana-mana tempat yang jauh, biasanya aku akan sewa hotel untuk bermalam. Trivago.com lah tempat untuk aku cari hotel mana yang murah dan dekat dengan sesuatu tempat yang ingin aku tujui/lawati. Dan sudah menjadi kebiasaan aku akan memilih hotel yang murah dan selesa untuk bermalam.
Apabila perlu bermalam selama lebih dari satu malam, biasanya aku akan tidur di hotel yang berlainan untuk merasai pengalaman di setiap hotel2 tersebut. Semasa di Pulau Pinang, aku sempat bermalam di Friendship Motel atau Rumah Tumpangan Friendship.
Bila bercakap tentang rumah tumpangan, harga untuk bermalam di sini agak murah. Biasanya dalam RM50-RM70 semalam. Ini disebabkan kemudahan dan keadaan bilik yang kita sewa itu pada keadaan yang 'basic' dan biasa-biasa sahaja. Orang kata cukup untuk mandi dan untuk tidur sahaja. Bagi yang mementingkan keselesaan dari segi keempukan tilam dan bantal, aku tidak cadangkan anda tidur di hotel bajet atau rumah tumpangan.
Namun begitu, ada juga hotel bajet atau rumah tumpangan yang selesa. Contohnya Suns Inn Hotel. Mungkin kerana hotel Suns Inn itu baru dibuka, segala barang2 di dalam bilik itu baru. Friendship Motel aku gambarkan sudah berpuluh tahun di situ, tilam dan bantal pun sudah lunyai. Huhu...Televisyennya pun sudah tidak berfungsi lagi. Hurm..cukuplah sekadar mandi dan melelapkan mata.

Tuesday, September 29, 2015
Hotel JV Bandar Tasek Mutiara Pulau Pinang
Salam semua,
Pada 18 September 2015 lalu berkunjung ke Pulau Pinang untuk menghadiri perkahwinan kawan isteri di Nibong Tebal. Selain itu kitaorang plan nak berlibur di Pulau Pinang di bahagian pulau. Hotel ditempah 2-3 minggu lebih awal di laman web Trivago. Ternyata tempahan awal kita boleh save bajet.
Kitaorang berdua(saya dan isteri) gerak dari Pandamaran, Klang lebih kurang pukul 1.20 petang. Nak save tol punya pasal kitaorang ikut jalan lama. Klang-Jeram-Kuala Selangor-Sungai Besar-Sabak Bernam-Teluk Intan-Ulu Dedap-Bota-Parit-Manong-Kuala Kangsar-Taiping-Parit Buntar-Nibong Tebal. Dia punya jalan, pergh..memang kureng sesuai la, berlobang sana sini. Kitaorang sampai kat bandar Tasek Mutiara dalam pukul 9 malam. Bayangkan 8 jam memandu kat jalan lama, nak save tol punya pasal..kalo ikut highway dalam 4-5 jam jea..tapi kalo jalan lama boleh save tol dalam RM50 sehala.
Dan hotel di bawah ni la tempat kami menginap selama 1 malam. Dia punya sewa semalam adalah RM54 dan ada la sen-sen. Bayar online jea..Besoknya kami dah sewa hotel lain di Georgetown.
P/S : KLIK gambar untuk besarkan
Dan nak bagitau, ni hotel baru, so dia punya design, perabot, tv dan segala-galanya memang baru. Orang kata tu memang berbaloi la. Bajet ciput tapi dia punya bilik dan segala kelengkapan semua puas ati la..
![]() |
Yang ni hiasan sebelah receptionist. Memang sempoi bak hang.. |
![]() |
Atas tu gitar btol tu.. |
Friday, April 3, 2015
Berjalan di Jambatan Pulau Pinang
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut.
Kini terdapat acara tahunan larian merentasi jambatan tersebut tetapi ia sudah tentu tidak sama dengan peristiwa 1985 itu.
Saturday, February 14, 2015
Nasi Kandar Hameediyah
Jika anda berpeluang ke Pulau Pinang, jangan lupa singgah ke Nasi Kandar Hameediyah. Kedai dia kecik je kat tengah2 bandar tu..
Dia punya nasi kandar, memang terasa rempahnya..memang AAA++ la, kedai dia 2 tingkat, better makan kat atas, lagi selesa :)
Dia punya nasi kandar, memang terasa rempahnya..memang AAA++ la, kedai dia 2 tingkat, better makan kat atas, lagi selesa :)
Friday, September 28, 2012
Kota Fort Cornwallis
Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu. Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.
Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.
Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang mashyur yang digunakan oleh Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang.
Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat India Timur Belanda, dan jata syarikat tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu.
SUMBER
Monday, September 17, 2012
Bukit Bendera, Pulau Pinang
Berkunjung ke Pulau Mutiara atau Pulau Pinang memang tak sah kalau tak pergi ke Bukit Bendera..Bukit Bendera ni memang feymes ngan tren dia..kat Malaysia ni kat mana ada lagi yer tak? Kesempatan ada member yang dok di Seberang Jaya, beraya rumah dia..so dia bawak round2 satu Penang..
Tren di belakang kami :) |
Kami pergi pada hari bekerja, memang best..tak crowded..parking kereta pun senang jea, tak payah mencari lama sangat, sekejap je jumpa..nak beli tiket pun tak yah beratur panjang..harga tiket adalah RM8 bagi warganegara Malaysia(jgn lupa bawak MyKad), kalo student RM4 jea..kalo pelancong asing RM30! Mahal giler babas..
![]() |
Bergambar kenangan dulu sebelum naik ke puncak Bukit Bendera |
Perjalanan ke atas puncak Bukit Bendera tak der la lama sangat, amek masa 2 minit lebih jea.., cuma teringat naik roller coaster biler terpandang rail dia..perasaan takut-takut tu ada la jugak, mana la tau kabel putus ka, tak pasal-pasal jadi cam citer final destination tu..
Bergambar dengan tren lama Bukit Bendera |
Kat atas puncak Bukit Bendera ni pun ada klinik kesihatan kerajaan.. |
Puncak Bukit Bendera |
Tangkap gambar puas-puas |
The Famous Penang Hill Kacang Putih - satu-satunya stall yang jual kacang putih atas Bukit Bendera nih.. |
Masjid Bukit Bendera..jom solat dulu :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)