Saturday, April 24, 2010

1st prize dari Cashlagoon

Best gak main GPT ni..
dah cukup point leh tebus hadiah..
ni antara 1st hadiah yg aku redeem kat GPT Cashlagoon...
LED keychain, walaupun harganya x seberapa...
tapi dapat la 'souvenir' gak dari internet nih..
haha..



Thursday, April 22, 2010

Tips mengurangkan tekanan kerja/hidup

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja/hidup. Antaranya ialah:



1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi tenang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lace lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu Berdoa Kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka Baik Dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan Kegiatan Luar Seperti Bersukan dan Beriadah
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal Diet Dengan Disiplin Yang Kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis Dengan Sepuas Hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai Kebolehan Diri Sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai Diri Sendiri“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”.
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya, InsyaAllah.

(dipetik dari kiranaku.wordpress.com)

Wednesday, April 21, 2010

arini lawak plak tgk 1 gambar..
cuba usha..


korang rasa menda ni terjadi kat malaysia ke luar negara,
agak2 camner dia nak membelok erk???

Sunday, April 11, 2010

ClickMy - PTC Baru

Hari ni saya join PTC baru - ClickMy,
sebenarnya saya malas dah nak join2 ptc baru ni,
bukan apa, kang dah sampai masa nak cashout, tetiba ptc tu close..
contohnya Upbux dan Enbux dulu..




ni pun exchange PTC ngan salah sorang member WC,
anyway sesapa nak join PTC nih leh KLIK SINI atau klik banner di atas...
happy clicking~!

Friday, April 9, 2010

Tip lindungi kad kredit anda

Kad kredit merupakan instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.

Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bil transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.

Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.


Amalkan

1. Tandatangan
Setiap kad kredit yang baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.

2. Awasi
Pastikan kad kredit anda selalu berada dalam pandangan apabila sesuatu transaksi dilakukan.
Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas sesuatu transaksi.

3. Lukis
Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.

4. Simpan
Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen minyak layan diri.

5. Semak
Semak penyata kad kredit yang diterima setiap bulan dan bandingkan dengan draf jualan.
Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau kesalahan.

6. Lapor
Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.

7. Rekod
Buat senarai nombor akaun kad kredit dan nombor telefon pusat pengeluar kad kredit tersebut untuk digunakan senagai rujukan sekiranya berlaku kecurian kad kredit atau kehilangan.
Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.

8. Bayar
Buat pembayaran kad kredit tepat pada masanya. Berhati-hati untuk mengelak pembayaran lewat dan bayaran penalti.


Jangan:

1. Pinjam
Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.
Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.

2. Beri
Jangan sesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.

3. Pamir
Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di dalam beg atau dompet, hafal nombor PIN tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.

4. Pandangan
Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.

5. Hilang
Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.

6. Lebih Berbelanja
Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu lakukan kira-kira atau rancang bagaimana wang akan dibelanjakan.

Kredit : www.smartconsumer.my

Tuesday, April 6, 2010

Berhati-hati dengan spyware

Spyware adalah suatu program atau skrip yang menjalankan perlakuan tertentu seperti pengiklanan, mengumpulkan maklumat peribadi atau menukar tetapan komputer, biasanya tanpa kebenaran anda. Spyware biasanya tidak mudah dilihat dan menjalankan aktivitinya secara senyap.

Berikut adalah beberapa tanda untuk mengetahui apabila spyware dipasang ke dalam sistem anda:

-Anda lihat iklan atau skrin pop-up walaupun semasa anda tidak disambungkan ke internet.


-Laman web pertama yang dibuka penyemak imbas (browser) anda berlainan daripada halaman utama biasa anda.


-Anda terlihat bar alatan baru di penyemak imbas (browser) anda yang anda tidak pasangkan.


-Komputer anda lebih lambat dari biasa.


-Komputer anda terpadam atau terhenti tanpa sebab.


-Terdapat sebarang aktiviti ganjil pada komputer anda.

Berikut adalah beberapa tip keselamatan mengenai cara melindungi sistem komputer anda daripada spyware:

-Kemas kinikan sistem operasi anda dengan memuat turun semua kemas kini kritikal dan kemas kini keselamatan.


-Gunakan program anti-spyware dan jalankan pengimbasan yang kerap.


-Laraskan tetapan keselamatan penyemak imbas (browser) anda kepada "sederhana" atau lebih tinggi.


-Pasang dan gunakan firewall.



Info dari: http://www.cybersecurity.my

Tukar fail .doc ke .pdf

salam,

mungkin ada di antara korang yg penah beli ebook atau minat baca ebook,
dan korang mesti tertanya-tanya camner dorang buat ebook tu kan?

aha, senang jea..korang hanya perlu windows word dan perisian convert dokumen korang tu ke PDF...ok, begini..selepas korang buat dokumen, korang akan savekan file korang tu kat memana folder, dan file korang tu akan dinamakan .DOC..

utk menukarkan fail korang ke bentuk ebook a.k.a .PDF, korang bleh pegi convert online di :

www.acrobat.com
www.convert.neevia.com
www.pdfonline.com/convert-pdf
www.freepdfconvert.com
www.primopdf.com/online.aspx



laman web primopdf.com/online.aspx menyediakan pertukaran format dokumen .DOC ke .PDF
dan menghantarnya terus ke kotak email anda.

selamat mencuba :)