Friday, April 9, 2010

Tip lindungi kad kredit anda

Kad kredit merupakan instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan pembayaran perkhidmatan dilakukan tanpa menggunakan wang tunai atau kad debit. Kad kredit boleh digunakan di mana-mana pusat perdagangan tempatan atau antarabangasa dengan syarat pusat perdagangan tersebut mempamerkan cap dagang yang sama dengan kad kredit yang hendak digunakan.

Pengeluar kad kredit akan membayar pedagang bagi pihak pembeli terlebih dahulu. Bil transaksi jualan kemudian akan diberikan kepada pembeli. Pengguna dikehendaki menjelaskan bayaran minimum sebelum atau pada tarikh tamat tempoh. Pengeluar kad kredit akan menggenakan faedah ke atas amaun yang tertunggak sekiranya bayaran tidak dibuat pada tarikh tempoh tamat.

Apa yang harus anda lakukan untuk melindungi kad kredit anda, memandangkan kad kredit adalah satu kemudahan bagi anda.


Amalkan

1. Tandatangan
Setiap kad kredit yang baru diterima haruslah ditandatangani dengan segera.

2. Awasi
Pastikan kad kredit anda selalu berada dalam pandangan apabila sesuatu transaksi dilakukan.
Pastikan jurujual mengembalikan kad , draf jualan dan resit selepas sesuatu transaksi.

3. Lukis
Lukis satu garisan pada draf jualan pada ruangan kosong di atas jumlah bayaran atau bulatkan amaun bayaran sebelum anda menandatangani draf jualan tersebut.

4. Simpan
Simpan setiap draf jualan termasuk draf jualan yang diterima daripada stesyen minyak layan diri.

5. Semak
Semak penyata kad kredit yang diterima setiap bulan dan bandingkan dengan draf jualan.
Segera laporkan kepada bank pengeluar kad sekiranya terdapat perbezaan atau kesalahan.

6. Lapor
Sekiranya kad anda dicuri atau hilang, hubungi pusat kad anda dengan segera.

7. Rekod
Buat senarai nombor akaun kad kredit dan nombor telefon pusat pengeluar kad kredit tersebut untuk digunakan senagai rujukan sekiranya berlaku kecurian kad kredit atau kehilangan.
Simpan senarai-senarai tersebut di tempat yang selamat.

8. Bayar
Buat pembayaran kad kredit tepat pada masanya. Berhati-hati untuk mengelak pembayaran lewat dan bayaran penalti.


Jangan:

1. Pinjam
Jangan pinjamkan kad kredit kepada sesiapa, walaupun rakan-rakan atau ahli keluarga.
Kad kredit, tidak boleh ditukar milik.

2. Beri
Jangan sesekali beri nombor akaun kad kredit melaui telefon kecuali anda telah mengesahkan bahawa syarikat atau individu yang menerima maklumat nombor akaun tersebut adalah pihak yang boleh dipercayai.

3. Pamir
Jangan tulis atau simpan nombor PIN anda di dalam beg atau dompet, hafal nombor PIN tersebut dan musnahkan PIN notifikasi.

4. Pandangan
Jangan benarkan kad kredit anda hilang dari pandangan semasa suatu transaksi. Jangan benarkan ia dilihat oleh orang lain. Ingat kad kredit umpama wang tunai.

5. Hilang
Jangan lalai dalam pemyimpanan kad kredit. Selalu pastikan bahawa kad kredit berada dalam simpanan anda. Periksalah untuk kepastian.

6. Lebih Berbelanja
Jangan berbelanja melebihi kemampuan. Selalu lakukan kira-kira atau rancang bagaimana wang akan dibelanjakan.

Kredit : www.smartconsumer.my