Order & pembayaran pertama dari fiverr.com

Salam, just nak share skit tentang fiverr.com nih, mula2 saya pun xtau pe mender ntah site fiverr.com nih, lepas tu try register dan masukkan service yang saya bwat cam supply akaun gmail dan youtube. Saya try dulu bukak 2 offer iaitu saya akan buat 30 akaun youtube/gmail dengan hanya USD5.

Xsampai seminggu saya dapat email dari fiverr.com, dia cakap camnih :



1st order daripada fiverr.com

Lepas tu saya bwat la akaun gmail yang telah dipesan tu, setelah diapprove oleh buyer, so dapat la saya USD4, USD1 telah dipotong oleh pihak fiverr.com(dorang pun nak untung)..so nak clearance USD4 tu mengambil masa yg agak lama iaitu dalam 14-16 hari. Lepas tempoh tu baru la kita leh transfer dwet kita tu dari fiverr.com ke akaun paypal.


Alhamdulillah, rezeki pertama dari fiverr.com nih, dapat la USD3.92 lepas tolak fees PayPal sebanyak USD0.08

Mimpi ular??

Hurm, bila orang kata, sapa2 bujang yang mimpi ular ni bermakna jodoh nak sampai, tapi betul ker? aritu dalam kul 2.30 pagi saya ada mimpi ular besar cam anaconda tu bergayut kat atas dahan pokok sambil sentuh2 saya, then ular tu jatuh btol2 depan saya..then saya terjaga..tengok jam 2.30 pagi. Orang kata kalo mimpi yang datang dari setan @ lebih elok dikatakan hanya mainan tidur adalah mimpi selepas waktu subuh. Ini tidak, biasanya mimpi kul 12 tgh malam ke 3/4 pagi tu ada 'makna'.

Awal paginya saya bukak internet dan cari tafsiran mimpi saya tu, ada yang kata nak dapat jodoh, ada plak kata nak kena sihir..pe2 pun kita xleh la caya sgt kat tafsiran ni, sesungguhnya semua yang berlaku tu atas kehendak Allah S.W.T

Mimpi ular? hurm..pe maksud yang sebenarnya erk? ataupun hanya mainan tidur semata-mata?

Then terbaca satu info nih, pasal 'tanda-tanda diganggu makhluk halus', antaranya :

1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.

5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam

7) Sakit pinggang tanpa sebab

8) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.

10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.

12) Bermimpi di tempat yang kotor.

13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

42) Sakit tulang belakang tanpa sebab.

43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal.

44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal.

45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati.

46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab.

47) Timbul rasa takut tanpa sebab.

48) Sering pengsan tanpa sebab.

49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik

50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad).

51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.

52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.

53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan

* kalau dah ada lebih dari 3 ataupun 3 tanda yang saya sebutkan di atas, elok2lah bawa berubat dengan perubatan Islam

Hurm, xtau la btol ke x, hanya tuhan yang tahu..

Withdraw Paypal ke Bank Malaysia

Sebenarnya menda ni dah lama berlaku, just saya nak bagi guide kat anda semua cara nak tambah Bank yang berada di Malaysia ni kedalam akaun Paypal anda untuk tujuan 'withdraw' duit atau deposit duit ke dalam Paypal. Cara ni menyenangkan user yang xda kad kredit. Thanks Paypal.

Langkah 1 : Pergi ke “My Account” dan klik “Profile” dan klik “Add/Edit Bank Account”




Langkah 2 : Klik butang "Add"


Langkah 3 : Kemudian masukkan maklumat terperinci tentang akaun bank anda di Malaysia nih, Pastikan anda memasukkan nama bank dan "MEPS Bank Routing Code" yang disediakan oleh pihak PayPal . Untuk info ini, anda boleh klik link "Details" untuk nama dan code setiap bank. Salin maklumat yang betul bagi mengelakkan charge RM15 yang akan dikenakan sekiranya withdraw anda di'reject'.

MEPS Bank Routing Code :

  1. AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
  2. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
  3. AMBANK BERHAD – ARBKMYKL
  4. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – BIMBMYKL
  5. BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD – BKRMMYK1
  6. BANK MUAMALAT BERHAD – BMMBMYKL
  7. BANK OF AMERICA – BOFAMY2X
  8. BANK SIMPANAN NASIONAL – BSNAMYK1
  9. CIMB BANK BERHAD – CIBBMYKL
  10. CITIBANK BERHAD – CITIMYKL
  11. DEUSTCHE BANK – DEUTMYKL
  12. EON BANK BERHAD – EOBBMYKL
  13. HONG LEONG BANK BERHAD – HLBBMYKL
  14. HSBC BANK MALAYSIA BERHAD – HBMBMYKL
  15. MALAYAN BANKING BERHAD – MBBEMYKL
  16. OCBC BANK (M) BERHAD – OCBCMYKL
  17. PUBLIC BANK BERHAD – PBBEMYKL
  18. RHB BANK BERHAD – RHBBMYKL
  19. STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD – SCBLMYKX
  20. THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) – ABNAMYKL
  21. UNITED OVERSEAS BANK – UOVBMYKL


Step 4 : Lihat sekali lagi segala maklumat tentang maklumat bank anda. Jika segala maklumat yang telah diisi adalah benar, klik "Add Bank Account".

Langkah 5 : Satu mesej untuk akan terpapar bagi mengesahkan yang anda telah memasukkan maklumat akaun bank anda ke dalam akaun PayPal anda. Anda juga akan menerima satu lagi mesej menerusi email.

Ok, pe lagi, withdraw la segala dwet anda di PayPal ke bank pilihan anda di Malaysia. Biasa proses mengambil masa 3 hari bekerja dengan withdraw fees serendah RM3 untuk sekali transaksi bagi withdraw kurang dari RM400 ke akaun bank kita. Kalo anda withdraw lebih dari RM400, tiada fees akan dikenakan. Kira murah la dari AlertPay, kalo Alertpay kena withdraw fees sebanyak RM15..PayPal is the suitable way to pay :)

Payment dari incrasebux

Hurm, seperti yang anda tahu, Incrasebux memerlukan pelaburan terlebih dahulu sebelum leh cashout, so baki akaun saya dah cecah USD19 hasil dari klik refferal saya selama sebulan seramai 37 orang yang saya sewa. Hurm, so saya invest USD7 dan dapat USD11.31, maybe kena invest USD12-USD14 untuk cashout USD19..

saya xtau la rate dia, tapi keuntungan di sini adalah USD4.31 jea, masih berbaki USD6.++ dalam akaun saya, maybe lagi 14 hari dah leh cashout lagi :)

Payment dari Incrasebux :)

Payment ke-12 dari microWorkers

Hurm, saya request payout dari microWorkers hari rabu, payment keluar ari jumaat, thanks microWorkers :)

Payment ke-12 dari microWorkers, ternyata microWorkers bukan lah scam!

Kerosakan biasa desktop/laptop anda

Hai, sambil2 berforum saya terpikir nak kongsikan pengalaman kerosakan pc saya kepada anda semua, mungkin masalah ni akan berlaku kepada anda, dan dapat memberikan anda sedikit idea untuk menyelesaikan masalah ini serta mengelakkan anda tertipu dgn tokey kedai pc..

1) Desktop off sendiri

Perkara ni berlaku kat desktop saya sebanyak 2 kali, tgh sedap2 main game tetiba pc shut down sendiri, bila pasang dia akan shut down gak, ada org kata processor panas, bila 1st time kena anta kedai, tu kedai ckp dia nyer power supply yang rosak..repair kena RM50 tukar power supply..

Bila dah seond time rosak, saya tau dah pe problem, pi beli power supply baru tros tukar, tgk btol masalahnya datang dari power supply..

2) Masalah RAM

Jangan anda tertipu dan mengelabah jika skrin komputer atau laptop anda jadik serupa gini.


Bukan skrin yang rosak tetapi RAM..Perkongsian ini bakal menyelamatkan wang anda dari ditipu dan kos baik pulih laptop atau pc yang lebih murah jika simptom seperti diatas berlaku.
Ingat RAM yg rosak tau....

P/S : masalah RAM di atas bukan masalah yang saya hadapi, tetapi terjadi kepada salah seorang daripada ahli forum..

3) Power xleh masuk dan charge battery

masalah ni terjadi kat laptop saya jenama NEC saya..maklum la laptop season, last2 hantar kat kedai kena RM300, rosak kat bahagian power supply, laptop saya xberani godek, kalo desktop tu berani ar..

4) PC xleh ON

aritu laptop saya xleh ON, cam biasa laptop saya xberani godek, so antar kedai..dia check adapter saya ok, check punya check dia kata cip kat motherboard problem..kena lagi RM330..isk3

Lain-lain artikel yang best!