Monday, August 27, 2018

Aku dan Microworkers


Microworkers..hampir 8 tahun aku mencari duit di laman web ini..ternyata ianya benar dan bukan lah scam..website ni pantas untuk di akses..Namun gitu, ianya semua bergantung pada mood aku, bila aku rajin aku buat tugas2 kat sana, kalau takda mood atau dalam keadaan malas, memang setahun sekali la baru cashout..macam tahun 2018 nih..

kalau korang bleh tgk jadual cashout aku kat bawah ni, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang gemilang bagi aku..memang time tu aku rajin sebab time tu aku student..student time tu ada elaun RM621.21 sebulan, tapi nak menampung kehidupan di tengah2 KL memang x cukup..masa belajar 8pg - 5 ptg. So dari 5 ptg sampai 8 pagi besoknya aku free..time tu la aku rajin buat task2 di microworkers ni..




Laman web microworkers ni konsepnya mudah, jika korang rajin memang korang berduit..kalo malas maka sebaliknya la..keje dia senang je, like video di youtube, retweet di twitter, sign-up jadi referral orang di sesebuah laman web, like video atau gambar kat Facebook dan sebagainya. Buat masa sekarang aku still buat microworkers ni selain Neobux. 2 program ni x payah kluar modal walau satu sen pun..susah dah nak cari duit di internet sekarang sebab ramai dah beralih pada Facebook dan Instagram. 

Lagi satu microworkers ni dah takda komisen untuk affliates, iaitu jadi referral la, macam MLM tu..dulu dia bayar USD1 untuk sorang yang kita kenalkan pada microworkers nih..sekarang takda lagi, mungkin ramai orang scam kot..buat akaun palsu..

Thursday, August 23, 2018

Jambatan Gantung Tertinggi di dunia


Tahukah anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi 4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.

Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!

Serangga Terpanjang di dunia


Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.

Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba. 




International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!

Monday, August 20, 2018

Coretan Selasa

Bila dah masuk seksyen baru sejak awal Ogos lalu, aku dah banyak masa lapang kat tempat kerja..tu kalau korang perasan aku start balik blogging bulan Ogos nih..sekarang aku kat seksyen HBA1c, urin dan Osmolality..

Buat HBA1c hari Isnin, Rabu dan Jumaat..so hari Selasa dan Khamis aku cuma run mesin urin dan osmolality je, tu pun x lama lepas buat QC yang x sampai sejam tu, pastu aku freeeee....ye haaa, tapi November aku dah masuk seksyen baru dah, mesin Centaur dan Versacell..mesin yang paling banyak buat hal kat makmal Biokimia nih..

Inilah mesin UX-2000, mesin analisis air kencing

Duk kat lab ni kena banyak rotate kerja..so akan belajar kat semua seksyen..orang kata tengah banyak masa ni kena manfaatkan sebaik mungkin..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, lapang sebelum sibuk :)

Tuesday, August 14, 2018

Gambar makanan

Gambar makanan yang dikongsikan kat group facebook..sebelum aku delete, aku upload dulu kat sini sebagai kenangan..hehe
















Wajah baru

Setelah sekian lama blog ni tak berubah wajah..akhirnya harini aku decide untuk tukar imej blog aku nih..waktu senggang sewaktu kerja aku gunakan untuk tukar theme blog ni..

Sambil-sambil update blog ni, aku sempat usha beberapa blog lama yang dulu famous seantero Malaysia..lama dah rupanya dorang tak update..last update adalah pada tahun 2011,2014,2016..mungkin kewujudan apps seperti instagram dan facebook mengubah attitude orang untuk lebih nak update kehidupan mereka di apps terbabit..

Theme blog aku yang lama..dia punya kelebaran tu tak boleh lebar lagi..tu sebab utama aku tukar theme blog ni..

Rindu zaman-zaman dulu bila semua orang ada blog sendiri..semua hendak di update..kalau boleh setiap hari post di blog apa yang mereka buat..Selain tu best juga baca kisah kehidupan kawan-kawan kita di blog, ada yang boleh dibuat tauladan dan pengalaman..

Bagi aku, update blog ni ikut mood..macam bulan 8 ni la, ada mood nak update blog, aku skali transformasi semua..susah nnt kalau mood berubah, tros blog ni terbiar je..

Wednesday, August 1, 2018

Ceritera Udang Galah

Al-kisahnya bila ada member jual udang galah dengan harga seringgit seekor..nampak macam menarik..tapi apakan daya aku alah pada udang dan segala spesiesnya..bila makan sekitar mulut jadi gatal termasuklah lelangit mulut aku..

Maka niat nak membeli tu terus terbantut..








Post pertama tahun 2018



Akhirnya post pertama tahun 2018. Bukannya malas nak update blog..tapi bz dengan kerja hakiki dan kerja online..dari awal tahun haritu dok sibuk dengan youtube..edit video untuk adsense di youtube..last2 x approve adsense sebab banyak video ciplak aku cedok dari facebook..hahaha

so masa untuk berblog sudah menjadi semakin tipis..tambah-tambah bila dah berbini dan bakal menimang cahayamata sulung bulan 10 ni..doa2 kan la semuanya selamat..

Insyaallah ada masa lapang aku update balik blog ni dengan kehidupan online aku..