Showing posts with label microworkers. Show all posts
Showing posts with label microworkers. Show all posts

Monday, August 27, 2018

Aku dan Microworkers


Microworkers..hampir 8 tahun aku mencari duit di laman web ini..ternyata ianya benar dan bukan lah scam..website ni pantas untuk di akses..Namun gitu, ianya semua bergantung pada mood aku, bila aku rajin aku buat tugas2 kat sana, kalau takda mood atau dalam keadaan malas, memang setahun sekali la baru cashout..macam tahun 2018 nih..

kalau korang bleh tgk jadual cashout aku kat bawah ni, tahun 2010 dan 2011 merupakan tahun yang gemilang bagi aku..memang time tu aku rajin sebab time tu aku student..student time tu ada elaun RM621.21 sebulan, tapi nak menampung kehidupan di tengah2 KL memang x cukup..masa belajar 8pg - 5 ptg. So dari 5 ptg sampai 8 pagi besoknya aku free..time tu la aku rajin buat task2 di microworkers ni..




Laman web microworkers ni konsepnya mudah, jika korang rajin memang korang berduit..kalo malas maka sebaliknya la..keje dia senang je, like video di youtube, retweet di twitter, sign-up jadi referral orang di sesebuah laman web, like video atau gambar kat Facebook dan sebagainya. Buat masa sekarang aku still buat microworkers ni selain Neobux. 2 program ni x payah kluar modal walau satu sen pun..susah dah nak cari duit di internet sekarang sebab ramai dah beralih pada Facebook dan Instagram. 

Lagi satu microworkers ni dah takda komisen untuk affliates, iaitu jadi referral la, macam MLM tu..dulu dia bayar USD1 untuk sorang yang kita kenalkan pada microworkers nih..sekarang takda lagi, mungkin ramai orang scam kot..buat akaun palsu..

Saturday, June 2, 2012

Pembayaran ke-16 dari microWorkers

Anda rajin, anda dapat hasilnya..tak kira la pekerjaan apa pun, kalo kita tekun dan rajin berusaha, pasti kerja kita tu takkan sia-sia..begitu juga halnya kisah saya dan microWorkers nih, setelah sekian lama bersama ngan microWorkers, mereka masih lagi membayar saya sebagai pekerja mereka, kali ni yang ke-16!

Thanks microWorkers! :)

 Payment ke-16 daripada microWorkers :) Thx dude!


Saturday, January 28, 2012

Payment ke-15 diterima daripada microWorkers :)

Microworkers sekali lagi berjaya membuktikan ianya sebuah laman web yang boleh dipercayai. Buktinya pembayaran ke - 15 selamat diterima sebentar tadi melalui Alertpay..thanks kepada team microWorkers terhadap response yang pantas..untuk pengetahuan semua, saya request cashout semalam, dan hari ni dapat..sungguh pantas..

Di bawah adalah proof of payment saya yang ke-15 :)

Pembayaran ke-15 dari microWorkers

Sesiapa yang berminat nak mengetahui lebih lanjut mengenai microWorkers, sila lah ke LAMAN WEB INI

Sunday, November 27, 2011

Pembayaran ke-14 dari microWorkers

Withdraw dari microWorkers akhirnya diterima setelah 6 hari menunggu. Agak lama..mungkin kerana melalui Alertpay dan bukan Paypal. Entah mengapa microWorkers sudah tidak menggunakan Paypal sebagai medium pembayaran pekerja. Paypal lebih mesra pelanggan :)

Pembayaran ke-14 dari microWorkers. Membuktikan mereka masih lagi sebuah laman web yang memberi manfaat kepada pencari duit dari internet untuk memperolehi sedikit income.

Saturday, June 25, 2011

Kerja mudah di microWorkers

Salam all,

Arini saya nak kongsikan beberapa 'tasks' @ kerja mudah yang terdapat di microWorkers, antara sebab microWorkers 'serasi' dengan saya adalah disebabkan beberapa tasks nya tersangat mudah untuk diselesaikan dan hanya mengambil beberapa minit disamping memberikan upah yang agak 'mahal'..

1) Surf website dan tunggu beberapa minit


Di atas adalah satu task yg mudah dan menyediakan upah yg lumayan, mengikut arahan employer, anda hanya perlu ke satu laman web dan biarkan web itu terbuka untuk beberapa minit sebelum anda boleh menutupnya, dan anda tahu berapa employer membayar utk itu? USD0.30-USD0.40, nilai yang agak tinggi hanya untuk kerja surf website!


2. Facebook like



Untuk kerja pasal facebook, anda disarankan membuat satu akaun 'dummy' khas untuk kerja2 online..xmo la plak hal2 online ni menyemak di profile facebook personal anda, nnt kawan2 anda cabut lari plak..

Ok, kita lihat gambar kat atas, tasks ni sangat mudah, hanya perlu klik butang 'LIKE' sahaja dan anda akan dapat USD0.10, mudah bukan? hanya sekali klik dapat duit!


3. Rate video di Youtube


Ok, sama gak di Youtube, anda disarankan gak mempunyai 2-3 akaun dummy untuk bwat task online di microWorkers, berdasarkan kerja di atas, anda hanya perlu ke laman youtube yang ada video milik employer, dan klik 'LIKE'..itu sahaja! biasanya tasks ni bernilai USD0.10.

Lagi satu task yang biasanya membabitkan youtube adalah 'Youtube: Comment + Rate + Subscribe', iaitu kerja komen, klik 'LIKE' dan subscribe ke atas video milik employer, dan upahnya biasanya USD0.12.


4. Vote @ Undi


Ok, lagi satu task yg mudah di microWorkers adalah 'vote', biasnya employer akan suruh undi untuk video, gambar dan penyertaan dorang dalam sesuatu contest tu. So, senang jea, kita pergi website yang disuruh employer, dan klik 'VOTE'...macam task di atas ni lagi senang, surf website tu dan undian kita dah dikira.

Undi cara ni xkena byr pun, bukan cam AF tu, nak undi duit prepaid kita kena potong.... :(


5. Digg/Delicious/Yahoo Buzz


Ok, jikalau anda merupakan salah seorang pekerja di microWorkers, tapi anda xda akaun Digg/Delicious/Yahoo Buzz, anda disarankan bwat satu sebab byk job kat mW memerlukan anda ada akaun tu semua..cam task kat atas nih, anda hanya perlu log-in ke akaun Digg anda, dan digg artikel milik employer..jgn lupa sertakan bukti2 yg diperlukan employer apabila sesuatu job tu dah dibwat, biasanya task camni cepat abeh dan upah yg biasanya diberi adalah USD0.10..

Oraitt guys, itu la sahaja tips-tips pasal microWorkers yg saya nak kongsi bersama anda semua..mungkin next time saya bagi lagi..Kepada sesiapa yang tak tahu microWorkers tu apa, leh kunjungi website INI

thanx dan jumpa lagi :)

Friday, May 6, 2011

Payment ke-10 dari microWorkers

Salam all,
di kala kebanyakkan ptc dan GPT program yg saya join semua 'tutup kedai',
Alhamdulillah saya masih boleh dapat sedikit earning dari microWorkers..
ternyata segala usaha saya dengan microWorkers ni terbayar akhirnya..
xsia-sia la ari2 dok mengadap mW bwat job..

proof payment ke-10 dari pihak microWorkers..thanks a lot :)

Payment ke-10 dari microWorkers, USD39.99..thanks a lot microWorkers!

Kepada sesiapa nak mengetahui cara2 nak join dan tips pasal microWorkers ni, leh surf website nih utk keterangan lanjut : http://microworkerz.blogspot.com

Thursday, February 17, 2011

Payment terbaru dari microworkers

Kali ni saya kuarkan awal sket sbb nak pakai dwet sket..huhu
nah payment proof seperti di bawah nih..

Payment ke-8 saya terima dari microWorkers.. :)

Saturday, May 1, 2010

Microworkers - Buat tugas dan peroleh upah

salam, laman web ni menyediakan beberapa task @ tugas mudah utk user internet selesaikan, dan peroleh upah..para pekerja di rumah yg rajin leh dapat upah serendah USD0.10 sehingga USD+10 bergantung kepada kesukaran utk menyelesaikan sesuatu kerja/task yg disediakan oleh pemberi tugasan/employer tu..


Laman web Microworkers.com

Aku baru je join menda nih dan baru setelkan 4 task yg berjumlah USD0.10 bg setiap task, baru dapat USD0.40 :), kalo nak cashout kena ada USD9, so berjinggut la nak menunggu nya..kepada yg nak try, leh click banner dibawah :


Good luck menjana duit di internet~
salam ukhwah..