Cara Membayar Yuran Ebay @ Ebay Fees Menggunakan Kad Debit Maybank

Salam semua,

Sebagai seorang penjual @ seller di eBay, ramai orang mempunyai masalah dalam menyelesaikan yuran eBay terutamanya bagi individu yang tidak mempunyai kad kredit. Saya juga mempunyai masalah dalam menjelaskan yuran ebay/ebay fees yang tertunggak kerana tiada kad kredit. Okay, penyelesaiannya kalo xda kad kredit, guna kad debit. Dalam post saya kali ni saya gunakan kad debit Maybank. Kad debit Maybank nih saya request bagi menggantikan kad atm dgn caj RM12. Sebelum nak bayar ebay fees nih, pastikan anda mempunyai duit di dalam Maybank yea..

1) Pertama pergi ke "My Ebay" dan cari "Site Map".



2) Di "My Selling Account", pilih "Make A Single Payment"



3) Kemudian pilih "Pay With Your Credit Card"




4) Masukkan semula username dan katalaluan untuk pengesahan

5) Masukkan segala maklumat dengan betol dan berhati-hati seperti gambar di bawah nih. Selepas itu klik "CONTINUE" dan seterusnya "CONFIRM"



6) Jika transaksi berjaya, anda akan lihat gambar seperti di bawah nih..



7) Sila semak baki akaun anda di Maybank dan ebay di "Seller account", pastikan jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun eBay dan yang ditolak di akaun Maybank anda tepat.






Saya bayar fees ni melalui eBay Malaysia. Tak kisah la anda menjual di eBay.com @ eBay.com.my, seller fees biasanya dia akan invoice sekali..

Sekian, terima kasih :)

Hadiah dari Buena Vista Columbia Tristar


Salam semua, minggu ni dapat hadiah daripada Buena Vista Columbia Tristar,
hadiah nya sehelai t-shirt 'The Muppets'..
Alhamdulillah...syukur ke hadrat ilahi..
saya pun mmg t-shirt collector, kalo boleh nak kumpul seberapa banyak t-shirt yang dapat..

USAHA TANGGA KEJAYAAN!

T-shirt dari Buena Vista Columbia Tristar

Payment pertama dari Clixsense!

Setelah bersusah payah klik iklan sorang2 kat Clixsense, akhirnya dapat gak cashout..fuh, jenuh klik, ingat saya, first cashout kena USD10 dan ke atas, rupanya 1st cashout USD8 jea..

Alhamdulillah, x sia-sia klik--klik..lagipun bukannya susah sgt pun, modal pun xda, cuma ia makan masa jea nak nampak hasil..nah saya tepek gambar bukti cashout dari clixsense..

Payment pertama dari Clixsense! Thanks Clixsense..

Nak join clixsense? KLIK BANNER DIBAWAH

Kambing yang suka memanjat


Alpine Ibex adalah sejenis kambing liar di kawasan pergunungan Eropah. Kambing jenis ini boleh mendaki permukaan gunung yang cerun dan curam, malah ia boleh memanjat setinggi 6,500 ke 15,000 kaki. Kambing ini gemar menjilat garam pada batu.


Dan kebolehannya mendaki itu menjadi ketakjuban ramai saintis yang membuktikan bahawa Alpine Ibex adalah 'gravity-defying goats' yang memiliki sepasang kaki yang mampu melekat dengan utuh di permukaan cerun berbanding manusia atau haiwan lain.

 

Pedih Ulu Hati


Rasa macam nak muntah tapi tak juga. Dada pula rasa sebu sehingga perli diurut. Tapi tak juga beransur lega. Apa yang dah berlaku nih? Adakah ini dinamakan pedih ulu hati?


Definisi

Penyakit yang biasa dialami oleh masyarakat di mana dalam isi perut asid naik ke kawasan esofagus. Hal tersebut menyebabkan ia rasa sakit dan pedih ulu hati. Biasanya, masalah pada pencerut di bawah esofagus (cardiac sphincter) menyebabkan pedih ulu hati berlaku. Sekiranya masalah pedih ulu hati berlanjutan, ia boleh membawa kepada kanser esofagus.


Faktor

  • Perut ternaik ke atas kawasan ruang dada menyebabkan pencerut tidak dapat berfungsi dengan baik, lalu menyebabkan asid dari perut ke esofagus. Pencerut esofagus menjadi lemah. 
  • Kegemukan
  • Merokok
  • Terlebih penghasilan asid dalam perut
  • Perut lambat kosong akibat makanan lambat diproses.
  • Mengandung.
  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan dalam pesakit achalasia.


Simptom

  • Pedih (rasa terbakar di kawasan belakang tulang dada bahagian bawah)
  • Pedih ulu hati sewaktu makan atau baring.
  • Pedih ulu hati selepas makan makanan pedas.
  • Pedih ulu hati sewaktu menggeliat.
  • Air liur keluar dengan banyak.


Rawatan

 
  • Mengubah gaya hidup
  • Mengurangkan berat badan
  • Tidur menggunakan bantal untuk mengelakkan asid perut naik ke esofagus.
  • makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.
  • Elakkan meminum minuman panas, beralkohol
  • Elakkan makan buah-buahan masam, makanan pedas
  • Elakkan makan tiga jam sebelum tidur
  • Berhenti merokok.


Ubat-ubatan


  • Gaviscon
  • Lansoprazole
  • Antasid

Khasiat Buah Betik



Tak ramai yang menggemari betik kerana ia kurang popular. Namun begitu, khasiat betik tak kurang juga hebatnya seperti buah-buahan tempatan yang lain.

Buah betik adalah dari spesies 'carica papaya' dan berasal dari keluarga 'caricaceae'. Ia kaya dengan vitamin C yang lebih tinggi daripada buah limau. Sesetengah dari buah betik yang sederhana saiznya dapat membekalkan 100% keperluan vitamin C dalam sehari.

Zat

Selain vitamin C, betik juga mengandungi zat vitamin A dan pelbagai jenis zat vitamin B seperti riboflavin, folate, dan cryptoxanthin. Zat ini merupakan sejenis carotene yang menghasilkan warna bagi isi buah betik. Selain zat vitamin, betik turut mengandungi serat, zat protein dan enzim papain.


Makanan Tambahan

Memakan betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan membersihkan perut. Jus buah betik yang dicampurkan susu dan madu mempu menjadi tonik untuk membantu tumbesaran kanak-kanak dan orang sakit.


 Ubat Sembelit & Buasir

Salah satu penawar yang murah dan selamat. Betik mampu membantu penghadaman serta membekalkan pelbagai vitamin, zat galian dan serat yang diperlukan. Bahkan, ia juga dapat membantu menjauhkan diri daripada cacing pita dan kerawit dalam perut.


Kecantikan

Siapa kata buah tempatan tak mempunyai khasiat untuk kecantikan? Buah betik mampu membantu menjadikan kulit lebih lembap dan licin. Tidak kisahlah sekiranya anda makan atau sapu di muka. Getah betik muda pula boleh membantu merawat rekahan di tumit kaki.


Taman Nasional Komodo, Indonesia



Taman Nasional Komodo merupakan sebuah taman negara yang dimiliki oleh Indonesia. Ia terletak di antara kawasan kepulauan Nusa Tenggara Timur @ Nusa Tenggara Barat. Dari segi geografi, ia terletak di antara Pulau Sambawa dan Pulau Flores di bahagian Indonesia Timur.



Taman Nasional Komodo meliputi sebanyak 3 buah pulau iaitu Pulau Komodo, Pulau Rinca dan Pulau Padar. Kawasan tersebut mula ditetapkan sebagai taman nasional oleh kerajaan Indonesia pada tahun 1980. Kepulauannya didiami oleh pelbagai binatang setra tumbuhan yang unik.


Antara haiwan yang paling unik dan hanya terdapat di kawasan tersebut adalah biawak Komodo. Ia merupakan sejenis spesies biawak gergasi yang memiliki racun toksik di dalam kelenjar air liurnya.

Tatzelwurm - Makhluk Lagenda Rakyat



TATZELWURM merupakan makhluk 'cryptid' yang menghuni Banjaran Apls dan juga merupakan makhluk buas legenda rakyat Swiss. Dikenali ramai dengan nama Alps Dragon, diskripsi tentang rupa bentuk makhluk misteri ini berbagai-bagai. Sesetengah pihak mendakwa Tatzelwurm seakan cicak manakala ada dakwaan lebih pelik menggambarkan ia seakan rupa kucing.

Diskripsi kebiasaan tentang Tatzelwurm, makhluk ini dikatakan panjangnya antara 2 hingga 6 kaki, berbadan seperti ular dengan tubuh diliputi sisik. Makhluk ini juga mempunyai 2 kaki hadapan dan dikatakan mempunyai sepasang mata yang besar dan terang.

Berdasarkan sesetengah rekod saksi, makhluk ini juga didakwa mempunyai telinga dan berbulu yang membuatkan rupanya seakan seekor kucing. Salah satu ciri ketara makhluk ini, ia juga dikatakan boleh mengeluarkan gas beracun dari tubuhnya, yang mana mampu membunuh manusia dewasa.

Makhluk ini pertama kali dilihat dan menjadi topik perbualan hangat penduduk sekitar Alps adalah pada 1779 apabila Hans Fuchs, seorang petani miskin melihat makhluk ini menyerang khinzir ternakannya. Apa yang dilihatnya pada hari itu bukan sahaja membunuh khinzir ternakannya, malah dia turut mati pada hari yang sama setelah diserang sakit jantung. Sebelum menghembuskan nafas terakhir. dia sempat menceritakan tentang Tatzelwurm - berasal dari perkataan Jerman untuk cacing yang berkuku cakar.


Gambaran menunjukkan Tatzelwurm menyerang seekor khinzir.


Penemuan-Penemuan Tatzelwurm

Pada 1828, seorang petani telah menemui bangkai Tatzelwurm. Hanya separuh dari badannya sahaja berjaya dibawa pulang manakala separuh lagi telah dimakan burung gagak. Pada 1883 atau 1884, Kaspar Arnold melihat Tatzelwurm berhampiran Hochfilzen, Tiro, Austria. Sebelum itu, pada musim panas 1921, 2 orang saksi mendakwa telah melihat Tatzelwurm, melompat setinggi hampir 9 kaki di udara, menerpa ke arah mereka. Ia berwarna kelabu, sekitar 2 hingga 3 kaki panjang dan berkepala kucing.



Rangka sepanjang 5 kaki, dipercayai rangka Tatzelwurm ditemui oleh 2 lelaki sekitar tahun 1924. beberapa penemuan turut dilaporkan selepas itu sehinggalah ke hari ini. Namun, masih tiada bukti bergambar berjaya dirakam.

Teori

Dipercayai, Tatzelwurm sebenarnya mungkin spesis salamander yang jarang ditemui. Ia juga mungkin dari spesis 'Gila Monster' yang ciri-cirinya amat sepadan dengan ciri-ciri Tatzelwurm. Sebagaimana yang digambarkan saksi-saksi. malah 'Gila Monster' sememangnya amat beracun dan mampu membunuh.


Gila Monster

Kisah Dan Cooper - Si Perampas Kapal Terbang



Kisahnya bermula sekitar sambutan Thanksgiving, 24 November 1971. Seorang lelaki membawa sebuah beg menghampiri kaunter tiket penerbangan Northwest Orient Airlines dan kemudiannya membeli tiket sehala penerbangan 305, trip pernerbangan 30 minit ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Lelaki itu kelihatan biasa sahaja penampilannya, seperti seorang ahli perniagaan gayanya. Beberapa ketika selepas pesawat 305 tersebut berlepas, ia dikhabarkan telah dirampas oleh lelaki itu!

Ketika menghampiri jurujual tiket Northwest Orient Airlines pada petang itu, lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Dan Cooper. Semenjak itu D. B. Cooper adalah nama yang sangat popular untuk merujuk kepada lelaki yang tiada siapa tahu identiti dia yang sebenarnya, yang telah merampas sebuah pesawat Boeing 727 tersebut.

Dia telah merampas pesawat tersebut ketika pesawat itu sedang terbang di ruang udara antara Portland, Oregon dan Seattle, Washington. Dia kemudiannya meminta wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun. Nasibnya kemudian tidak diketahui selepas dikatakan terjun daripada pesawat tersebut. Kes rampasan ini kekal tidak dapat diselesaikan dan antara kes rampasan pesawat paling 'bizarre' dalam sejarah Amerika.

Rampasan Pesawat Boeing 727 penerbangan 305 itu bermula kira-kira ia dalam suku perjalannya ke Seattle, Washington. Dan Cooper telah menyerahkan satu nota kepada Florence Schaffner, seorang pramugari. Pada mulanya Schaffner menyangka ianya hanya satu nota temujanji yang ditulis seorang ahli perniagaan yang sunyi, lantas dia memasukkan nota tersebut ke dalam tas tangannya. Cooper kemudian dengan tenang merapati Schaffner sambil berbisik ' Cik, sebaiknya awak perlu membaca nota itu terlebih dahulu, saya ada bom".



Nota kecil yang ditulis kemas dengan semua huruf besar itu tercatat "SAYA ADA BOM DI DALAM BEG BIMBIT, SAYA AKAN MENGGUNAKANNYA JIKA PERLU. SAYA MAHU ANDA DUDUK BERSEBELAHAN SAYA. PESAWAT INI SEDANG DIRAMPAS". Schaffner, seperti mana yang diminta lelaki itu kemudian duduk disebelahnya. Schaffner kemudian meminta untuk melihat bom tersebut dan Cooper membuka begnya perlahan-lahan. Cooper kemudian meminta supaya wang sebanyak USD200 000 dan payung terjun disediakan sebaik pesawat itu mendarat. Cooper juga meminta sebuah trak minyak bersedia untuk mengisi minyak pesawat sebaik sahaja mendarat.


Pesawat yang dirampas oleh Dan Cooper


Yakin dengan apa yang dilihat dalam beg Cooper, Schaffner lantas menyampaikan tuntutan lelaki itu ke kokpit, yang kemudiannya menghubungi pusat kawalan. Datuk Bandar kemudian mengarahkan supaya tuntutan-tuntutan Cooper dipenuhi kerana bimbang dia akan mencederakan penumpang. Pihak berkuasa lantas mengumpulkan wang bernot USD20 sebanyak USD200 000 dari beberapa buah bank sekitar, seperti yang diminta Cooper. beberapa minit kemudian pesawat itu mendarat, segala tuntutan diserahkan namun Cooper hanya melepaskan separuh dari pesawat pesawat itu. Dia kemudiannya mengarahkan supaya pesawat itu kembali terbang selepas mengisi minyak menuju Mexico.

Berdasarkan cerita Schaffner, lelaki yang dikenali sebagai Dan Cooper itu langsung tidak berpewatakan seperti seorang perampas kapal terbang. Tutur katanya baik, langsung tidak menggertak malah langsung tidak kelihatan seperti gentar atau gemuruh sepanjang dia merampas pesawat tersebut. Cooper juga menawarkan makan tengah hari kepada semua penumpang.

Selepas menerima semua tuntutan yang diminta, Cooper mengarahkan supaya pesawat itu kembali berlepas. Dalam penerbangan yang menghala ke Mexico itu, dia kemudian mengintai dari cermin pesawat dan dengan tepat boleh mengenalpasti dimana pesawat tersebut terbang ketika itu. Dari situ, Schaffner merasakan Cooper bukanlah calang-calang orang. Cooper kemudian memesan segelas minuman, menghabiskan minuman itu, mengambil wang sebanyak USD200 000, dan terus terjun dari pesawat.


Lakaran wajah Dan Cooper


Beberapa teori mengatakan Cooper mungkin bekas seorang paratrooper (anggota tentera payung terjun) atau seorang penerjun berpengalaman kerana berdasarkan skill dan perancangannya, dia bukan lelaki biasa. Agen khas FBI juga turut bersependapat. Dikatakan ketika Cooper terjun dari pesawat, kelajuan angin ketika itu mencecah 200 MPH dan cuaca amat gelap serta hujan. Peluang untuk dia terselamat amatlah tipis dan Cooper juga mungkin tahu mengenai itu. Seorang penerjun yang tidak berpengalaman tidak akan terjun dalam cuaca begitu.

Drama ini berlarutan meninggalkan tanda tanya. berdekad lamanya, Cooper tidak dapat dikesan malah tempat di mana dia melakukan terjunan juga tidak dapat dipastikan secara tepat. Pihak FBI juga menemui jalan buntu dalam menjejak Cooper melalui nombor siri wang yang dituntut lelaki itu. beberapa orang pernah ditangkap kerana menggunakan wang dari nombor siri wang tuntutan itu, namun dibebaskan kembali kerana tiada seorang pun dari mereka boleh dikaitkan dengan Dan Cooper.


BARANG BUKTI : Tiket Dan Cooper


BARANG BUKTI : Payung terjun yang dijumpai dipercayai milik Dan Cooper

Seorang kanak-kanak juga pernah menemui sebahagian dari wang tuntutan Cooper berjumlah USD5800 pada 1980 di pinggir sungai Columbia, vancouver, Washinton. Namun apabila siasatan menyeluruh dilakukan di kawasan tersebut, langsung tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa Dan Cooper mendarat atau terbunuh di situ.

Penyakit Demam Kepialu



Demam kepialu yang disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi merupakan sejenis penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Bagaimana Ia Menular

Penyakit ini merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria dari orang yang dijangkiti dan kumbahan yang mengandungi bakteria. Bakteria ini hanya bersarang di dalam tubuh manusia. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan membawa bakteria di dalam saluran darah dan saluran pencernaan. Oleh sebab itu, kita hendaklah menjaga dan mengamalkan kebersihan terlebih dahulu.


Langkah-langkah Pencegahan

1. Kebersihan makanan - Elakkan makanan serta minuman yang dijual itu benar-benar bersih. Dengan menghindari makanan berisiko ini, ia mampu melindungi diri anda daripada lain-lain penyakit seperti cirit-birit, taun, disentri dan hepatitis A.

2. Dapatkan vaksin - Jika anda menetap atau sedang dalam perjalanan ke negara-negara maju yang biasa diserang wabak kepialu, anda perlulah menimbangkan pengvaksinan menentang demam kepialu. Berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksin.

Bakteria Salmonella Typhi

Tanda-tanda demam kepialu

  • Demam yang berpanjangan (suhu badan setinggi 39°C hingga 40°C).
  • Badan rasa lemah dan tak bermaya.
  • Sakit perut
  • Hilang selera makan.
  • Tumbuh ruam tompok warna merah jambu.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Diserang?

Jawapan yang tepat adalah segera berjumpa doktor. Biasanya anda akan diberi antibiotik dan mula menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh 2 hingga 3 hari. Perlu diketahui, jika tidak mendapat rawatan lanjut, anda boleh demam selama berbulan-bulan. Sebanyak 20% daripada mereka yang meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jangkitan.

Kebaikan Evening Primrose Oil atau EPO



EPO merujuk pada singkatan 'Evening Primrose Oil' iaitu ekstrak minyak dari bijian tumbuhan yang mempunyai banyak kelebihan.

1. Kesihatan kulit

Membantu mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering, bersisik dan alahan. EPO mampu mengurangkan simptom ekzema dan dermatitis iaitu sejenis panyakit kulit.


2. Melegakan simptom pra-haid

Membantu wanita yang mengalami simptom pra-haid seperti kemurungan, perubahan mood dan ketakselesaan payudara.


3. Diabetes

 EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan simptom gangguan saraf yang disebabkan oleh diabetes.


4. Jantung dan paras kolesterol

Membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan penyempitan salur darah.


5. Osteoporosis

Membantu masalah tulang rapuh dan menguatkan struktur tulang.


6. Mengurangkan radang dan sakit sendi.

7.  Melegakan sclerosis.

8. Melancarkan penghadaman.

9. Mengurangkan simptom menopaus.

10. Memperbaiki rambut kering dan kulit kepala gatal.

11. Mengurangkan tekanan darah.

12. Menguatkan kuku yang mengelupas atau pecah.


Menara Jam Tertinggi Di Dunia





Menara jam yang paling tinggi di dunia buat masa sekarang adalah Abraj Al-Bait Towers atau dikenali juga dengan nama Mecca Royal Hotel Clock Tower. ia terletak di kota suci Mekah, Arab Saudi. Selain itu, ia merupakan sebuah kompleks yang menempatkan sebuah hotel terbesar di dunia.


Kini, ia dikenal pasti sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 601 meter. Menara jamnya mempunyai 4 buah jam pada setiap arah. Ia juga mempunyai jam terbesar di dunia. Rekaan menara jam tersebut dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Jerman iaitu Premiere Composite Technologies. Manakala jamnya pula dihailkan oleh firma kejuruteraan dari Switzerland, Straintec. Menurut kerajan Arab Saudi, kos keseluruhan bagi bangunan dan kompleks tersebut menelan belanja sebanyak USD15 billion (RM47.99 billion).

Kesatuan Soviet


 

Kesatuan soviet adalah negara yang sudah tidak wujud lagi di dalam peta dunia. Ia merupakan sebuah negara bersatu yang diperintah oleh Parti Komunis bermula dari tahun 1921 sehingga 1991. Kesatuan Soviet atau dikenali sebagai USSR (Union of Soviet Socialists Republic) merangkumi gabungan negara seperti Russia, Ukraine, Belarus, Armenia, Latvia, Moldova, Lithuania dan Estonia.


Kesatuan Soviet diperintah oleh sebuah kerajaan berpusat yang sangat ketat. Ia bermula selepas berlakunya revolusi yang dikenali sebagai Russian Revolution 1917. Antara pemimpin Kesatuan Soviet yang paling dikenali adalah Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.

Carta Billboard




Carta Billboard adalah carta yang digunakan untuk menentukan populariti sesebuah lagu atau album bagi setiap minggu di Amerika Syarikat. Carta tersebut diterbitkan setiap minggu di dalam majalah Billboard. Terdapat 2 jenis carta Billboard yang utama iaitu Hot 100 (single) dan Billboard 200 (album). Carta Billboard pertama diterbitkan pada 4 januari 1936 dengan memperkenalkan barisan lagu-lagu popular.


Carta lagu popular pertama pula mula dihasilkan pada bulan Julai 1940. Kini. carta Billboard dirujuk sebagai antara carta paling penting di dunia.

Khasiat Buah Beri





Walaupun bersaiz kecil, tetapi buah beri sebenarnya kaya dengan antioksidan yang mampu membantu menjana kesihatan tubuh badan. Buah beri mengandungi antosanin dan paras antioksidan yang tinggi. Ia juga kaya dengan sumber fiber untuk membantu sistem penghadaman yang sihat. Malah, vitamin C yang terkandung di dalam buah beri mampu mengekalkan sistem imunisasi dan kulit yang berseri.

Acai beri



Buah asal hutan hujan Amazon ini kaya dengan antosanin. Ia dianggap sebagai wira di kalangan buah beri kerana mampu meningkatkan tahap tenaga, kesihatan mental dan sistem imunisasi. Menariknya, ia membantu mengurangkan berat badan, menjana jantung dan peredaran darah.


Blueberry



Kaya dengan khasiat antioksida, vitamin C dan E. Ia juga mengandungi kepekatan pati antosanin tinggi yang membantu melindungi dari sakit jantung, kanser dan gejala penyakit berkaitan usia seperti kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.


Mulberry

 

Sumber resveratrol yang baik, iaitu sejenis bahan yang dipercayai dapat membantu mencegah kanser dan memanjangkan usia. Buah ini biasanya digunakan untuk mengubati demam dan selesema.


Rasberry

 

Manis, wangi dan kaya dengan vitamin serta fiber. Raspberi membantu memperlahankan proses penghadaman dan mengekalkan kadar metabolisme yang tinggi seterusnya membantu tubuh membakar lemak.


Cranberry

 
Buah ini digunakan untuk merawat jangkitan terutamanya jangkitan pada saluran kencing. Selain kaya dengan antioksida yang mampu mencegah penyakit jantung, ulser dan kanser, buah ini juga membantu merawat serangan asma, mengurangkan kolesterol dan melindungi otak daripada kerosakan saraf berkaitan dengan usia.


Strawberry

 

Kandungan vitamin C, flavonoid, phenolic dan elagic ni mampu melindungi beberapa masalah penyakit mata. Kandungan kalium dalam strawberi juga memberi tekanan pada mata.

Lain-lain artikel yang best!