Thursday, March 28, 2013

Hadiah daripada Karangkraf : T-Shirt The Gangster Antapal


Alhamdulillah dapat gak saya tambah koleksi t-shirt saya selepas dipilih sebagai salah seorang pemenang dalam contest di majalah terbitan Karangkraf iaitu KLIK. Terima kasih KLIK!



Hadiah selamat diterima pada 23 March 2013. Ianya dikirim melalui kiriman pos daftar Pos Malaysia. Memang bertambahlah semangat saya nak join kontes lagi di masa-masa yang akan datang.. :)

Cara-cara meng'tint'kan lampu kereta anda



P/S  : Sila klik pada gambar untuk membesarkan ia..hehe

Jom buat sendiri :)

Monday, March 18, 2013

Saturday, March 16, 2013

Ujian RPR @ VDRL : Saringan awal penyakit sifilis


Venereal Desease Research Laboratory (VDRL) adalah ujian penyaringan bagi penyakit sifilis. Keputusan VDRL positif tidak semestinya menunjukkan seseorang individu itu mempunyai sifilis kerana kemungkinan terjadinya reaksi positif palsu. Ujian Treponema Pallidum Antigen Test (TPHA) dilakukan untuk mengesahkan penyakit sifilis jika ujian VDRL didapati positif di peringkat awal.

Virus Treponema Pallidum yang berbentuk spiral.
Kuman @ Virus Treponema Pallidum menyebabkan penyakit bawaan seks(STD) iaitu sifilis.

Untuk melakukan ujian RPR @ VDRL ini, setitis serum pesakit dan sebatian karbon diperlukan.
Keputusan positif dan negatif bagi ujian VDRL.

Kumpulan darah manusia


Jenis darah (atau kumpulan darah) ialah pengelasan darah berasaskan kehadiran atau ketiadaan bahan-bahan antigen terwaris pada permukaan sel darah merah (SDM). Antigen-antigen ini berbentuk protein, karbohidrat, glikoprotein, atau glikolipid, bergantung pada sistem kumpulan darah. Sesetengah antigen ini juga didapati pada permukaan jenis sel lain pada pelbagai jenis tisu.

Dari satu alel (atau gen-gen yang terkait rapat), sebilangan antigen permukaan sel darah merah ini
bersama-sama membentuk sebuah sistem kumpulan darah. Jenis darah adalah terwaris dan mewakili sumbangan dari kedua-dua ibu bapa. Sejumlah 30 sistem kumpulan darah manusia kini diitiraf oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa (International Blood Transfusion Society, ISBT).


Motorsikal ku yang ke-2


Berikut adalah gambar mutorku yang ke-2 selepas Suzuki FX110, darling saya yang terbaru ni model Honda Wave RS 110. Tarikh lahir dia 23 Januari 2013, Tak sampai 2 bulan beliau ku bawa..


tapi yang xbeshnya tentang motor ni, tayarnya tidak tubeless, pakai tiub..dengar kata semua model honda yang ada sport rim kalo keluar kedai memang xpakai tubeless, semua pakai tiub. Kecuali la model yamaha, model yamaha cam Lagenda kalo keluar kedai mmg dah tubeless..

Hurm, kena la tunggu bunga tayarnya habis, baru la boleh ku tukarkan ke tayar tubeless..

Perodua Kancil Modification to Daihatsu Mira


Salam all, perodua kancil di bawah ni adalah hak milik member saya sebenarnya, dia ni bwat modification slow2, tukar sini, tukar sana.. last2 jadi ni, memang respek ngan dia..cantik gak kereta dia nih, superb!


Saya memang memang minat modi kancil ke mira ni, tapi apakan daya badan besar, xberapa nak muat la dalam kancil nih..huhu

Klinik Kesihatan Sungai Buloh


Pemandangan sekitar Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan :)

MCH
OPD
Kaunter makmal patologi KK Sungai Buloh
Dalam bilik makmal
Akuarium bukan untuk ikan

Monday, March 11, 2013

Lampu NEUTRAL motorsikal tidak menyala


Masalah yang berlaku pada motorsikal saya jenis Suzuki FX110 bermula awal tahun 2012 apabila saya tengah menunggang beliau hendak pergi ke Chow Kit. Time tengah bawak tu, tiba2 enjin moto berhenti. Kemudian pabila hendak men'start' moto tu kembali, lampu 'N' pada panel meter motor tidak menyala.

Jenuh kick start tak mau gak, akibatnya terpaksa la sorang lagi member menunda balik asrama. Tak jadi tros pi Chow Kit. Time tgh jalan menunda tu, akhirnya lampu 'N' menyala, try start, nasib baik mau..

Lebey kurang gini la moto saya, cuma kaler merah ngan ada sport rim putih





Moto tros bwat hal 2-3 bulan lepas tu, time nak putar kunci lampu 'N' tak menyala lagi..Time tu kat asrama, nak pergi keluar, kesian kat member janji ngan dia nak pi makan, moto tak mau start, pinjam la moto member..

Pada bulan Oktober 2012, moto sekali lagi bwat hal pabila saya nak pergi ke seksyen 18, tgh on da way, moto leh berhenti tiba-tiba la, lampu 'N' memang tak menyala, kick-start 8 riban kali pun tak mau hidup, kick-start ibarat macam tak putar kunci ke 'ON'

Lampu NEUTRAL tak menyala?? Apa problemnya???

Hati sebenarnya dah mula berkata-kata, apa masalahnya pada moto nih?, ada terbaca kat forum2 automobil dan permotoran tempatan yang mengatakan sebenarnya masalah ni berpunca dari masalah coil, wiring atau CDI. Ada gak tanya 2-3 mekanik, dorang pun xtau..adoi pening2

Akhirnya pada awal bulan March 2013, apabila moto ni dah tak mau start pasal lampu 'N' x menyala, dah dekat seminggu kick-start tak mau-mau jugak, sampai nak tercabot kaki den ni ha, mintak tolong member tunda pi bengkel moto kat Seksyen 20, Shah Alam, Selangor..

Mekanik ni sorang godek2, last dia periksa wayar kunci, hurm..dem!!

....rupanya ni lah problemnya, wiring pada lubang kunci tu dah tak elok, tros tukar lubang kunci kena RM45, setel masalah..selama ni lubang kunci je problem, kalo tau awal2 lagi dah tukar lubang kunci tu..patutlah xmau start moto, kunci problem, ibarat la kita tak putar kunci ke 'ON", moto mau start tak? mesti 150 juta kali kita tendang starter tu pun tak mau start..sebab kunci tak berada di posisi 'ON', begitulah jugak kalo lubang kunci bermasalah dan tak berfungsi..memang moto takkan start la walaupun dah tukar bateri ke, spark plug ke..

huhu..walau apa pun terjadi padamu motor, ku tetap sayang padamu..

Wednesday, March 6, 2013

Bas Ekspress Etika


Terima kasih kepada Bas Etika Express yang telah membawaku pulang ke stesen bas Puduraya, Kuala Lumpur dari stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah. Bas sungguh selesa, nak tidor pun best jea..



Hari Terbuka Klinik Kesihatan Kuang


Hari terbuka Klinik Kesihatan Kuang telah berlangsung pada 23 Februari 2013 bersamaan hari Sabtu. Berbagai-bagai program telah diadakan seperti kempen menderma darah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan cabutan bertuah.

Kira-kira 500 orang ramai dan 100 kakitangan telah memeriahkan majlis ini yang bermula seawal 8 pagi dengan aktiviti senam robik dan berakhir dengan cabutan bertuah. Sambutan orang ramai terhadap program ini agak memberangsangkan kerana mereka boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma selain dapat bersama-sama menyertai acara-acara menarik yang disediakan.

Diharapkan program seperti ini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang kerana ianya dapat memberikan faedah kepada orang ramai selain mengeratkan silaturrahim antara pesakit dan kakitangan klinik.






 


Burger Bakar Yang Sungguh BESARRRR!!


Burger bakar, slalu jer dgr orang cakap pasal burger bakar, tapi saya x penah pun rasa. Punya lama mengidam, last2 dapat gak makan burger bakar. Beli tepi jalan je kat bandar Country Homes, Rawang.

Memang lama erk nak bakar burger bakar nih, daging dia tebal btol..jenuh tunggu..dalam 30 minit pun ada la..tapi berbaloi dgn apa yang kita tunggu, balik je rumah tros makan..

terbaek la, rasa berbaloi la dgn harga dia...SEDAP :)

Yummy~

Gerai 'The First Burger Bakar'

Menyokong skuad Selangor Darul Ehsan


Dah lama rasanya x pergi ke stadium sambil tengok bola, dulu last pergi pun sebab rombongan sekolah, tu pun ronda-ronda kejap lepas tu balik, kali ni nasib baik ada member ajak..

Match malam tu Selangor lawan Kelantan..nasib baik lah Selangor menang 2-0, kalo x mmg tak semangat la nak tgk..hehe