Showing posts with label motorsikal. Show all posts
Showing posts with label motorsikal. Show all posts

Friday, October 21, 2016

Yamaha 125ZR

Motorsikal 125Z @ 125ZR yang legend! Rekaan coverset dan enjinnya memukau sesiapa sahaja dari generasi terdahulu hinggalah sekarang.


Thursday, August 25, 2016

Motosikal Suzuki pujaanku

Walaupun ramai di Malaysia ni tak minat dengan motosikal jenama SUZUKI ni, saya tetap minat. Ini kerana motosikal pertama saya adalah SUZUKI FX 110 tahun 1998. Saya beli sekenhen dengan harga RM2600 cash dari sebuah kedai motosikal di Seksyen 20 Shah Alam, Selangor pada tahun 2005.

Walaupun telah digunakan selama 7 tahun dan motor sekenhen, ianya tidak banyak masalah. Banyak jasa motor tu pada saya. Lagipun enjin nya senyap dan lancar. 'Pick-up' pun mantap. Sehingga la ke hari ini motor tersebut masih digunakan dan boleh berjalan.

Gambar dibawah ni motor-motor SUZUKI dengan cc yang lebih besar. Dulu angan2 nak pakai masa umur 24. Namun ianya hanyalah angan2 sahaja sebab lebih perlukan kereta untuk pengangkutan.






Saturday, March 16, 2013

Motorsikal ku yang ke-2


Berikut adalah gambar mutorku yang ke-2 selepas Suzuki FX110, darling saya yang terbaru ni model Honda Wave RS 110. Tarikh lahir dia 23 Januari 2013, Tak sampai 2 bulan beliau ku bawa..


tapi yang xbeshnya tentang motor ni, tayarnya tidak tubeless, pakai tiub..dengar kata semua model honda yang ada sport rim kalo keluar kedai memang xpakai tubeless, semua pakai tiub. Kecuali la model yamaha, model yamaha cam Lagenda kalo keluar kedai mmg dah tubeless..

Hurm, kena la tunggu bunga tayarnya habis, baru la boleh ku tukarkan ke tayar tubeless..

Monday, March 11, 2013

Lampu NEUTRAL motorsikal tidak menyala


Masalah yang berlaku pada motorsikal saya jenis Suzuki FX110 bermula awal tahun 2012 apabila saya tengah menunggang beliau hendak pergi ke Chow Kit. Time tengah bawak tu, tiba2 enjin moto berhenti. Kemudian pabila hendak men'start' moto tu kembali, lampu 'N' pada panel meter motor tidak menyala.

Jenuh kick start tak mau gak, akibatnya terpaksa la sorang lagi member menunda balik asrama. Tak jadi tros pi Chow Kit. Time tgh jalan menunda tu, akhirnya lampu 'N' menyala, try start, nasib baik mau..

Lebey kurang gini la moto saya, cuma kaler merah ngan ada sport rim putih





Moto tros bwat hal 2-3 bulan lepas tu, time nak putar kunci lampu 'N' tak menyala lagi..Time tu kat asrama, nak pergi keluar, kesian kat member janji ngan dia nak pi makan, moto tak mau start, pinjam la moto member..

Pada bulan Oktober 2012, moto sekali lagi bwat hal pabila saya nak pergi ke seksyen 18, tgh on da way, moto leh berhenti tiba-tiba la, lampu 'N' memang tak menyala, kick-start 8 riban kali pun tak mau hidup, kick-start ibarat macam tak putar kunci ke 'ON'

Lampu NEUTRAL tak menyala?? Apa problemnya???

Hati sebenarnya dah mula berkata-kata, apa masalahnya pada moto nih?, ada terbaca kat forum2 automobil dan permotoran tempatan yang mengatakan sebenarnya masalah ni berpunca dari masalah coil, wiring atau CDI. Ada gak tanya 2-3 mekanik, dorang pun xtau..adoi pening2

Akhirnya pada awal bulan March 2013, apabila moto ni dah tak mau start pasal lampu 'N' x menyala, dah dekat seminggu kick-start tak mau-mau jugak, sampai nak tercabot kaki den ni ha, mintak tolong member tunda pi bengkel moto kat Seksyen 20, Shah Alam, Selangor..

Mekanik ni sorang godek2, last dia periksa wayar kunci, hurm..dem!!

....rupanya ni lah problemnya, wiring pada lubang kunci tu dah tak elok, tros tukar lubang kunci kena RM45, setel masalah..selama ni lubang kunci je problem, kalo tau awal2 lagi dah tukar lubang kunci tu..patutlah xmau start moto, kunci problem, ibarat la kita tak putar kunci ke 'ON", moto mau start tak? mesti 150 juta kali kita tendang starter tu pun tak mau start..sebab kunci tak berada di posisi 'ON', begitulah jugak kalo lubang kunci bermasalah dan tak berfungsi..memang moto takkan start la walaupun dah tukar bateri ke, spark plug ke..

huhu..walau apa pun terjadi padamu motor, ku tetap sayang padamu..