Karnak Temple



Karnak Temple terletak di sebuah perkampungan kecil kuno di Mesir. Ia merupakan tapak agama kuno terbesar di dunia yang dijadikan tempat pemujaan dewa. Karnak disebut sebagai Ipet-Isut yang bermaksud tempat yang paling sempurna.


Anda boleh menyaksikan pembinaan yang menakjubkan ini. Ia masih utuh berdiri walaupun telah lama ditelan masa. Walau bagaimanapun, tidak semua kawasan di dalam kuil ini boleh dimasuki. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang dibenarkan masuk bagi menikmati keindahan dan kecantikan senibinanya.

Fakta Menarik


1. Domain 'Youtube' mula didaftarkan pada tarikh 14 Februari 2005.


 
2. Louis Lassen adalah orang pertama yang mencipta hamburger pada tahun 1900 di mana dia meletakkan daging di antara dua keping roti.


3. Suntikan botox di negara luar pada awalnya adalah untuk merawat migrain dan angin ahmar dan bukannya untuk kecantikan.

4. Harga unta termahal pernah dibeli adalah USD 2.7 juta(RM8.21 juta). Ia dibeli oleh Sheikh Hamadan Bin Mohammed Bin Rashid al-Maktoum, anak kepada pemerintah Dubai.

Sejarah Colossi Of Memmon



Colossi Of Memmon dibina pada zaman Amenhotep III pada dinasti ke-18. Berhampiran Colossi Of Memmon ini bersemadinya jasad pemerintah ketika zaman tersebut. Terdapat 2 patung yang dikenali sebagai El-Colassat dan El-Saklamat dibina untuk menjadi penjaga mayat yang terimpan di kuil berhampiran.

Ketinggian patung ini mencapai 23 meter.Ia dipercayai mempunyai berat sehingga 100 tan. Namun, berlaku banyak  kerosakan pada struktur kedua-dua patung ini akibat gempa bumi.

Satria Baja Hitam @ Gaban




Tetsuo Kurata atau nama sebenarnya Tetsuo Takayama merupakan hero drama 'Kamen Rider Black'. Di Malaysia, drama ini lebih dikenali sebagai 'Satria Baja Hitam'. Akan tetapi, dia lebih dikenali sebagai Kotara Minami iaitu wataknya dalam drama tersebut.

Selain melakonkan watak utama sebagai hero, dia juga merupakan penyanyi kepada lagu tema drama 'Kamen Rider Black'. Kali terakhir Tetsuo muncul di kaca TV melalui penampilan semula wataknya hasil kesinambungan untuk drama 'Kamen Rider Decade' pada tahun 2009.


Meskipun Kamen Rider dikatakan muncul semula dengan judul filem "All Riders:Let's Go Kamen Riders" (2011) dan :Kamen Riders X Super Sentai: Super Hero Taisen" (2012), tetapi bukan Tetsuo yang memainkan peranan. Sebaliknya ia dibawakan oleh pelakon baru. Kini, Tetsuo senyap tanpa sebarang khabar berita.

Khairul Fahmi Che Mat



Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek dilahirkan pada 7 Januari 1989. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Apek yang merupakan anak ke-4 daripada 5 adik-beradik menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ketapang, Kota Bharu. Beliau kemudiannya memasuki Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bharu.


Kemahiran Apek di dalam bidang sukan memudahkannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Apek yang sudah pun berumahtangga bukan sahaja seorang penjaga gol utama Kelantan dan Harimau Malaya  tetapi juga selaku duta untuk beberapa produk.


Dengan pendapatan selaku duta dan penjaga gol, Apek dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini. Jangan terkejut bahawa pendapatan Apek di luar padang sudah pun mencecah ratusan ribu ringgit.

Asal Usul Celak Mata



Celak mata bukan sahaja sering digunakan oleh kaum perempuan tetapi jua kaum lelaki. Sebenarnya celah mata telah lama wujud pada peradaban Mesopotamia dan zaman purba timur tengah. Orang dulu-dulu mengenakan celak untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Malah, penggunaan celak ketika itu juga dikatakan untuk melindungi diri dari mata kejahatan.

Mereka menghasilkan celak menerusi bahan-bahan seperti logam, bijih tembaga dan animoni. Warna celak itu sendiri bervariasi dan yang terbaik berasal dari Iran. Selain warna hitam, ada juga yang berwarna biru tua, merah tua, ungu dan kuning merona. Sekitar era 20an, barulah celak diperkenalkan ke dunia barat dan diadaptasi ke dunia fesyen. Kini, penggunaan celak dijadikan satu trend buat si pemakai untuk menjadikan mata lebih bundar dan tampak menarik.

Ambulans Klinik Kesihatan Kuang




2 buah ambulans yang kini digunapakai di Klinik Kesihatan Kuang.

Perodua Alza Kesayanganku


My 1st car, i love u so much :)



Taman Ular Dan Reptilia Negeri Perlis


Salam,

sekiranya anda ke negeri Perlis, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis, memang berbaloi sebab banyak jenis ular dan reptilia yang boleh kita lihat. Tiket pun murah dan tempat pun besar..pasti puas hati..























Lain-lain artikel yang best!