Thursday, May 23, 2013

Karnak Temple



Karnak Temple terletak di sebuah perkampungan kecil kuno di Mesir. Ia merupakan tapak agama kuno terbesar di dunia yang dijadikan tempat pemujaan dewa. Karnak disebut sebagai Ipet-Isut yang bermaksud tempat yang paling sempurna.


Anda boleh menyaksikan pembinaan yang menakjubkan ini. Ia masih utuh berdiri walaupun telah lama ditelan masa. Walau bagaimanapun, tidak semua kawasan di dalam kuil ini boleh dimasuki. Hanya tempat-tempat tertentu sahaja yang dibenarkan masuk bagi menikmati keindahan dan kecantikan senibinanya.