Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Wednesday, May 15, 2013
Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek dilahirkan pada 7 Januari 1989. Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Apek yang merupakan anak ke-4 daripada 5 adik-beradik menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ketapang, Kota Bharu. Beliau kemudiannya memasuki Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Bharu.
Kemahiran Apek di dalam bidang sukan memudahkannya melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Apek yang sudah pun berumahtangga bukan sahaja seorang penjaga gol utama Kelantan dan Harimau Malaya tetapi juga selaku duta untuk beberapa produk.
Dengan pendapatan selaku duta dan penjaga gol, Apek dipercayai menjadi penjaga gol termahal negara ketika ini. Jangan terkejut bahawa pendapatan Apek di luar padang sudah pun mencecah ratusan ribu ringgit.