Thursday, September 28, 2023

Sebulan tidak post content di Youtube


Ya, hampir sebulan aku tak post video di Youtube. Memang bz gile la kehidupan aku ni.. Balik je lepas bercuti di Melaka selama 4 hari 3 malam aritu, jadual aku jadi packed gile. Aritu baru la mari mood lepas post video "short" labah-labah kat cermin kete aku..baru la kerajinan tu datang balik.

Aku menulis ni pun kat tempat kerja. Ada masa sample tak banyak, aku start tulis apa yang aku nak tulis. Kat rumah tak boleh sebab anak2 aku ada je mangacau..selain tu ada je nak dikemaskan kat rumah tu..iron baju kerja, basuh baju yang bertimbun-timbun tu, sapu sampah, buang sampah, beli keperluan rumah dan anak-anak..

Peringatan la untuk si bujang-bujang di luar sana nun..hidup bujang anda masih lagi banyak masa, anda dah kawen pun sama, tapi bila dah ada anak..maka masa anda pun semakin berkurangan untuk melakukan hobi, keluar memancing, main playstation, main game kat cyber cafe, main dota..haishhh, itu la kehidupan sebenarnya..dugaan sewaktu kita nak meneruskan kehidupan kita..samada anda nak stay di kehidupan lama, atau ikut flow kehidupan biasa..

Okay la, lagi sejam nak habis kerja..kul 9 malam, masa untuk kemas2 meja dan habiskan sample2 yang baru sampai..sehingga kita jumpa lagi, salam

Sunday, September 24, 2023

4 Hari 3 Malam di Melaka..

 Alhamdulillah..

Berjaya juga aku dan bini aku bercuti..biasa 3 hari 2 malam je, ni kita lajak sikit satu malam lagi jadi 4 hari 3 malam..15 September 2023 hari Jumaat hingga 18 September 2023 hari Isnin. Pada 15 September tu aku ngan bini aku bekerja seperti biasa pada sebelah paginya, dan pada sebelah petang, aku minta "Off Petang" bermula pada pukul 2.00 ptg ke 5.00 ptg. Waktu rehat pada hari Jumaat adalah dari jam 12.15 tghari ke 2.45 ptg.

 Target aku adalah bertolak sebelum pukul 5 ptg. Tercapai juga, tapi bila masuk highway pada pukul 4.45ptg, highway dah pun jem..sampai la susur keluar ke KLIA baru jalan kembali tak jem dan bergerak lancar.

 

Bergambar di hadapan Muzium Penjara Malaysia

Cuaca tak menyebelahi kitaorang sebab panas terik lip lap wehh..kul 9 pagi je matahari dah memancar terang. Sangat la tidak sesuai untuk badan seperti aku ni sebab kuat berpeluh. Baru pergi satu destinasi je, badan aku dah berkicap weh..memang tak kena tul la bila cuaca begini..so lepas je melawat satu destinasi, biasanya aku akan makan lepas tu balik hotel untuk tido dan mandi. Bila badan aku berkicap je, aku selalu bertanyakan pada bini aku samada badan aku berbau ke tak..sebab aku ni sensitif sikit tang bau badan ni..ada la pengalaman silam..panjang cite nya, ada masa nanti aku citekan..

 

Air kelapa + laici dan coconut shake yang aku beli dekat2 area mekdi dataran Pahlawan. Coconut shake dia kureeeeng sikit rasa dia manakala air kelapa + laici memang sedappppppppp..2-2 item ni harga dia RM5 setiap satu..tak dapat dah nak harga RM3-4 sekarang ni.

 

Sepanjang 4 hari 3 malam ni, aku menginap di 3 hotel berlainan. Sebabnya aku nak buat konten untuk video youtube aku, dan nak rasa kepelbagaian tido di hotel yang berbeza. Semua hotel tu aku book di booking.com sebab boleh dpt sikit RM bila pakai app cashback yang merupakan partner untuk booking.com. Kalau harga hotel RM100, boleh dapat balik duit dalam 6% iaitu RM6 dan masuk wallet cashback kita. 

Hotel pertama yang aku book adalah Hotel Hallmark View, kedua hotel Mio Boutique dan yang ketiga Hotel Sentral. Hotel Hallmark ni ada tiga iaitu Hallmark Crown, Halmark Leisure dan yang ketiga Hallmark View. Setakat ni aku dah duduk kat Hallmark Crown dan View, dua-dua harga bawah RM100 dan pengalaman aku memang best weeehhh, tak maacam hotel bajet, harga hotel bajet tapi dalaman dia cam hotel RM150-RM200. Cukup puas hati..

Hotel kedua aku iaitu Hotel Mio Boutique. Ni aku rasa hotel baru..lokasi dia kat rumah2 kedai..yang ni lagi best..bayangkan sebelah kanan dia 99 Speedmart, sebelah kiri dia 7 Eleven. memang senang la weh nak cari kudap-kudapan. Hujung kedai tu pulak ada kedai mamak, kedai nasi kandar dn makanan2 lain cam nasi ayam penyet. Fuhh, memang best sini semua lengkap. Masalah dia cuma satu, iaitu parking. Parking susah sikit nak dapat terutama sebelah siang hari. dan majlis perbandaran akan saman pada kereta yang takda kupon kereta. Dorang cuti hari Isnin dan Selasa saja..hehe dorang pun tau hari Ahad memang ramai pelancong dari luar, masa ni la dorang nak pulun..kalau ikut logik akal hari Ahad adalah hari cuti. Aku pun pernah kena clam tayar kat Penang sebab parking di kawasan larangan tepi jalan pada hari Ahad.. ye hari Ahad, majlis perbandaran keje ye, kita ingatkan cuti.

Hotel ketiga yang aku duduk adalah Hotel Sentral City Centre. Hotel Sentral ni ada 2 erk kat bandaraya Melaka ni, satu Hotel Sentral City Centre dan satu lagi adalah Hotel Sentral Riverview. 2-2 sama je kompeni dia..aku pilih hotel ni pun sebab dia antara yang termurah yang ada breakfast dan kolam renang. Aku cuma bayar RM99 je untuk hotel ni.. aku rasa sebab murah sebab aku booking pada Hari Ahad dan besoknya hari kerja iaitu Isnin. Kalau aku booking pada hari Sabtu dan besok Ahad, aku pasti harganya akan sedikit tinggi dalam RM140-RM180.

Seronok aku rasakan pada petang hari Ahad di Melaka. Kereta dah tak banyak! Ye..kereta atau laluan trafik sekitar Bandar Hilir pun dah tak jem. Ini bermakna pelancong dan orang luar yang bercuti di Melaka dah mula balik. kiranya kau nak makan pun senang, nak cari paking kosong kat area Menara Taming Sari pun senang, banyak kosong..nak makan pun tak ramai orang dan yang paling penting tak perlu beratur panjang. Sebab tu dulu sebelum aku ada anak, aku dan isteri aku akan merancang percutian kitaorang, iaitu kitaorang akan pergi bercuti start hari Ahad. Tak kisah la 3 hari 2 malam ke, 4 hari 3 malam ke, kitaorang akan gerak Ahad pagi atau tengahari. Sebabnya cam gini la, seronok sebab tak perlu hadap jem, harga hotel akan jadi lebih murah, restoran pun tak ramai orang.

Masa kitaorang baru2 kawen dulu, kitaorang selalu gerak cuti hari Ahad kat Genting Highland. Korang tau tak harga hotel First World sekitar tahun 2016 dulu? huhu, hanya RM56 semalam..ye btol..tapi kena booking hari weekdays la, weekend harga jadi mahal...seronok weh, RM56 je..walaupun takda ekon, ko bukak je tingkap, angin sejukk akan menusuk masuk ke bilik..

Hahaha, mesti korang pelik, banyak pulak yang aku tulis ni..Hehe, sebenarnya aku tulis ni sambil kerja..sampel di lab ni tak berapa banyak, so aku ada banyak masa nak karang post ni..Kalau la nak karang post cenggini kat umah, memang tak la..anak2 aku sentiasa masuk dan mengacau aku mengarang..ada je yang dorang nak, susu la, keropok la, biskut la, layan dorang lama2 aku mengantuk lupa terus nak update blog ni..

Aku tulis blog waktu kerja 2 ptg- 9 malam di lab sambil di temani oleh Iced White Coffee Kaw oleh Pak Li Kopitiam.