Thursday, July 31, 2014

Sejarah Ujang dan Majalah Ujang



Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. 

Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suatu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.




Setelah betahun-tahun beliau menghilangkan diri daripada persada seni ekoran kekecewaan beliau terhadap masalah berkenaan karya intelek beliau, kini beliau menjelma kembali dengan semangat yang penuh membara untuk mengejutkan kembali kartunis-kartunis tanah air daripada 'tidur.' Beliau adalah seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang diterbitkan.

Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, benar-benar mengecewakan beliau.



Tahun 2007 merupakan tahun kebangkitan semula 'Sifu Kartun Malaysia' ini. Bermula dengan usaha syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang telah memberikan hak kepada Jajja Production Sdn Bhd untuk mengadaptasikan novel Jibam karya Ujang ke dalam bentuk filem yang menjalani pengambaran sekitar bulan April 2007 dan bakal menemui kaki-kaki wayang di Malaysia sekitar Disember 2007. Filem itu dikenali sebagai "Jibam The Movie."





Selain daripada itu, langkah-langkah giat ke arah menerbitkan Jibam sebagai sebuah animasi sedang dilakukan. Menurut laporan daripada sumber yang dipercayai, watak-watak animasi "Jibam" sedang dalam proses pembikinan oleh sebuah syarikat. Diharapkan "Jibam" akan meledakkan industri kartun dan komik di Malaysia pada suatu hari nanti dengan persembahan yang berwajahkan Malaysia.

Setelah meletak jawatan melukis di majalah gila-gila, ujang menjadi pengarah pemasaran di kharisma pictures sdn bhd dan terbitnya majalah ujang.Dari keluaran pertama majalah ujang ketika itu yang bermaskotkan din beramboi (dibawa ujang dari majalah gila-gila) majalah ujang dapat dijual sebanyak 300,000 unit sebulan.


Pada masa itu juga allahyarham din beramboi telah ada di dunia hiburan kita dan oleh kerana ujang gagal mem'paten'kan hakcipta (copyright) terhadap maskot din beramboi, maka allahyarham din beramboi menang dan sebab itulah kita nampak sekarang maskotnya bukan bernama din beramboi tetapi pak cik din (pcd).


Din Beramboi yang original daripada majalah Gila-Gila

Pada tahun 1997, ujang keluar dari kharisma pictures dan menubuhkan syarikat sendiri iaitu Multi Tripple Vision sdn bhd dan menubuhkan majalah Varia Lawak. pas tu aku pun tak clear apa yang berlaku, dengar citer ada masalah copyright lagi dan terpaksa tukar nama majalah tersebut kepada lanun. Dan dengar cerita Ujang juga hilang segala copyrights terhadap semua kartunnya gara gara sign agreement tanpa membaca terlebih dahulu atas dasar pecaya pada kawan. sebenarnya Ujang ada baca draf agreement tersebut tapi kawannya batalkan draf dan tukar kepada yang lain tanpa pengetahuan ujang.


Cover depan Majalah Ujang edisi pertama, Januari 1994

 


Setelah menandatangangi dan ditipu oleh kawan dari kharisma (yang kini sebagai MOY publications), segala watak-watak kartun didalam majalah ujang serta nama 'ujang' itu sendiri sudah bukan milik ujang.Sehingga itu lenyaplah legasi ujang dalam majalah ujang dan kartun-kartunnya seperti pak cik din, usop sontorian dan watak ujang itu sendiri.


Tidak terhenti disitu sahaja,pada 2006 ujang ingin membuat fiem 'jibam' iaitu salah satu daripada karyanya yang 'akan' dibintangi oleh jalil hamid dan khatijah tan.Tetapi malang ujang tidak lekang dari berbau dari situ setelah FINAS sudah meluluskan skrip timbul pula konflik antara penulis skrip, pangarah, produser, creative enterprise dan Ujang sendiri.

Walaupun begitu entah macam mana jika anda perasan sebelum ni kat TV2 hari Selasa pukul 8.30 malam ada drama Aku budak minang drama yang diadaptasikan dari kisah hidup kartunis Ujang.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita:
1.Jangan mengamalkan plagiarism KECUALI kebenaran pemilik
2.Sebarang perjanjian mestilah diteliti
3.Jangan MENIPU kerana ada balasannya nanti
4.Jangan terlalu percayakan seseorang walaupun orang itu sangat rapat dengan kita.
5.Hakciptakan karya anda dalam hal ini letak DISCLAIMER yang boleh memberi panduan.


Definisi "plagiarism"
"To steal ideas from one person" atau Ciplak.


sumber & terima kasih akumijae.com

Surat khabar paling mahal didunia



Suratkhabar nie dijual pada seorang pengumpul seni yang bernama Joseph Hackmey dengan harga melebihi $1.1 million atau €829,500 secara tepatnya semasa satu lelongan di Rumah Lelong David Feldman dan dengan itu menjadikannya sebagai “Suratkhabar Paling Mahal di Dunia”

Perwira Negara : ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid


Tahukah anda mengapa Ferret Scout Car milik PDRM ini diberi nama Zabri?

Perkataan ‘Zabri’ pada kenderaan perisai tersebut adalah sebagai memperingati jasa dan perjuangan ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid (gambar kecil), pakar taktikal dan antara perwira yang paling dikenang dalam sejarah 69 Komando.

Beliau merupakan ketua yang sangat disenangi dan dihormati oleh anak-anak buahnya dan pada masa yang sama digeruni oleh pihak musuh sehinggakan setiap kali operasi yang disertai olehnya, pasti akan ada pengganas komunis yang tewas di tangan beliau.

Allahyarham terbunuh selepas terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis ketika menyeberangi Sungai Kenerong, Perak pada 4 September 1975.

Allahyarham yang mengalami kecederaan parah pada kaki menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan dibawa keluar dari kawasan operasi.





“Teruskan perjuanganmu, hancurkan petualang negara, buru…dan hancurkan mereka, biarpun diriku tiada lagi” adalah amanat terakhir Allahyarham yang menjadi azimat selamanya kepada rakan-rakan seperjuangan beliau.

Jasad Allahyarham ASP Mohd Zabri bin Abdul Hamid kemudiannya dibawa pulang dan disemadikan di kampung halaman beliau di Tapah, Perak.

Sehingga ke hari ini, pemergian Allahyarham begitu memberi kesan di hati rakan-rakan seperjuangan dan setiap kali mereka teringat dan bercerita mengenai beliau, pasti air mata akan jatuh tanpa disedari.

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama para syuhada. Al-Fatihah.

* Selain kenderaan perisai PDRM, nama Allahyarham ASP Mohd Zabri turut diabadikan pada sebuah kem latihan PDRM di Tasik Banding, Grik, Perak yang dikenali sebagai Kem Zabri.

Sumber rujukan: Buku 69 Komando dan History Channel: Vat 69 - Malaysia's Very Able Troopers.

Sejarah Lambang "S" untuk Superman



Untuk gambar lebih besar, KLIK SINI

Maksud tersirat filem "Bujang lapok"



Tahukah anda, filem Bujang Lapok adalah kritikan sosial terhadap gaya perbelanjaan masyarakat yang sebenarnya masih relevan hingga ke hari ini.

Berdasarkan kadar inflasi malar 6% setahun sejak 1960 hingga ke hari ini, anggaran nilai yang disebut dalam filem tersebut pada hari ini adalah seperti berikut:

i) Upah tutup rahsia; 20 sen.
Nilai 20 sen pada 1960 pada hari ini adalah RM4.40. Agaknya, apa boleh dibeli pada hari ini untuk merasuah seorang kanak-kanak seusia 5 ke 6 tahun?

ii) Mahar perkahwinan Sudin; RM1,000 serba satu
RM1,000 pada 1960 bernilai RM21,939 pada hari ini. Patutlah Ajis tak setuju dan menganggap majlis yang bakal dibuat itu terlalu besar-besaran.

iii) Nilai gadaian cincin berlian Makcik Eton; RM3,000
Pada hari ini, nilai cincin berlian Makcik Eton itu adalah sekitar RM65,000. Tak peliklah kalau dia dianggap orang ada-ada kerana memiliki cincin berlian sebegitu.

iv) Jumlah yang dipinjam daripada Benggali oleh jiran sebelah rumah Sudin untuk perbelanjaan kahwinnya; RM5,000. Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM110,000.
Kalau meminjam dengan kadar seorang anggota kerajaan sekalipun, anda memerlukan sekurang-kurangnya 12 tahun untuk menghabiskan bayaran bulanan hutang sebanyak ini dengan komitmen bayaran RM1,000 sebulan.

Justeru, tak hairanlah anak sudah tiga, hutang Benggali masih belum selesai.

v) Nilai Beef Steak untuk 12 orang makan yang perlu dibayar Ramli sehingga terpaksa pulang sehelai sepinggang; RM38. Pada hari ini, nilainya adalah sekitar RM834. Justeru penting sebenarnya untuk mengajar bakal isteri makan di warung tepi jalan atau restoran sederhana. Yang penting makanannya, bukan gaya dan status kekayaan yang dipamerkan.

Sejarah Kuala Lumpur Convention Centre(KLCC)




Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club. Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.



Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel) dan Hotel Equatorial sebahagiannya tersembunyi (kini sudah dirobohkan).

Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah…
 


Terdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan “Wali Songo” yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.


Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.
Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan.



Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40’ dengan 60’.

Bomoh juga akan menyediakan “sajian” untuk “penunggu”. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja.



Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan “Lenggang Kiprah”.



Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan “naik syeikh”(mabuk) atau "masuk isim" setelah persembahan rasmi tamat.
Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. 









Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.


Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.



Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus. Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang.



Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah, gendang(alat utama),angklung, gong( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor( seperti rebana besar), soron kecil(dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang(dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat).



Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.



Permainan kuda kepang adalah permainan tradisional yang begitu popular di Johor sehingga sekarang ini, biarpun ia semakin tidak diminati oleh generasi muda.Ia mempunyai kaedah-kaedah, pantang larang dan upacara yang perlu dipatuhi, yang berbeza mTerdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan “Wali Songo” yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15.


Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.
Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.



Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan.



Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40’ dengan 60’.



Bomoh juga akan menyediakan “sajian” untuk “penunggu”. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja.



Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan “Lenggang Kiprah”.



Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan “naik syeikh”(mabuk) atau "masuk isim" setelah persembahan rasmi tamat.
Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman. 



Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.



Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.



Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus. Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang.



Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah, gendang(alat utama),angklung, gong( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor( seperti rebana besar), soron kecil(dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang(dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat).



Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.



Permainan kuda kepang adalah permainan tradisional yang begitu popular di Johor sehingga sekarang ini, biarpun ia semakin tidak diminati oleh generasi muda.Ia mempunyai kaedah-kaedah, pantang larang dan upacara yang perlu dipatuhi, yang berbeza mTerdapat berbagai pendapat mengenai asal usul tarian ini. 



Ada pendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan “Wali Songo” yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Dalam peralihan waktu, kuda-kuda itu ditukar dengan kulit binatang atau buluh bagi menggantikan kuda sebenar.



Ada pula yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang.



Pendapat lain pula menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. Seekor kuda kayangan bernama Kuda Sembrani dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan.



Menurut kepercayaan, kuda kepang dikuasai oleh sejenis kuasa ghaib. Lantaran itu, satu upacara khas perlu dilakukan sebelum bermain. Jika ia gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya. Upacara ini bermula dengan istiadat memuja roh. Setelah itu bomoh akan menjampi untuk istiadat membuka gelanggang yang biasanya berukuran 40’ dengan 60’.



Bomoh juga akan menyediakan “sajian” untuk “penunggu”. Sajian itu ialah kelapa, beras, pisang masak, kemenyan, kain putih, jarum, benang, ayam putih, padi, telur dan bunga rampai. Bilangan minima penari ialah sembilan orang dan maksimanya 15 orang. Penari-penari ini biasanya terdiri daripada kaum lelaki sahaja.



Tarian dicipta oleh guru yang mengajar kumpulan itu sendiri. Tarian-tarian yang selalu dipersembahkan ialah tarian Sola, Selendang, Pak Tani, Pucuk Rebung, Perjuangan, Mempertahankan Diri dan sebagainya. Lenggang-lenggok di dalam tarian ini dinamakan “Lenggang Kiprah”.

Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana seringnya terdapat beberapa orang penari akan “naik syeikh”(mabuk) atau "masuk isim" setelah persembahan rasmi tamat.
Mereka yang “naik syeikh” ini boleh melakukan gerak geri aneh yang pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan siuman.

Umpamanya, melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, juga mengupas kelapa dengan gigi. Semasa penari-penari sedang “naik syeikh” , bunyi-bunyian pengiring penari akan terus dimainkan. Jikalau tidak mereka naik berang dan menerkam pemain-pemain bunyi-bunyian tersebut.

Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu.



Adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.
Dipercayai juga bahawa kuda kepang ini hendaklah diletakkan disuatu tempat khusus. Jika diletakkan di sembarangan tempat roh kuda kepang itu akan mengamuk dan merosakkan pertunjukan-pertunjukan yang akan datang.







Alat bunyi-bunyian yang sering mengiringi tarian kuda kepang ialah, gendang(alat utama),angklung, gong( berbentuk bulat dan diperbuat dari gangsa), kinong (seperti gong tetapi lebih kecil), jidor( seperti rebana besar), soron kecil(dibuat dari tembaga yang dititik supaya melengkung dan lekuk seperti ruas buluh) dan bonang(dibuat dari tembaga,ditengahnya bonjol bulat kira-kira lapan garis pusat).


Bagaimanapun tidak semua alat ini digunakan dalam satu-satu tarian. Bentuk pakaiannya pula terserah kepada kehendak kumpulan tetapi ia hendaklah seragam.

Permainan kuda kepang adalah permainan tradisional yang begitu popular di Johor sehingga sekarang ini, biarpun ia semakin tidak diminati oleh generasi muda.Ia mempunyai kaedah-kaedah, pantang larang dan upacara yang perlu dipatuhi, yang berbeza menurut apa yang dipelajari daripada guru-guru yang terlibat. 



Biarpun berbeza, namun umumnya ia hampir sama, iaitu melibatkan sajian, pemujaan, tarian, iringan alat muzik dan patung-patung kuda kepang yang digunakan ketika menari.Dalam upacara membuka gelanggang, pada kebiasaan pawang duduk menghadap sajian, yang disebut sebagai sajen dalam bahasa Jawa. 



Bahan sajian ini berbeza. Buat masa sekarang ini, sajian tersebut begitu mudah.Walaupun demikian pada masa dahulu, bahan yang disediakan begitu banyak termasuk kain putih, benang, jarum, bunga kenanga, kelapa muda, kemenyan, pisang emas, telur ayam, bedah, minyak wangi dan wang.Gelanggang dibuka oleh pawang, atau ketua dengan membakar kemenyan dan memperasap bahan sajian, kemudian beliau menjemput roh kuda semberani datang bersama menjayakan permainan yang akan dipersembahkan. Di bawah ini diperturunkan sebahagian daripada mantera yang dituturkan.

"AssalamualaikumYa Nini Dayang, Kiki DanyangSeng manggoni kawasan ikiAku jalok sawap pandanganneYo, yo. ya Allah, ya AllahAku dikongkon bukak gelanggang ikiBiso podo selamat kabehWong seng main jarangsemberani ikiKabeh sak enengiYa yo, ya Allah, ya Allah".
 
Yang dimaksudkan dengan "Nini Dayang'' dan "Kiki Danyang'' dalam ungkapan ini ialah makhluk-makhluk halus, ataupun jin-jin yang menghuni atau menguasai tempat berkenaan, di mana persembahan tersebut diadakan. Kerana itu sebelum memulakan persembahan keizinan daripada makhluk ini dipohon, agar ia tidak marah, dipanggil untuk menikmati sajian yang dihidangkan. 



Selain daripada Nini Dayang dan Kiki Danyang di bumi, keizinan daripada makhluk-makhluk halus yang menghuni langit juga diminta.Pawang berdiri di tengah-tengah gelanggang, mendongakkan kepalanya ke atas melihat kayangan dan membaca mantera berikut:



"Ya Nini Dayang, Kiki DanyangSeng manggone awang-awanganSeng jenenge Jaran SemberaniAku njalok turun semurupSupoyo seng main Jaran Semberani ikiPodo selamet kabehYo yo.Bi `s-mi `llahi `r-rahmani `r-rahimKerusi belakangku, mutu jalil dipangkuKadimu kananku, kan juga naiiranya empatOjo merosak, ojo membinasa ahli kumpulan aku".

Dalam mantera ini, setelah sajian disediakan, jin-jin bernama "yang dikatakan menghuni kayangan diminta turun ke bumi, memohon kepadanya agar melindungi mereka yang terlibat dengan permainan kuda kepang, para penonton yang datang menyaksikan persembahan, juga agar makhluk ini meresap dalam tubuh para penari membolehkan menari tarian kuda kepang.







Menurut seorang informan selepas pawang memanggil makhluk ini turun ke bumi, pawang memperasap semua alat muzik, lalu akhirnya memberi isyarat kepada ketua kumpulan memulakan persembahan. Gong dipukul tiga kali diikuti oleh alunan muzik lain. Setelah itu pawang duduk di tepi gelanggang menyaksikan permainan.
Keadaan tidak sedarkan diri atau "lupa'' berlaku tidak lama setelah permainan dimulakan. Penari yang naik syeikh akan terpisah daripada kumpulannya. Mata mereka yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda.

Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. Faktor lain ialah makhluk yang menyerap dalam tubuh yang dipanggil atau diseru melalui rangkaian jampi mantera yang dituturkan oleh pawang yang mengetuai kumpulan, perasapan kemenyan, sajian yang dihidangkan, juga bunyi gendang dan gong yang dipalu.



Mereka yang begitu asyik, menghayati bunyi-bunyian muzik, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dengan tarian ini akan berasa adanya satu tarikan menyeluruh pada diri dan minda apabila terdengar bunyi muzik berkenaan terutama bunyi gong dan gendang.Menurut seorang pawang yang mengepalai kumpulan ini, ada pemain kuda kepang yang masih berada di rumah, meninggalkan meja makannya dalam keadaan separuh tidak sedarkan diri, mengayuh basikal menuju ke gelanggang dan terus menari setelah diberi patung kuda kepang, padahal ia ketika itu hanya berkain pelekat.



Tidak semua penari berada dalam keadaan lupa atau naik syeikh. Mereka yang tetap dalam keadaan normal akan memberhentikan tariannya lalu duduk berehat di tepi gelanggang, atau membantu bomoh menjaga penari lain yang berada dalam keadaan lupa daripada merempuh keluar gelanggang atau melakukan aksi yang boleh memudaratkan orang lain atau diri sendiri.

Penari yang sedang naik syeikh mesti dipegang kuat oleh beberapa orang pengawal bergantung kepada kekuatan penari yang terus-menerus bergerak menurut alunan muzik yang dimainkan. Anggota yang mesti dipegang supaya tidak bergerak ialah kedua-dua belah kaki, tangan dan juga kuda.Penari akan rebah dan senyap sebentar, kemudian sedarkan diri sendiri. Di antara jampi yang dibaca oleh pawang untuk tujuan ini berbunyi:



"Bi `s-mi `llahi `r-rahmani `r-rahimMalaikat wadi wadi manikamSing jogo darang tulangKulit tulangPulih podo bahayaBukan aku kabeh jampiBukan aku punya tangkaldengan kalimah sudah tibaberkat doaLa ilaha Illa `llahMuhammad `r-rasulullah".

Jampi ini dimulakan dengan menyebut bismillah, bermakna "dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi.'' Setelah menyebut bismillah tadi, ia diikut dengan seruan kepada "malaikat wadi wadi manikam''. Kalau dilihat sepintas pandang, ia kelihatan seumpama menyeru malaikat. Dalam pembelajaran ilmu tauhid, tidak ada nama malaikat yang dinamakan 'malaikat wadi wadi manikam.' Yang dimaksudkan dengan "malaikat wadi wadi manikam'' itu ialah jin-jin yang diseru tadi, yang dikatakan sebagai penghuni kayangan, diseru agar meresap dalam tubuh penari, membolehkan para penari, menari tarian kuda kepang.



Apa yang dihajati sebenarnya berlaku, kerana sebahagian daripada mereka yang terlibat menjadi tidak sedarkan diri, atau separuh tidak sedarkan diri, dalam keadaan 'naik syeikh', akibat daripada resapan makhluk jin yang diseru tadi.Kerana itu, untuk memulihkan penari yang dalam keadaan tidak sedarkan diri tadi, jin yang meresap dalam darah, tulang dan kulit, keluar membolehkan penari dalam keadaan biasa, 'pulih podo bahaya.' Awal jampi disebut bismillah. Kemudian dituruti dengan seruan kepada jin-jin yang meresap dalam tubuh agar keluar. Namun kerana ia menggunakan nama malaikat iaitu "Malaikat wadi wadi manikam,'' maka ia menjadikan lahirnya kecelaruan untuk ditafsirkan oleh pendengar, juga oleh mereka yang menuturkan sendiri.Perbuatan seperti ini dinamakan sebagai istihza atau persenda, di mana seseorang itu menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani sebelum memanggil jin-jin.

Keadaan menjadi lebih tidak menentu apabila ungkapan mantera atau jampi berkenaan diakhiri dengan kalimah syahadah, seperti yang terdapat dalam contoh yang disertakan di atas.Kebanyakan penari yang berada dalam keadaan menurun, yang diistilahkan sebagai lupa'', 'naik syeikh', 'mabuk' atau 'khayal' tidak sedarkan diri apa yang mereka lakukan. Tenaga menjadi bertambah dan berupaya melakukan perbuatan yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan normal.



Allah menyuruh setiap orang yang beriman itu agar menjauhkan diri daripada jin-jin, iblis dan syaitan kerana tipu daya makhluk ini amat besar. Allah menjelaskan bahawa syaitan itu adalah musuh yang nyata. Kerana itu, dalam keadaan apa sekalipun anggaplah makhluk ini sebagai musuh.Walaupun demikian, dalam persembahan ini, makhluk-makhluk tersebut, seperti yang dijelaskan dalam jampi mantera juga upacara yang dilakukan. Mereka yang terlibat telah meminta jin-jin yang menghuni tempat di mana persembahan itu dilakukan agar datang melindungi para pemain, para penonton dan segala-galanya agar persembahan berjalan lancar jauh daripada berbahaya daripada gangguan iblis dan syaitan juga manusia.

Selain daripada itu mereka yang terlibat juga memuja makhluk tersebut meresap, sebati bersatu dalam tubuh penari membolehkan mereka menari.Untuk memudahkan makhluk ini datang, sajian, yang dipanggil sajen yang terdiri daripada pelbagai bahan makanan disajikan untuk makhluk-makhluk ini.


Bilangan Penari

Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
9 orang penari
5 orang pemain muzik
2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
9 - 15 orang penjaga kawasan.

~Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.


Peralatan

Peralatan permainan kuda kepang terdiri daripada:

~angklung
~lima buah angklung
~sebuah gendang
~pecut
~serantai tali sepanjang 100 kaki (30 meter)

Angklung yang berbentuk empat segi diperbuat daripada buluh dan rotan dan dimainkan dengan cara menggoyangkan dan menggoncangkan buluh tersebut. Gabungan bunyi nyaring daripada buluh yang kecil serta bunyi bergema daripada buluh yang besar menghasilkan bunyi yang indah dan menarik.

Gendang diperbuat daripada kayu leban dan kulit lembu, sedangkan pengikatnya diperbuat daripada rotan. Gendang ini yang dipalu mengikut irama yang tertentu berdiameter lebih kurang tiga kaki. Gong menyedapkan lagi bunyi muzik pengiring. Pecut diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang.



Selain itu, perkakas yang penting ialah kuda yang diperbuat daripada anyaman buluh yang dianyam membentuk kuda. Ada juga kuda kepang yang dibuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan. Tali digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.


Persembahan

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.

Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu.



Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.



Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". 



Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.


Pantang Larang

Pantang larang dalam permainan kuda kepang ialah pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.



Namun pantang larang yang utama ialah tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ia adalah pantang larang semulajadi. Selain itu tidak boleh terlihat atau melihat kaca atau serpihannya kerana ditakuti akan dimakan oleh pemain.



Apabila muzik mula bergema, masuklah pemain-pemain yang dipimpin oleh "danyang" memasuki gelanggang. Pemain-pemain akan menari menurut rentak dan irama lagu. Tiap-tiap penari akan menunggang atau memacu kuda anyaman(kuda kepang). Tarian yang kerap dipersembahkan dalam sesuatu majlis tarian kuda kepang ialah Tarian Solo, Tarian Selendang, Tarian Pucuk Rebung dan Tarian Kuda Kepang dinamakan "Lenggang Kiprah".



Penari-penari menari sehingga mabuk atau tidak sedarkan diri selama 2 jam. Keadaan ini disebut sebagai "naik syeh".Mereka boleh melakukan perbuatan atau gerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi 6 kaki dan sebagainya. Kadang-kadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya.

Semasa penari dalam keadaan demikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak maka penari akan naik berang dan akan menerkam atau menendang pemain muzik. Kelakuan ini tidak ubah seperti kuda yang sedang berang. Jika keadaan bertambah liar, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, seterusnya dijampi. Penari-penari itu akan dipulihkan semula oleh Tok Bomoh dan kembali normal seperti biasa.



Menurut keterangan pemain yang mengalami kejadian seperti ini,ketika mabuk mereka bermimpi menunggang kuda sambil menari-nari dengan iringan muzik. Semakin lama bunyian itu sayup kedengaran. Kerana itulah mereka cuba mengejar muzik itu. Jelaslah tarian Kuda Kepang mempunyai semangat yang menjadi asas kepercayaan dan peminat mereka. Selain itu alat-lat kuda kepang mesti disimpan dengan baik kerana ditakuti akan dimarahi oleh 'rohnya'. Ini menunjukkan bahawa permainan kuda kepang mempunyai kepercayaan tersendiri.



Sepertimana cara perubatan tradisional, permainan kuda kepang juga tidak ketinggalan menyelitkan pengerasnya yang diserahkan kepada Tok Bomoh persembahan. Pengeras yang dimaksudkan ialah beberapa butir kemenyan, tempat bara untuk membakar kemenyan, air mentah secerek, nasi campur (nasi yang sudah bercampur lauk ayam dan sayur), kuih campur, serta yang utama sekali ialah wang sebanyak RM2.25 yang diserahkan oleh tuan rumah atau penganjur kepada Tok Bomoh persembahan. Bayaran untuk setiap persembahan atau pertunjukan kuda kepang adalah tidak kurang dari RM200 .



Peringatan:

* Segala pemujaan dan ayat mantera yang terkandung di dalam artikel di atas adalah berunsur "syirik" dan bertentangan dengan "Ajaran Islam".

Pelakon Legend : Salleh Kamel @ Salleh Kamil


Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil ialah seorang pelakon Malaysia. Dia dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Dia aktif berlakon film pada era 1950-1960-an. Salleh mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura.

Beliau dikenali pertama kali melalui film Miskin diarahkan oleh KM Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti Sedarah (S Ramanathan) memegang peranan jahat.

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam film Penghidupan arahan L Krishnan.
 

 Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam film Lela Manja serta watak lawak dalam film Tiga Abdul yang membawa watak Tuan Penasihat, seorang lelaki batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu).

Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.

Pada 1967, Salleh muncul dalam film Raja Bersiong arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, dia terus menetap di Boon Teck Road hingga 1973. 



 

Filem-filem yang pernah dimainkannya antara lain Istana Impian (1953), Semerah Padi (1956), Taufan (1957), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Raja Laksamana Bentan (1959), Si Tanggang (1961), Sri Andalas (1966), Penarik Beca, Isi Neraka, Penghidupan arahan L Krishnan, Miskin arahan K M Basker pada 1952.

Sedarah (S Ramanathan), Lela Manja, Jebat Maut arahan Jamil Sulong, Tiga Abdul arahan P Ramlee, Jefri Zain-Gerak Kilat, Masyarakat Pincang (1958) dan Pusaka Pontianak. Salleh Kamil meraih penghargaan sebagai aktor pembantu terbaik dalam Penarek Becha (1955) dengan mendapat gelar The Leading Crook Actor.

Salah satu filem yang beliau berlakon bersama P Ramlee ialah filem Sarjan Hassan yang tak boleh dilupakan bahawa watak Salleh memang tiada tandingannya lagi.

Dia pandai membawakan watak sebagai seorang penjahat genius di dalam setiap film yang dilakonkannyaa.

Watak jahatnya juga dilihat hidup dengan lagak beraninya ketika bertarung dengan watak hero yang dilakonkan oleh pelakon pada zaman kegemilangannya antara lain Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Itulah sebabnya mengapa P Ramlee memilih Salleh melakonkan watak penjahat di dalam film pertama Penarek Becha dan terakhir Tiga Abdul. 




P Ramlee melihat bakat yang ada pada Salleh amat besar dan baik dalam melakonkan watak jahat.

Menurut kisah di dalam buku yang ditulis oleh Arwah Nasir, P Ramlee yang bertajuk Bapaku P Ramlee, hakikatnya Salleh Kamil dan P Ramlee adalah sahabat baik walaupun di dalam filem selalu dilihat mereka berdua bermusuhan.

Antaranya film lakonan P Ramlee yang dilihat bermusuhan dengan Salleh kamil ialah Panggilan Pulau, Ibu, Penarek Becha, Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak dan Sarjan Hassan.
 

 Nasir berkata demikian, kerana semasa P Ramlee bercerai dengan isterinya Junainah Daeng Haris, Nasir pernah dilarikan oleh ibunya ke Pulau Pinang untuk di bawa lari ke Indonesia.

Kalau tak kerana Salleh Kamil dan Sharif Dol yang melarikan semula Nasir P Ramlee dari Pulau Pinang ke Singapura. Barangkali Nasir P Ramlee tidak dapat membesar bersama ayahnya (P Ramlee) hingga ke akhir hayatnya. Salleh Kamil juga seorang yang amat menyukai kanak-kanak.




Wajahnya yang bengis dan karakter jahatnya di film dengan apa yang diceritakan oleh orang di sekelilingnya mengenai karakternya di luar film, mengikut kisah, bukan saja dia pernah diludah, bahkan dilempar sandal akibat watak jahatnya yang terlaku berkesan dalam pelbagai film.

Sampai sekarang masih banyak yang mencari film lakonan berdialognya yang pertama yang bertajuk Miskin. Film ini unik kerana Salleh membawakan wataknya sebagai seorang pelawak. Bayaran tertinggi sebagai pelakon yang pernah diperolehinya di Singapore adalah 350 dolar Singapura sebulan.

MENINGGAL DUNIA

Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi, dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.

Lakonan terakhirnya di bawah arahan P Ramlee ialah dalam film Tiga Abdul pada 1964 produksi MFP sebelum P Ramlee berpindah ke Malaysia meniggalkan Singapura.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 dalam usia 74 tahun kerana sakit tua.


Sumber : Carigold Forum

Thursday, July 24, 2014

Hamper Dashing daripada Karangkraf

Alhamdulillah balik dari kerja, ada bungkusan berat daripada Karangkraf..mmg berat pun, ingat pe menda, lepas bukak baru tau barang2 Dashing..rasanya dapat daripada peraduan di Maskulin..

Biasanya majalah Maskulin yang ada peraduan2 minyak wangi, pencuci muka, syampoo dan penjagaan diri. Kalo majalah KLIK plak kebanyakkan hadiah dorang bagi adalah barang2 filem..jom layan gambar :)