Thursday, July 31, 2014

Pelakon Legend : Salleh Kamel @ Salleh Kamil


Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Salleh Kamil ialah seorang pelakon Malaysia. Dia dilahirkan pada 24 April 1924 di Singapura. Dia aktif berlakon film pada era 1950-1960-an. Salleh mendapat pendidikan di Madrasatul Muqtabian sebelum mula bekerja di Studio Jalan Ampas di Singapura.

Beliau dikenali pertama kali melalui film Miskin diarahkan oleh KM Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti Sedarah (S Ramanathan) memegang peranan jahat.

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam film Penghidupan arahan L Krishnan.
 

 Beliau juga pernah melakonkan watak baik dalam film Lela Manja serta watak lawak dalam film Tiga Abdul yang membawa watak Tuan Penasihat, seorang lelaki batu api yang berkomplot dengan Sadiq Segaraga (lakonan Allahyarham Ahmad Nesfu).

Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.

Pada 1967, Salleh muncul dalam film Raja Bersiong arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, dia terus menetap di Boon Teck Road hingga 1973. 



 

Filem-filem yang pernah dimainkannya antara lain Istana Impian (1953), Semerah Padi (1956), Taufan (1957), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Raja Laksamana Bentan (1959), Si Tanggang (1961), Sri Andalas (1966), Penarik Beca, Isi Neraka, Penghidupan arahan L Krishnan, Miskin arahan K M Basker pada 1952.

Sedarah (S Ramanathan), Lela Manja, Jebat Maut arahan Jamil Sulong, Tiga Abdul arahan P Ramlee, Jefri Zain-Gerak Kilat, Masyarakat Pincang (1958) dan Pusaka Pontianak. Salleh Kamil meraih penghargaan sebagai aktor pembantu terbaik dalam Penarek Becha (1955) dengan mendapat gelar The Leading Crook Actor.

Salah satu filem yang beliau berlakon bersama P Ramlee ialah filem Sarjan Hassan yang tak boleh dilupakan bahawa watak Salleh memang tiada tandingannya lagi.

Dia pandai membawakan watak sebagai seorang penjahat genius di dalam setiap film yang dilakonkannyaa.

Watak jahatnya juga dilihat hidup dengan lagak beraninya ketika bertarung dengan watak hero yang dilakonkan oleh pelakon pada zaman kegemilangannya antara lain Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Itulah sebabnya mengapa P Ramlee memilih Salleh melakonkan watak penjahat di dalam film pertama Penarek Becha dan terakhir Tiga Abdul. 




P Ramlee melihat bakat yang ada pada Salleh amat besar dan baik dalam melakonkan watak jahat.

Menurut kisah di dalam buku yang ditulis oleh Arwah Nasir, P Ramlee yang bertajuk Bapaku P Ramlee, hakikatnya Salleh Kamil dan P Ramlee adalah sahabat baik walaupun di dalam filem selalu dilihat mereka berdua bermusuhan.

Antaranya film lakonan P Ramlee yang dilihat bermusuhan dengan Salleh kamil ialah Panggilan Pulau, Ibu, Penarek Becha, Semerah Padi, Sumpah Orang Minyak dan Sarjan Hassan.
 

 Nasir berkata demikian, kerana semasa P Ramlee bercerai dengan isterinya Junainah Daeng Haris, Nasir pernah dilarikan oleh ibunya ke Pulau Pinang untuk di bawa lari ke Indonesia.

Kalau tak kerana Salleh Kamil dan Sharif Dol yang melarikan semula Nasir P Ramlee dari Pulau Pinang ke Singapura. Barangkali Nasir P Ramlee tidak dapat membesar bersama ayahnya (P Ramlee) hingga ke akhir hayatnya. Salleh Kamil juga seorang yang amat menyukai kanak-kanak.




Wajahnya yang bengis dan karakter jahatnya di film dengan apa yang diceritakan oleh orang di sekelilingnya mengenai karakternya di luar film, mengikut kisah, bukan saja dia pernah diludah, bahkan dilempar sandal akibat watak jahatnya yang terlaku berkesan dalam pelbagai film.

Sampai sekarang masih banyak yang mencari film lakonan berdialognya yang pertama yang bertajuk Miskin. Film ini unik kerana Salleh membawakan wataknya sebagai seorang pelawak. Bayaran tertinggi sebagai pelakon yang pernah diperolehinya di Singapore adalah 350 dolar Singapura sebulan.

MENINGGAL DUNIA

Beliau berkahwin sebanyak dua kali dengan isteri pertama Zahrah Pagi, dan isteri kedua Jumini Simin. Mempunyai 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.

Lakonan terakhirnya di bawah arahan P Ramlee ialah dalam film Tiga Abdul pada 1964 produksi MFP sebelum P Ramlee berpindah ke Malaysia meniggalkan Singapura.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 dalam usia 74 tahun kerana sakit tua.


Sumber : Carigold Forum