Apa itu HEMOFILIA?



















Hemofilia adalah sejenis penyakit mengakibatkan darah seseorang tidak boleh membeku dengan normal. Jika berlaku luka dan di dalam keadaan normal, darah akan berhenti mengalir selepas beberapa saat. Ini kerana darah boleh membeku dengan sendirinya melainkan luka tersebut terlalu besar.

Bagi orang yang menghidap penyakit hemofilia, darah akan terus mengalir jika berlaku luka malah tanpa kecederaan pun pendarahan boleh berlaku dengan sendirinya. Contohnya di bahagian gusi.

Hemofilia dikelaskan kepada Hemofilia A atau Hemofilia B, namun kesan kepada pesakit adalah sama iaitu darah tidak boleh membeku dengan sempurna. Bezanya, untuk Hemofilia A, darah kekurangan faktor pembeku VII, menakala Hemofilia B darah kekurangan faktor IX.

Walau bagaimanapun, ramai orang yang keliru bagaimana seseorang individu boleh mendapat penyakit ini. Kajian menunjukkan bahawa 70% kes Hemofilia adalah melalui penurunan genetik secara spontan.

Secara terperinci, Hemofilia adalah sejenis penyakit 'genetic sex linked chromosome X recessive'. Ini bermakna hanya gen X sahaja yang boleh membawa penyakit ini. Oleh kerana wanita mempunyai dua gen X (XX), untuk wanita mendapat penyakit Hemofilia, dia perlu mewarisi gen X berpenyakit daripada bapa atau gen X berpenyakit daripada ibu.



















Jika hanya satu sahaja gen X berpenyakit dan satu lagi gen X normal, dia hanya sebagai pembawa. Oleh kerana lelaki ada satu sahaja Gen X (XY), dia boleh mendapat Hemofilia jika menerima gen X berpenyakit daripada ibu. Jika ibunya pembawa, risiko untuk mendapat Hemofila adalah 50-50 (kerana ibu ada 2 gen X, satu normal dan satu berpenyakit).


Tetapi jika ibunya Hemofilia (kedua-dua gen X ibu bepenyakit), maka anak lelakinya adalah 100% akan mendapat Hemofilia. Anak lelaki tidak boleh mewarisi gen X daripada bapa kerana ia perlu newarisi gen Y daripada bapa untuk dia menjadi lelaki. Hanya anak perempuan mewarisi gen X daripada bapa.

Oleh kerana inilah kes Hemofilia lebih banyak berlaku kepada lelaki. Darjah keterukan penyakit ini bergantung pada seberapa banyak faktor pembekuan yang ada di dalam darah.

Tanda-Tanda HEMOFILIA

Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda ringan selalunya disedari apabila dirinya menjalani rawatan seperti mencabut gigi (Darah sukar berhenti atau ketika luka berkhatan). Pendarahan boleh berlaku secara luaran atau dalaman.

1. Pendarahan luaran
  • Pendarahan dalam mulut dariapda tergigit atau kehilangan gigi.
  • Pendarahan yang banyak daripada luka kecil.
  • Luka yang berdarah kembali selepas berhenti berdarah.
  • Pendarahan daripada hidung yang kerap.














2. Pendarahan dalaman
  • Air kencing (pendarahan berlaku di buah pinggang atau pundi kencing)
  • Najis berdarah (pendarahan berlaku di usus atau perut)
  • Lebam-lebam (pendarahan berlaku di kulit, otot atau sendi)















Pendarahan juga berlaku di dalam otak, jika ia berlaku, kanak-kanak ini akan mempunyai tanda-tanda neurologikal seperti muntah, sakit kepala, sawan dan pandangan terganggu.


Rawatan HEMOFILIA

Hemofilia dirawat dengan menggantikan faktor pembekuan darah yang kurang dalam badan. Ini dilakukan dengan memasukkan faktor pembekuan normal yang telah diproses daripada darah lain. Namun begitu, ada juga faktor pembekuan yang dihasilkan di makmal (recombinant clotting factor) untuk digunakan merawat penyakit ini.

Selain itu, untuk penyakit Hemofilia A yang ringan atau sederhana, mereka boleh dirawat dengan sejenis hormon buatan manusia yang dinamakan Desmopressin (DDAVP). Rawatan ini tidak berkesan untuk Hemofila B atau penyakit Hemofilia A yang kritikal. Ia berkesan untuk menungkatkan paras faktor pembekuan VIII dan von Willebrand sahaja.

Rawatan Hemofilia adalah rawatan yang berterusan dan bergantung pada tahap kesihatan pesakit. Untuk mengetahui rawatan yang terbaik atau terkini untuk mereka, anda perlulah berbincang dengan doktor yang merawat masalah ini.

Redakan bisa gigitan lebah dengan cepat
















Pernah digigit penyengat, tebuan mahupun lebah? Tidak tahu apa dan bagaimana caranya berhadapan dengan situasi tersebut bagi mengurangkan rasa sakit. Ini ada cara yang boleh anda praktikkan :

1. Selepas disengat, cuba untuk buang tebuan/lebah tersebut dari tempat gigitan.

2. Bersihkan kawasan yang disengat dengan sabun dan air.

3. Gunakan antiperspirant dan sapukan ke atas kawasan tersebut bagi membantu mengurangkan kesakitan racun. Kimia Aluminium Chlorohydrate di dalam antiperspirant boleh membantu mengurangkan kesan racun itu.

4. Untuk membantu mencegah reaksi sengat pada kulit tersebut daripada merebak, ambil antihistamin seperti Benadryl.

5. Losyen tertentu seperti losyen calamine juga boleh membantu.

6. Untuk kurangkan keradangan, sapukan ais selama 10 hingga 30 minit.


Traffic percuma dengan ILikeTraffic


Anda mempunyai laman web persendirian? ada blog? tetapi tiada pengunjung ke laman web anda? Anda mempunyai Facebook fanpage tetapi kekurangan 'LIKE'? Atau anda mempunyai video di Youtube tetapi kekurangan penonton? Mahukah anda menerima pengunjung ke laman web anda tiap-tiap hari tanpa anda bersusah payah update blog hari-hari dan mengeluarkan modal untuk membeli traffic atau membeli 'LIKE' di facebook?

Sekarang tidak perlu anda mengeluarkan wang dari bank atau poket anda untuk mendapatkan traffic ke website anda. Melalui ILikeTraffic.com , anda hanya bertukar-tukar traffic dengan pengguna yang lain. Contohnya, anda lawat laman web individu A, dan individu A akan lawat laman web anda kembali. Ini yang dinamakan win-win situation!

Bagi sesetengah blogger, traffic adalah amat penting untuk menaikkan rating blog mereka selain dapat memperolehi sedikit income daripada pengiklan. Bilangan pengunjung yang masuk mempengaruhi banyak faktor sesebuah laman web. Tanpa pengunjung, sesebuah laman web adalah tidak beerti sama sekali.


Bukti menunjukkan pengunjung dari laman web ILikeTraffic yang mengunjungi laman blog saya. Percayakah anda saya tidak mengeluarkan satu sen pun untuk menjemput mereka ke blog saya?


Selain blogger, laman web ILikeTraffic menyediakan ruang untuk anda mendapatkan bilangan 'LIKE' di akaun Facebook fanpage anda. Ianya juga penting sekiranya anda menyertai pertandingan di Facebook yang memerlukan 'LIKE' yang banyak untuk menang. ILikeTraffic merupakan platform yang tepat untuk anda mendapatkan 'LIKE' tanpa perlu mengajak rakan atau mengeluarkan duit bagi membeli 'LIKE'.

Bagaimana ia berfungsi

Setelah anda mendaftar di laman web ini, anda perlulah mempunyai 'COIN' sebagai medium bayaran kepada pengunjung yang akan melawat lawan web anda. Tapi, usah gelisah kerana 'COIN' boleh diperolehi tanpa mengeluarkan wang dari poket anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah lawat beberapa laman web pengguna lain, dan anda akan peroleh 'COIN'!

Apa yang perlu anda buat adalah klik 'EARN COINS' di sebelah kiri atas laman web ILikeTraffic.com dan klik pada 'Website Hits'. Biarkan windows baru terbuka dan ianya akan loading sendiri.



Anda juga boleh memperolehi 'COIN" tambahan dengan view video youtube, 'like' facebook page, follow twitter orang dan Google +1. Setelah anda mempunyai 'COIN', anda bolehlah iklankan website anda untuk dilawati oleh pengguna-pengguna ILikeTraffic yang lain.

Sila daftar melalui banner di bawah :

Kebaikan susu



Mengambil sekurang-kurangnya segelas susu sehari merupakan amalan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

1) Untuk mengelakkan masalah osteoporosis dan kerapuhan tulang terutamanya kaum wanita, disarankan mengambil susu rendah lemak dua gelas setiap hari lebih-lebih lagi usia semakin meningkat.

2) Merupakan minuman lengkap yang sangat diperlukan kerana mengandungi semua nutrien kecuali zat besi dan vitamin C.

3) Susu datang dengan pelbagai peratusan lemak di mana korang boleh peroleh mengikut keperluan. Namun dinasihatkan orang dewasa memilih susu rendah lemak.

4) Merupakan sumber protein yang sangat mencukupi tanpa mengambil sumber lain. Disebabkan itu, kanak-kanak memerlukan susu yang cukup untuk tumbesaran manakala kesihatan yang baik untuk orang dewasa.



5)Merupakan sumber tenaga yang baik kerana mengandungi laktosa gula susu.

6) Lemak susu mempunyai vitamin A dan D yang penting untuk sistem imun dan mencegah penglihatan yang kurang bagus.

7) Kaya dengan kalsium untuk kekuatan tulang dan gigi.

8) Kandungan vitamin B mencegah penyakit anemia dan membantu menghasilkan pengeluaran sel darah merah.

9) Potassium pula melindungi hati dan mengekalkan tekanan darah. Selain itu, susu mampu mencegah kanser usus serta kanser payudara.

10 Cara Mudah Jadi Bahagia


Positif

Tolak tepi perasaan tak puas hati atau apa je perasaan negatif kerana ia akan mengganggu kehidupan seharian. Walaupun terpaksa bekerja dengan majikan yang cerewet, teman sekerja yang pengotor mahupun jiran yang suka buat bising, lebih baik korang pekakkan telinga. Usah rosakkan hati dengan perasaan amarah.


Mengajar

Meskipun korang bukan di kalangan tenaga pengajar, tak salah membantu mencurah ilmu mengajar kanak-kanak. Perasaan dapat membantu dan berkongsi ilmu akan membantu meningkatkan rasa bahagia yang berpanjangan. Ia lebih indah apabila korang akan dihargai sepanjang masa.


Buat kek



Seronok pe menghabiskan masa mencari resepi di Internet. Kemudian pergi membeli-belah bahan-bahan untuk membuat kek. Percaya ataupun tidak, perasaan teruja membuat kek boleh membangkitkan kebahagiaan kerana kek itu manis. Pastinya kenangan orang yang memakan kek korang tidak boleh dilupakan. Cipta kek coklat berbentuk hati lalu dihiasi dengan bunga ros merah.

Elak Tamak

Apabila korang membuat pilihan, pastinya korang mahu yang lebih baik. Tatapkan niat dan persiapan awal supaya tak berlaku stress untuk mencari sesuatu yang diminati. Misalnya, korang mahu membeli gincu bewarna merah, segera mengambil gincu bewarna merah dan terus bayar. Semakin lama korang berada di kaunter kosmetik, semakin banyak barang yang akan korang beli dan bazirkan nanti.


Bersenam



Pada sesetengah orang, bersenam sebanyak 3 kali seminggu selama 30 minit lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan. Oleh sebab itu, sekadar berjalan kaki setiap hari juga dapat mengelakkan korang dari terkena sebarang serangan penyakit. Lebih baik mencegah daripada mengubati.


Go Green!



Mungkin bunyi seakan kelakar tapi berkongsi kasih sayang bersama tumbuh-tumbuhan hijau lebih membahagiakan. Tak percaya? Cuba tanam pokok bunga, pasti korang ternanti-nanti bila bunga tu akan mekar. Begitu juga dengan perasaan teruja menanti sayur yang ditanam untuk dimakan.


Coklat jam 2 petang



Tahukah korang bahawa tahap serotonin dalam otak membantu mengalirkan mood pada waktu petang. Oleh sebab itu, tak salah mengambil snek sekitar jam 2 petang. Snek yang dimaksudkan perlulah mengandungi vitamin B, asid folik dan karbohidrat kompleks seperti yang terkandung di dalam coklat tenusu. Makan coklat juga mampu menangani stress.


Nostalgia



Usah hadkan kuasa nostalgia. Benar! Dengan melihat kembali gambar-gambar terdahulu mampu mengembalikan perasaan gembira dan teruja seperti ketika gambar itu dirakamkan. Sekurang-kurangnya korang akan ingat kembali apa yang berlaku saat itu. Nostalgia tak mampu dikembalikan tetapi korang boleh merasai semula perasaan bahagia.


Kongsi kekayaan



Memberi wang kepada yang memerlukan adalah lebih bahagia berbanding membelanjakannya sendiri wang yang banyak. Jadi sesekali membelanja adik-beradik, teman rapat mahupun rakan sekerja minum petang, bukan je mendapat ganjaran pahala, tetapi korang akan semakin kaya kerana kerap dirahmati murah reeki.


Chill

Cara bergembira bergantung kepada seseorang. Ada orang meraikan kegembiraan dengan duduk je di rumah tanpa melakukan apa-apa. Tak kurang juga ada orang akan tidur untuk merasa gembira. Apa kata ubah perkara biasa cara meluahkan kegembiraan dan 'bertapa' di dalam rumah kepada keluar melakukan aktiviti. Ajaklah teman-teman dan katakan "Jom, chill di Bukit Broga!"

Tips Jaga Kasut Supaya Tahan Lama


Pasti semua orang pakai kasut bukan? Tak kira la kasut sekolah ke, kasut sukan ke, kasut jalan ke, kasut kerja ke. Tapi berapa ramai yang hanya tahu pakai dan bukan tahu menjaganya? Pasti hanya segelintir yang memulihara kasut mereka..meh kita baca tips-tips penting dalam penjagaan kasut..

1) Jika kasut didapati basah, keringkan terlebih dahulu di bawah suhu yang perlahan dan bukannya menggunakan alat pemanas untuk kering. Bukan apa, ini akan menyebabkan material kasut seperti kulit akan longgar, cepat merekah, terkupas dan luntur warnanya.

2) Jika merasakan ruang terhad akibat kotak kasut yang banyak, sediakan penggantung kasut yang sesuai. Ia dipanggil 'pokok kasut' di mana ia mudah menyimpan kasut yang banyak tanpa rosak. Korang hanya perlu gantung kasut supaya aliran udara boleh keluar ke dalam kasut. Kasut juga perlu bernafas.

Rak 'pokok kasut'

3) Pelihara kasut dari terlalu terdedah pada panas matahari terik. Jauhi juga kasut dari bahang panas jika tak menggunakannya.

4) Jaga kasut bukan sekadar mengambil berat keadaan kasut itu sendiri. Akan tetapi, korang perlu tahu mengenakan kasut yang sesuai. Elak memakai kasut kulit untuk perjalanan lasak supaya kasut lebih tahan lama.

5) Asingkan jenis kasut. Elak kumpul kasut ke dalam satu tempat yang sama kerana akan menyebabkan kasut berlaga antara satu sama lain. Lindungi kasut dengan meletakkanya di dalam satu kotak.

6) Jika kasut terkena kotoran. cepat-cepat bersihkan. Jika dibiarkan terdedah, lama-kelamaan ia akan meninggalkan bekas bewarna kuning yang sukar dihapuskan. Hasilnya, ia akan menjadi kesan warna kuning kekal.

7) Elak membiasakan kaki melenturkan kasut lebih-lebih lagi kasut jenis kulit yang mahal. Ia akan menyebabkan kasut kulit membentuk lengkungan dan cepat rosak. Ada baiknya tinggalkan tabiat tu,

Lain-lain artikel yang best!