Friday, March 30, 2012

Redakan bisa gigitan lebah dengan cepat
















Pernah digigit penyengat, tebuan mahupun lebah? Tidak tahu apa dan bagaimana caranya berhadapan dengan situasi tersebut bagi mengurangkan rasa sakit. Ini ada cara yang boleh anda praktikkan :

1. Selepas disengat, cuba untuk buang tebuan/lebah tersebut dari tempat gigitan.

2. Bersihkan kawasan yang disengat dengan sabun dan air.

3. Gunakan antiperspirant dan sapukan ke atas kawasan tersebut bagi membantu mengurangkan kesakitan racun. Kimia Aluminium Chlorohydrate di dalam antiperspirant boleh membantu mengurangkan kesan racun itu.

4. Untuk membantu mencegah reaksi sengat pada kulit tersebut daripada merebak, ambil antihistamin seperti Benadryl.

5. Losyen tertentu seperti losyen calamine juga boleh membantu.

6. Untuk kurangkan keradangan, sapukan ais selama 10 hingga 30 minit.