Sunday, March 4, 2012

10 Cara Mudah Jadi Bahagia


Positif

Tolak tepi perasaan tak puas hati atau apa je perasaan negatif kerana ia akan mengganggu kehidupan seharian. Walaupun terpaksa bekerja dengan majikan yang cerewet, teman sekerja yang pengotor mahupun jiran yang suka buat bising, lebih baik korang pekakkan telinga. Usah rosakkan hati dengan perasaan amarah.


Mengajar

Meskipun korang bukan di kalangan tenaga pengajar, tak salah membantu mencurah ilmu mengajar kanak-kanak. Perasaan dapat membantu dan berkongsi ilmu akan membantu meningkatkan rasa bahagia yang berpanjangan. Ia lebih indah apabila korang akan dihargai sepanjang masa.


Buat kek



Seronok pe menghabiskan masa mencari resepi di Internet. Kemudian pergi membeli-belah bahan-bahan untuk membuat kek. Percaya ataupun tidak, perasaan teruja membuat kek boleh membangkitkan kebahagiaan kerana kek itu manis. Pastinya kenangan orang yang memakan kek korang tidak boleh dilupakan. Cipta kek coklat berbentuk hati lalu dihiasi dengan bunga ros merah.

Elak Tamak

Apabila korang membuat pilihan, pastinya korang mahu yang lebih baik. Tatapkan niat dan persiapan awal supaya tak berlaku stress untuk mencari sesuatu yang diminati. Misalnya, korang mahu membeli gincu bewarna merah, segera mengambil gincu bewarna merah dan terus bayar. Semakin lama korang berada di kaunter kosmetik, semakin banyak barang yang akan korang beli dan bazirkan nanti.


Bersenam



Pada sesetengah orang, bersenam sebanyak 3 kali seminggu selama 30 minit lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan. Oleh sebab itu, sekadar berjalan kaki setiap hari juga dapat mengelakkan korang dari terkena sebarang serangan penyakit. Lebih baik mencegah daripada mengubati.


Go Green!



Mungkin bunyi seakan kelakar tapi berkongsi kasih sayang bersama tumbuh-tumbuhan hijau lebih membahagiakan. Tak percaya? Cuba tanam pokok bunga, pasti korang ternanti-nanti bila bunga tu akan mekar. Begitu juga dengan perasaan teruja menanti sayur yang ditanam untuk dimakan.


Coklat jam 2 petang



Tahukah korang bahawa tahap serotonin dalam otak membantu mengalirkan mood pada waktu petang. Oleh sebab itu, tak salah mengambil snek sekitar jam 2 petang. Snek yang dimaksudkan perlulah mengandungi vitamin B, asid folik dan karbohidrat kompleks seperti yang terkandung di dalam coklat tenusu. Makan coklat juga mampu menangani stress.


Nostalgia



Usah hadkan kuasa nostalgia. Benar! Dengan melihat kembali gambar-gambar terdahulu mampu mengembalikan perasaan gembira dan teruja seperti ketika gambar itu dirakamkan. Sekurang-kurangnya korang akan ingat kembali apa yang berlaku saat itu. Nostalgia tak mampu dikembalikan tetapi korang boleh merasai semula perasaan bahagia.


Kongsi kekayaan



Memberi wang kepada yang memerlukan adalah lebih bahagia berbanding membelanjakannya sendiri wang yang banyak. Jadi sesekali membelanja adik-beradik, teman rapat mahupun rakan sekerja minum petang, bukan je mendapat ganjaran pahala, tetapi korang akan semakin kaya kerana kerap dirahmati murah reeki.


Chill

Cara bergembira bergantung kepada seseorang. Ada orang meraikan kegembiraan dengan duduk je di rumah tanpa melakukan apa-apa. Tak kurang juga ada orang akan tidur untuk merasa gembira. Apa kata ubah perkara biasa cara meluahkan kegembiraan dan 'bertapa' di dalam rumah kepada keluar melakukan aktiviti. Ajaklah teman-teman dan katakan "Jom, chill di Bukit Broga!"