Sunday, March 4, 2012

Tips Jaga Kasut Supaya Tahan Lama


Pasti semua orang pakai kasut bukan? Tak kira la kasut sekolah ke, kasut sukan ke, kasut jalan ke, kasut kerja ke. Tapi berapa ramai yang hanya tahu pakai dan bukan tahu menjaganya? Pasti hanya segelintir yang memulihara kasut mereka..meh kita baca tips-tips penting dalam penjagaan kasut..

1) Jika kasut didapati basah, keringkan terlebih dahulu di bawah suhu yang perlahan dan bukannya menggunakan alat pemanas untuk kering. Bukan apa, ini akan menyebabkan material kasut seperti kulit akan longgar, cepat merekah, terkupas dan luntur warnanya.

2) Jika merasakan ruang terhad akibat kotak kasut yang banyak, sediakan penggantung kasut yang sesuai. Ia dipanggil 'pokok kasut' di mana ia mudah menyimpan kasut yang banyak tanpa rosak. Korang hanya perlu gantung kasut supaya aliran udara boleh keluar ke dalam kasut. Kasut juga perlu bernafas.

Rak 'pokok kasut'

3) Pelihara kasut dari terlalu terdedah pada panas matahari terik. Jauhi juga kasut dari bahang panas jika tak menggunakannya.

4) Jaga kasut bukan sekadar mengambil berat keadaan kasut itu sendiri. Akan tetapi, korang perlu tahu mengenakan kasut yang sesuai. Elak memakai kasut kulit untuk perjalanan lasak supaya kasut lebih tahan lama.

5) Asingkan jenis kasut. Elak kumpul kasut ke dalam satu tempat yang sama kerana akan menyebabkan kasut berlaga antara satu sama lain. Lindungi kasut dengan meletakkanya di dalam satu kotak.

6) Jika kasut terkena kotoran. cepat-cepat bersihkan. Jika dibiarkan terdedah, lama-kelamaan ia akan meninggalkan bekas bewarna kuning yang sukar dihapuskan. Hasilnya, ia akan menjadi kesan warna kuning kekal.

7) Elak membiasakan kaki melenturkan kasut lebih-lebih lagi kasut jenis kulit yang mahal. Ia akan menyebabkan kasut kulit membentuk lengkungan dan cepat rosak. Ada baiknya tinggalkan tabiat tu,