Hadiah Dari Majalah KREKO


Ahamdulillah dapat sehelai t-shirt daripada majalah KREKO melalui peraduan yang disertai..


Hadiah Dari Majalah KLIK



Alhamdulillah, dapat hadiah dari kontest di majalah KLIK, berupa bag dan bantal dari filem The Twilight Saga : Breaking Dawn Part 2..best2 :)




Jumlah Negara Di Dunia



Ramai yang bertanya berapakah agaknya bilangan negara yang ada di dunia ini kan? Mengikut kebanyakan pakar, mereka bersetuju bahawa jumlah negara di dunia ini adalah sebanyak 196 buah negara. Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) dianggotai oleh 193 buah negara.

Jumlah ahli PBB tidak sama dengan jumlah negara di dunia kerana terdapat beberapa buah negara yang ditubuhkan atas dasar berkecuali seperti Vatican City dan Kosovo. Namun, terdapat juga beberapa buah negara yang tidak diiktiraf oleh negara lain. Keadaan tersebut berlaku kerana masalah polisi dan politik yang ditetapkan oleh sesetengah negara. Antara negara yang berdepan masalah terebut adalah ISrael dan Taiwan.

Khasiat Oregano




Oregano @ Origanum Vulgare merupakan salah satu tanaman yang dijadikan sebagai rempah terutamanya dalam masakan
Itali. Ia bukan sahaja memiliki aroma yang unik, malah turut menawarkan manfaat untuk kesihatan.

  1. Mengambil oregano secara konsisten dapat meningkatkan sistem ketahan tubuh.
  2. Mengunyah oregano ketika menstruasi dapat membantu meredakan sakit.
  3. Walaupaun memiliki rasa yang pahit, oregano merupakan sumber terbaik bagi zat besi dan vitamin A.
  4. Kandungan minyak dalam daun oregano segar mengandungi antibakteria dan antivirus yang juga berkesan untuk merawat
  5. masalah kulit.
  6. Bakteria yang ada pada oregano dikatakan mampu memastikan makanan tahan lama.
  7. Dapat mengatasi gangguan penghadaman dan mengurangkan migrain.
  8. Bagi yang menghadapi masalah penghadaman, minum campuran air daun oregano yang diparut bersama ibu kunyit, halia dan asam jawa.
  9. Bagi individu yang sakit tekak atau kerongkong, minum air yang telah dicampurkan dengan daun oregano segar atau kering.


Sejarah Suzuki Swift




Kereta Suzuki Swift adalah sejenis kereta yang dihasilkan oleh syarikat otomobil gergasi Jepun, Suzuki. Kereta yang tergolong dalam kelas subcompact itu mula diperkenalkan pada tahun 2000. Selain dikenali dengan nama Suzuki Swift, ia turut dukenali sebagai Suzuki Cultus di beberapa buah negara Eropah, Australia, India dan Amerika Utara.

Generasi pertama Suzuki Swift diperkenalkan bagi menggantikan Suzuki Cultus. Di luar Jepun, ia dipasarkan dengan menggunakan nama Suzuki Ignis. Ia boleh didapati dengan pilihan pacuan roda depan dan empat roda.



Generasi ke-2 pula diperkenalkan pada tahun 2004. Kemunculannya dikatakan memberi nafas baru kepada rekabentuk serta gaya sporty yang cukup digemari oleh golongan muda. Sambutan baik yang diterima membuatkan Suzuki memperkenalkan generasi ketiga pada tahun 2010 dan mempunyai rekabentuk yang lebih radikal dengan perincian yang mengagumkan.

Sejarah Kasut Dr. Martens



Dr. Martens merupakan jenama pengeluar but terkenal dari Britain. Selain menghasilkan but, ia turut
mengeluarkan produk-produk seperti pakaian, beg dan barangan penjagaan kasut. Bagi penggemar fesyen, Dr. Martens lebih dikenali dengan nama gelaran seperti Docs, Doc Martens dan Doc Mart.

Pada tahun 1945, seorang doktor di Jerman bernama Klaus Martens telah mencipta reka bentuk sepasang but khas selepas mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti luncur salji.

Rekaan tersebut mempunyai bahan dari kulit lembut dan tapak yang diperkemas dengan getah dari tayar kereta. Selepas perang dunia ke-2 tamat, Klaus bersama rakannya, Dr. Herbert Funck memasarkan rekaan but tersebut di sekitar Jerman,



Pada tahun 1959, sebuah syarikat pembuat kasut du United Kingdom, R. Griggs Group Ltd. telah membeli paten rekaan tersebut. But pertama jenama Dr. Martens di United Kingdom dipasarkan pada tahun 1969. Ia kini amat  popular di kalangan penggemar fesyen serta gaya hidup punk, hardcore dan rock. Dr. Martens dianggap sebagai jenama but paling popular di dunia.

Hotel Panda di China



Hotel Panda terletak di daerah Sichuan, China. ia secara rasminya dibuka kepada pelanggan bermula pada bulan Mei tahun 2012. Nama sebenar hotel tersebut adalah Haoduo Panda Hotel. Ia menyediakan pelbagai jenis bilik kepada pelanggan.


Selain bilik perseorangan, hotel tersebut turut menyediakan bilik berkembar dan bilik bersambung. Hotel tersebut dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang menggunakan tema Panda, manakala dinding-dindingnya pula dihiasi dengan lukisan pelbagai ragam panda yang meniru aksi filem dan animasi terkenal.

Hadiah daripada Karangkraf : Buku Nota Transylvania


Alhamdulillah, dapat hadiah daripada majalah KLIK berupa sebuah buku nota..terima kasih Karangkraf :)





Padang Besar Tempat Shopping Best!



Kalau pergi ke Perlis, tempat paling wajib untuk shopping adalah di Wang Kelian dan Padang Besar. Kalau nak shopping jajan, baju, seluar, beg, memang kat sini la nak beli. Banyak pilihan dan boleh tawar-menawar.



Lain-lain artikel yang best!