Friday, April 12, 2013

Hotel Panda di China



Hotel Panda terletak di daerah Sichuan, China. ia secara rasminya dibuka kepada pelanggan bermula pada bulan Mei tahun 2012. Nama sebenar hotel tersebut adalah Haoduo Panda Hotel. Ia menyediakan pelbagai jenis bilik kepada pelanggan.


Selain bilik perseorangan, hotel tersebut turut menyediakan bilik berkembar dan bilik bersambung. Hotel tersebut dihiasi dengan pelbagai perhiasan yang menggunakan tema Panda, manakala dinding-dindingnya pula dihiasi dengan lukisan pelbagai ragam panda yang meniru aksi filem dan animasi terkenal.