Tuesday, April 16, 2013

Sejarah Kasut Dr. Martens



Dr. Martens merupakan jenama pengeluar but terkenal dari Britain. Selain menghasilkan but, ia turut
mengeluarkan produk-produk seperti pakaian, beg dan barangan penjagaan kasut. Bagi penggemar fesyen, Dr. Martens lebih dikenali dengan nama gelaran seperti Docs, Doc Martens dan Doc Mart.

Pada tahun 1945, seorang doktor di Jerman bernama Klaus Martens telah mencipta reka bentuk sepasang but khas selepas mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti luncur salji.

Rekaan tersebut mempunyai bahan dari kulit lembut dan tapak yang diperkemas dengan getah dari tayar kereta. Selepas perang dunia ke-2 tamat, Klaus bersama rakannya, Dr. Herbert Funck memasarkan rekaan but tersebut di sekitar Jerman,



Pada tahun 1959, sebuah syarikat pembuat kasut du United Kingdom, R. Griggs Group Ltd. telah membeli paten rekaan tersebut. But pertama jenama Dr. Martens di United Kingdom dipasarkan pada tahun 1969. Ia kini amat  popular di kalangan penggemar fesyen serta gaya hidup punk, hardcore dan rock. Dr. Martens dianggap sebagai jenama but paling popular di dunia.