Tuesday, October 9, 2012

Iklan Tetikus @ Mouse Suatu Masa Dahulu


Haha, rasa lawak plak rupa tetikus zaman dulu, zaman skarang siap ada lampu lagi..nak tgk camner rupa mouse zaman silam yang dorang iklankan dalam majalah?...jom tgk..






Klik gambar untuk besarkan :)

Al-kisah Florence Nightingale


Florence Nightingale

Florence Nightingale adalah seorang jururawat yang banyak melakukan kerja amal ketika Perang Crimean pada tahun 1854 sehingga 1856. Antara sumbangan ikon kemnusiaan yang dilahirkan di Florence, Itali pada 12 Mei 1820 ini adalah memperkenalkan teknik rawatan cemas.

Di samping itu, dia juga berjaya memartabatkan kerjaya sebagai jururawat ke peringkat yang lebih tinggi. Florence dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya pada era di mana tidak ramai kaum wanita menerima pendidikan tinggi. Namun, bapanya iaitu William percaya setiap orang patut diberikan hak sama rata.


 

Di atas dedikasinya yang tinggi terhadap kerjaya, Florence selalu melawat para askar pada setiap malam untuk memastikan kesihatan mereka terjaga. Dia digelar "The Lady of the Lamp" keran bekerja keras dan jarang sekali tidur. Sehingga kini, dia di anggap sebagai wirawati kepada askar-askar yang berjuang di medan perang.

Siapa itu Miley Cyrus



Miley Ray Cyrus atau lebih dikenali sebagai Miley Cyrus adalah seorang pelakon dan penyanyi terkenal di Amerika Syarikat. Dia merupakan bekas bintang kanak-kanak dan remaja dilahirkan oleh Disney Channel. Nama Miley dikenali ramai oleh peminat menerusi karakter yang dibawanya iaitu Hannah Montana.

Melalui karakter tersebut juga, Miley menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian. Kejayaan besar yang dikecapinya menerusi drama bersiri dan filem Hannah Montana telah menjadikan Miley sebagai idola remaja popular.


Pada tahun 2008, anak kepada penyanyi country terkenal, Billy Ray Cyrus ini mengeluarkan album solonya yang pertama bertajuk "Breakout". Miley kini memegang rekod Guiness World Records sebagai penyanyi remaja paling banyak memasuki carta Billboard 100.

Miley Cyrus dalam Hannah Montana

Sunday, October 7, 2012

Binatang Pelik : Vampire Squid


Sotong ini diberi nama vampire squid disebabkan mukanya yang seakan kelawar dan mengerbang seperti dracula apabila mahu bergerak. Ia didapati di lautan dalam sekitar ke dalam 2 ribu hingga 3 ribu kaki.






Cara tukar tombol pintu yang baru sendiri, JIMAT KOS!


Daripada kena cas RM100-200. lebih baik tukar sendiri ye.

1. set tombol pintu baru begini rupanya



2. tombol pintu yg dah dibuka






3. Leraikan bahagian tombol pintu dalam (tombol yg takde slot kunci).



4. Tengok betul2 kat tombol, ada satu ruang kecik
- ambil skrew driver kecik (Philips seeloknya) untuk tekan klip dalam ruang tadi & sambil menarik tombol keluar.







5. tombol yg dah keluar nampak macam ni




6. lepas tu leraikan satu satu bahagian seperti gambar ni



7. Skrew kedua-dua pengunci pintu (sisi):





8. masukkan tombol pintu ke dalam slot yg terbuka tu (mesti join antara pengunci pintu & bahagian pada tombol dikunci sama/selari inter-lock)








9. tombol yg dah masuk akan nampak macam ni:





10. Masukkan plate screw (yg tadi dileraikan) & screw pada pintu (ada 2 butir).





11. masukkan cover plate & screw/tolak bagi rapat dengan plate.






12. Masukkan tombol pintu (tolak sampai bunyi klik) bahagian dlm macam gambar ni bawah:




Selesai & “enjoy” tombol pintu yg baru

 

Lambang Persekutuan Tanah Melayu Dahulu Dan Sekarang


Lambang Tanah Persekutuan Tanah Melayu yang asal.
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.


Lambang Persekutuan Tanah Melayu sekarang

Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Cogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.

Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Sejarah Raja Chulan




Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah dilahirkan pada 1 Jun 1869 di Tanjung Brambang. Raja Chulan merupakan anak kedua Sultan Abdullah Perak yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles dengan isterinya, Raja Tipah. Pada 18 Disember 1899, beliau telah mengahwini Y.A.M. Raja Kecil puteh Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Malacca Free School dan kemudiannya di Raffles Institution, Singapura. Pada tahun 1896 hingga 1897, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Salama. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting terutamanya di negeri Perak.




Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Pada tahun 1924, beliau dilantik sebagai ahli dalam Majlis Persekutuan. Beliau memainkan peranan penting dalam membela kepentingan orang Melayu di Tanah Melayu khususnya di Perak. Raja Chulan telah meninggal dunia pada 10 April 1933 ketika berusia 64 tahun.



 Antara jalan dan kondominum yang menggunakan nama "Raja Chulan"

Pendeta Zaaba




Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaaba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah. Beliau terima pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan orang Melayu pertama untuk duduk peperiksaan Senior Cambridge Examination. 

Beliau lulus peperiksaan pada 1915 dan bermula kariernya sebagai guru sekolah di Johor Bahru (1916 - 1918). Beliau kemudiannya ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923); Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923); Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjung Malim (1924 - 1939); Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942); Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 - 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954 - 1959).



Zaaba memiliki berbakat dalam penulisan dan adalah seorang pengemar membaca. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkab beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. 

Zaaba yang lulus jauh dalam 1973. Zaaba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.

Sejarah Pergerakan Komunis Di Selangor




Rahmat Serangan Jepun

Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan 'rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.

Pada Mac 1942, hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman, seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

Rejimen Menuntut Kemerdekaan

(First Independent Regiment) yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India, walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.





Ambil alih kuasa selama 15 hari

Apabila Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula lambat 15 hari mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambil alih kuasa.

Pasukan komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di kampung, pekan dan bandar di Kajang, Rasa, Semenyih dan lain-lain. Pihak komunis merasakan perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah. Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana tentangan hebat daripada mereka.

Kekejaman komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah:

mengadakan perbicaraan sendiri
melakukan kezaliman
membunuh orang Melayu dan Cina
mengancam seluruh penduduk
mengutip wang secara kekerasan.
merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.
mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.
mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.
menggeledah kampung-kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun.
MPAJA telah membunuh seramai 2,542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki menjadi tali barut Jepun.

Keganasan yang komunis lakukan

20% senjata tidak dipulangkan oleh komunis. Hanya 6,800 ahli MPAJA menyerahkan senjata dan rela menyerahkannya kepada pihak berkuasa di seluruh Tanah Melayu.

Sejarah Bomba Di Malaysia



Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F.Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba Dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan Terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibwah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Services' (MUS) dengan Flight Lt.W.J Gerumandi sebagai 'Director of Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri-negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.



 
Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dengan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb januari 1977. Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb januari 1977, jemaah Menteri telah bersetuju dengan perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands.

Pencipta Mesin ATM - Luther George Simjian

Luther George Simjian adalah salah seorang penemu dan ilmuwan terutama dalam penciptaan mesin ATM (Automatic Teller Machine).

Dia dilahirkan di Turki pada 28 Januari 1905 dan meninggal pada 23 Oktober 1997 dalam usia 92 tahun.
Simjian berhijrah ke Amerika pada usia 15 tahun,kerana dipisahkan dari keluarganya pada masa Perang Dunia Pertama. Setelah bertemu dengan sanak-saudaranya di Connecticut,dia mulai belajar dengan bekerja sebagai jurugambar sesuai dengan bidang kesukaannya.

Pada awal mulanya, Simjian belajar di Universiti Yale dengan mengambil bidang Kedoktoran. Namun minatnya berubah ketika Pihak Universiti memberikan pekerjaan di makmal Foto. Pada tahun 1928, dia telah menduduki jabatan Pengarah pada Bahagian Fotografi di Universiti tersebut.


Pada tahun 1934 Simjian pindah ke New York, di mana dia mengembangkan mesin X-ray warna dan self-posing portrait camera yang memungkinkan subjek untuk melihat ke dalam cermin dan melihat gambar tepat yang akan diambil.


Contoh Idea, Reka Bentuk Dan Konsep ATM oleh Simjian.

Dengan berbekal penemuannya ini,Simjian mendirikan sebuah perusahaan manufacture kamera dan menjual lesen untuk menggunakan kamera tersebut di studio mini yang diletakkan dalam Departement Store dengan nama Photoreflex yang kemudian diganti dengan nama Reflectone.


Perusahaan inilah yang kemudian terus melakukan pengembangan optik,dan peringkat elektro mekanik.

Ketika Simjian menawarkan idea untuk membuat pelanggan bank melakukan transaksi kewangan tanpa bertemu dengan pegawai bank,ia diragui banyak orang.


Barclays Bank. Bank Pertama Yang Mempunyai Mesin ATM dan Transaksi Pertama Di Dunia pada 27 Jun 1967.

Tanpa kenal putus asa,pada tahun 1939,Simjian mendaftarkan 20 hak cipta yang berkaitan dengan perangkat penemuan barunya tersebut,dan menawarkan penemuannya kepada sebuah perusahaan besar yang sekarang dikenali dengan nama Citicorp.

Baru setelah 6 bulan kemudian,Citicorp memberi maklum balas terhadap tawaran Simjian tersebut.


"Nampaknya,orang yang akan menggunakan mesin ini hanyalah sejumlah kecil pelacur dan penjudi yang malu dan tidak mahu bertemu muka dengan pegawai!" tulis Simjian.



Majlis Transaksi ATM Yang Pertama Di Dunia Di Barclays Bank.

Ternyata hari ini pada setiap sudut jalan,kita dapat dengan mudah menemukan mesin “ajaib” ini.

Apa yang menjadi keraguan banyak orang pada masa tersebut sangat tidak terbukti.





ATM sudah menjadi keperluan yang tidak terpisahkan bagi kebanyakan orang yang tinggal di bandaraya.




Penemuan Simjian yang pada awalnya diragukan,kini telah membantu banyak orang dengan hadirnya kemudahan melalui mesin ATM.



Luther George Simjian.

SUMBER

Asal-Usul Mee Segera

Mi segera adalah mi separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam di dalam air panas antara 3 hingga 5 minit.

Bungkusan perencah selalunya disertakan di dalam setiap bungkusan mi segera.

Mi segera juga boleh dimakan secara mentah kerana mi segera sebenarnya sudah pun dimasak di kilang, biasanya dengan menggoreng.



Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu Ramen.

Idea mi segera sudah pun berakar umbi sejak dari zaman Dinasti Qing di China, di mana mi yimian digoreng, membolehkannya disimpan dalam jangka masa yang lama serta disediakan dengan cepat.

Serupa juga, "mi benang ayam" (mi halus yang digoreng dan dihidangkan dengan air panas serta pilihan telur) boleh didapati di China dan Taiwan sejak Dinasti Qing.



Momofuku Andō

Mi segera moden dicipta di Jepun oleh usahawan Jepun berketurunan Taiwan, Momofuku Andō (安藤百福), pengasas syarikat Nissin Foods, salah satu pengeluar mi segera terbesar hari ini.

Mi keluarannya direbus dengan perencah, digoreng dengan minyak sawit untuk membuang kelembapan, kemudiannya dikeringkan untuk membentuk gumpalan mi.

Kaedah pengawetan lain sudah pun dicuba, seperti pengawetan dengan garam dan asap tetapi Andō membuat kesimpulan bahawa minyak sawit adalah yang paling berkesan.

Pada tahun 1958, Nissin melancarkan mi segera pertama di dunia, Chikin Ramen (ramen segera berperisa ayam) di Osaka.

Satu lagi pencapaian telah diperolehi pada tahun 1971 apabila Nissin memperkenalkan mi cawan, mi segera di dalam bekas styrofoam kalis air yang boleh digunakan untuk memasak mi.

Inovasi seterusnya termasuklah menambah sayur-sayuran kering di dalam cawan, sehingga terciptanya hidangan sup lengkap.





Mi sup daging segera Taiwan di dalam mangkuk styrofoam dengan bungkusan daging kedap udara (yang sudah dibuka).

Menurut satu undian Jepun pada tahun 2000, mi segera menjadi ciptaan Jepun paling penting sepanjang abad.

Karaoke menduduki tempat kedua, manakala cakera padat hanya menduduki tempat kelima.

Setakat tahun 2005, lebih kurang 85 bilion hidangan mi segera dimakan di seluruh dunia setiap tahun.




China memakan 44 bilion bungkus mi segera setahun, atau 51% daripada jumlah di seluruh dunia, Indonesia memakan 12 bilion, Jepun 5.4 bilion.

Secara per kapita, rakyat Korea Selatan paling banyak memakan mi segera iaitu 69 bungkus/seorang setahun.




Mi segera bukan sahaja popular di kalangan pelajar universiti malah boleh digunakan sebagai kayu pengukur tahap ekonomi.

Pada tahun 2005, Indeks Mama Noodles dilancarkan bagi menunjukkan jumlah jualan mi segera jenama Mama, pengeluar terbesar di Thailand.

Indeks menjadi setabil sejak Krisis Kewangan Asia Timur, tetapi jualan meningkat sebanyak 15% dalam 7 bulan pertama tahun 2005, yang dianggap sebagai petanda kemelesetan ekonomi.

Rakyat tidak mampu membeli makanan yang lebih mahal, sekaligus mendorong kepada peningkatan jualan ramen.


Sumber : BillyInfo