Sunday, October 7, 2012

Sejarah Raja Chulan




Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah dilahirkan pada 1 Jun 1869 di Tanjung Brambang. Raja Chulan merupakan anak kedua Sultan Abdullah Perak yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles dengan isterinya, Raja Tipah. Pada 18 Disember 1899, beliau telah mengahwini Y.A.M. Raja Kecil puteh Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid Al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan empat orang anak perempuan.

Beliau mendapat pendidikan awal di Malacca Free School dan kemudiannya di Raffles Institution, Singapura. Pada tahun 1896 hingga 1897, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Salama. Beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting terutamanya di negeri Perak.




Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Pada tahun 1924, beliau dilantik sebagai ahli dalam Majlis Persekutuan. Beliau memainkan peranan penting dalam membela kepentingan orang Melayu di Tanah Melayu khususnya di Perak. Raja Chulan telah meninggal dunia pada 10 April 1933 ketika berusia 64 tahun.



 Antara jalan dan kondominum yang menggunakan nama "Raja Chulan"