Sunday, October 7, 2012

Sejarah Pergerakan Komunis Di Selangor




Rahmat Serangan Jepun

Jepun menduduki Tanah Melayu bermula dari pendaratan di Singgora, Thailand, Patani dan Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Seterusnya menduduki Kajang dan Kelang pada 11 Januari 1942.

Serangan Jepun 1941-1945 merupakan 'rahmat tersembunyi' kepada pergerakan komunis. Parti Komunis Malaya yang dikenali sebelumya sebagai MPAJA dapat senjata yang dibekalkan oleh British. Selain itu kekejaman Jepun terhadap orang Cina menyebabkan komunis mendapat simpati daripada kaum Cina.

Pada Mac 1942, hasil rundingan pemimpin komunis Lai Tek atau Loi Tak dengan pegawai tentera British Mejar Chapman, seramai 165 orang pemuda Cina komunis telah dilatih di 101 Special Training School di Singapura. Mereka ini kemudian dihantar ke Selangor, Negeri Sembilan dan Johor untuk membentuk tentera MPAJA atau tentera Bintang Tiga. Kebanyakan pemuda ini berumur 19 tahun ke atas.

Rejimen Menuntut Kemerdekaan

(First Independent Regiment) yang dijuarai oleh Bintang Tiga telah dibentuk di Selangor pada Mac 1942. Hampir keseluruhannya disertai oleh pemuda Cina. Tidak ada pemuda Melayu atau India, walaupun Bintang tiga bermaksud tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India.





Ambil alih kuasa selama 15 hari

Apabila Jepun menyerah kalah pada 3 September 1945 dan British pula lambat 15 hari mengambil alih kuasa daripada Jepun, menyebabkan komunis mengambil alih kuasa.

Pasukan komunis telah keluar dari hutan dan mengambilalih kuasa di kampung, pekan dan bandar di Kajang, Rasa, Semenyih dan lain-lain. Pihak komunis merasakan perjuangan bersenjata mereka telah berjaya dan patut diberi kuasa memerintah. Mereka menipu rakyat bahawa Jepun kalah dan berundur dari Tanah Melayu kerana tentangan hebat daripada mereka.

Kekejaman komunis dan tindakan silap mereka selama 15 hari itu ialah:

mengadakan perbicaraan sendiri
melakukan kezaliman
membunuh orang Melayu dan Cina
mengancam seluruh penduduk
mengutip wang secara kekerasan.
merampas bangunan yang diperlukan untuk dijadikan pejabat.
mendakwa komunis telah menewaskan tentera Jepun.
mencari polis Melayu yang didakwa bersubahat dengan tentera Jepun.
menggeledah kampung-kampung Melayu yang didakwa bersubahat dengan Jepun.
MPAJA telah membunuh seramai 2,542 orang Cina, Melayu dan India yang disyaki menjadi tali barut Jepun.

Keganasan yang komunis lakukan

20% senjata tidak dipulangkan oleh komunis. Hanya 6,800 ahli MPAJA menyerahkan senjata dan rela menyerahkannya kepada pihak berkuasa di seluruh Tanah Melayu.