Florence Nightingale |
Florence Nightingale adalah seorang jururawat yang banyak melakukan kerja amal ketika Perang Crimean pada tahun 1854 sehingga 1856. Antara sumbangan ikon kemnusiaan yang dilahirkan di Florence, Itali pada 12 Mei 1820 ini adalah memperkenalkan teknik rawatan cemas.
Di samping itu, dia juga berjaya memartabatkan kerjaya sebagai jururawat ke peringkat yang lebih tinggi. Florence dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya pada era di mana tidak ramai kaum wanita menerima pendidikan tinggi. Namun, bapanya iaitu William percaya setiap orang patut diberikan hak sama rata.
Di atas dedikasinya yang tinggi terhadap kerjaya, Florence selalu melawat para askar pada setiap malam untuk memastikan kesihatan mereka terjaga. Dia digelar "The Lady of the Lamp" keran bekerja keras dan jarang sekali tidur. Sehingga kini, dia di anggap sebagai wirawati kepada askar-askar yang berjuang di medan perang.