Saturday, August 9, 2008

Movie? Filem? tengok percuma jer...



Huhu, teringat pada sekitar tahun 2000 -2002 dizaman vcd popular dahulu, tak kira la vcd apa, vcd filem or lagu-lagu karaoke, semua dicetak rompak dgn harga RM5 - RM6 satu cerita. Sejak peguatkuasa membanteras cetak rompak, periuk nasi pirate2 cetak rompak mula terjejas, kita sebagai pembeli vcd terbabit juga merasa tempias nya, ye lah, kalau ada keluar filem2 terbaru, terpaksa cari vcd original atau tgk je kat wayang.

tetapi, pada zaman ketika saya menulis artikel ini, saya boleh tersenyum lebar, xkisah kalau vcd pirate xda, hanya perlu talian internet dan pc, terus boleh menonton filem2 terbaru...ini kerana, di internet sekarang terdapat berbagai-bagai program yg membolehkan user mendownload filem2 atau berkongsi filem2 tersebut...



Sebagai contoh, saya sekarang memuat turun filem2 di pelantar/program 'ARES', dahulu saya menggunakan mIRC atau Limewire..kualiti video juga yang terbaik kerana diubah format dari DVD, xperlu seperti dahulu, kalau kita beli vcd cetak rompak terpaksa menanggung risiko tahap kualiti video dirakam dari dalam panggung...teruk giler~! saya juga pernah terkena, saya tanya toikey kedai, "gambar bagus ke bos?", then tokey cakap "jgn risau, copy vcd original". tapi sebaik je masuk dalam vcd player, rupanya gambar dalam panggung....siap nampak kepala orang dan kualiti audio yg super hampess...