Kelebihan Membeli-belah Secara Online



Dengan adanya kemudahan internet sekarang, ramai individu yang telah beralih arah untuk membeli-belah secara terus dari internet. Mungkin kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa tanpa perlu keluar dari rumah. Ada banyak kelebihannya, antaranya :

  • Kos petrol, tol, bayaran tempat letak kereta dan makan minum boleh dikurangkan. Anda tidak perlu membayar semua itu jika membeli-belah secara online.
  • Banyak pilihan barangan yang ingin dibeli. Anda tidak perlu bersusah-payah untuk berebut-rebut dengan orang lain. Hanya nyatakan rekaan, saiz, bentuk, warna dan maklumat lain mengikut citarasa anda.
  • Membeli-belah secara online boleh menjimatkan masa anda. Boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.Siang atau malam.
  • Barangan yang dijual secara online adalah lebih murah berbanding yang ada di pasaran. Kadangkala barangan mahal yang dijual di pasaran tidak begitu berkualiti dan sebaliknya.
  • Tanpa perlu mengharungi kesesakan jalan raya atau kepayahan mencari tempat letak kereta. Anda boleh membeli-belah secara selesa di rumah atau di mana sahaja anda berada (tempat yang mempunyai akses internet)
  • Hanya kos harga barang dan penghantaran sahaja yang dikenakan bayaran. Sebaliknya jika anda membeli di pusat membeli-belah, terdapat kos tersembunyi yang perlu anda bayar.

Fakta Menarik : Universiti Hamburger


Hamburger University

Pada Mac 2010, Mcdonald's telah membuka universitinya, Hamburger University bertempat di Shanghai, China. Pusat pengajian tinggi itu tidak mengajar cara membuat burger atau kentang goreng, sebaliknya melatih pelajar tentang kaedah pengurusan perniagaan.

Fakta Menarik : Anai-anai



Anai-anai terangsang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 KALI GANDA lebih pantas!

Khasiat Buah Goji



Mungkin kedengaran sangat asing tetapi saintis yang menemui buah goji dari Ningxia, China ini percaya ia mampu mambantu memanjangkan usia.

Sejarah

Lebih kurang 3000 tahun dahulu, Raja Negara Ningxia pergi berburu ke Bukit He Lan. Dia terkejut melihat seorang wanita tua sedang memikul seorang lelaki tua berjanggut. Raja kagum melihat kekuatan wanita tu itu lalu bertanya apa yang berlaku. Wanita tua itu menjawab, "Saya sedang memikul cucu saya. Saya berumur 260 tahun. Saya makan daun dan buah goji. ia merupakan rahsia saya"


Buah Goji



Ningxia, China merupakan syurga untuk pokok goji. Buahnya besar dan berisi dengan warna merah gelap, bijinya sedikit, rasanya manis dan teksturnya berair. Buah ini tumbuh liar di lereng-lereng bukit. Ia juga telah ditanam secara berbaris sejak lebih 500 tahun dahulu.


Fakta Buah Goji
  • Lebih beta karotin
  • 500 kali ganda lebih vitamin C
  • Mempunyai 21 unsur mineral.
  • Lebih 18 asid amino.
  • Kaya dengan vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6 dan vitamin E.

Manfaat
  • Memanjangkan usia.
  • Membekalkan tenaga.
  • Mencegah penyakit hati dan ginjal
  • meningkatkan daya tahan tubuh
  • Mencegah kanser
  • Mengatasi insomnia

Pencipta Komik Batman



Bob Kane atau nama sebenarnya, Rober Kahn adalah seorang pelukis dan penulis komik yang cukup disegani di Amerika Syarikat. Dia merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta karakter Batman.

Bob Kane sewaktu muda.

Dilahirkan di bandaraya New York, Bob merupakan seorang pencinta komik yang menuntut di Cooper Union. Pada tahun 1936, Bob mula memasuki industri komik selepas berjaya mendapatkan projek sampingan bagi siri komik bertajuk '"Hiram Hick".

Bob Kane bersama watak ciptaannya "Batman"

Selepas kejayaan luar biasa komik "Superman" menerusi Action Comics, Bob mula mendapat idea untuk mencipta karakter adiwiranya yang tersendiri.


Pada tahun 1929, karakter Batman diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Bob di dalam Detective Comics. Sehingga kini, francais Batman dikenali di seluruh dunia sebagai antara karakter komik paling berjaya.

Pencipta Jenama Adidas



Adidas adalah antara jenama sukan terbesar di dunia. Ia terkenal di serata dunia dengan mengluarkan pelbagai jenis kelengkapan sukan seperti bola sepak, hoki, olahraga, bola keranjang dan tenis,

Adolf 'Adi' Dassler

Adidas ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Adolf 'Adi' Dassler. Bapanya merupakan seorang pekerja pembuat kasut di sebuah kilang. Selepas menamatkan zaman persekolahan, Adolf menyertai bapanya untuk bekerja di kilang kasut tersebut. Minatnya untuk menghasilkan kasut sendiri membuatkan Adolf mula membuat reka cipta sendiri.


Pada tahun 1924, Adolf bersama abangnya Rudolf menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Gebruder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brother Shoe Factory). Namun, pada tahun 1947, mereka mengambil keputusan untuk berpecah di atas sebab-sebab tertentu. Adolf menubuhkan syarikatnya yang dinamakan Adidas AG manakala Rudolf menubuhkan Puma.

Beg Galas Everlast


Alhamdulillah, sekali lagi nak ucapkan thanks kat Karangkraf dan abg posmen yang hantarkan adiah ni..sebenarnya result pasal contest dah lama keluar, x silap saya pada ujung tahun 2011..saya bajet mmg dah xdapat dah sebab dah lama posmen xhantar pun beg nih..

sekali semalam 14/8/2012, posmen ketuk pintu rumah dan hantarkan bungkusan nih..


First-first ingatkan t-shirt, skali bukak rupanya beg..


Terima kasih daun keladi..

10 Makanan Bakar Lemak



Betul ke ada makanan yang boleh membantu membakar lemak? kalau macam tu, apa kata kita tengok makanan jenis apa yang mampu membantu mendapatkan tubuh yang langsing.

1. Epal
Mengandungi bahan kimia yang dipanggil pektin. Ia juga boleh didapati dalam buah beri dan buah segar yang lain.

2. Kacang soya
Mengandungi lesitin yang mampu menghalang pembentukan lemak.

3. Bawang putih
Mengandungi antibakteria yang membantu mengurangkan kolestrol dan lemak tidak sihat.

4. Buah sitrus : Limau, oren dan lemon
 Mengandungi vitamin C yang berfungsi membakar lemak dan menghalang pembentukan lemak.

5. Lobak merah
Mengandungi karotena iaitu sejenis vitamin A yang membantu sistem penghadaman membuang asid lemak.

6. Asparagus
Mengandungi kimia asparagin iaitu sejenis alkaloid yang membantu kitaran dan mempertingkatkan fungsi buah pinggang.

7. Tauge
Sayuran yang mengandungi banyak khasiat protein untuk membantu meningkatkan sistem metabolisme.

8.Timun
Mengandungi sulfur dan silikon yang baik untuk buah pinggang dan membersihkan asid urik.

9. Seleri
Mengandungi kalsium dan tahap magnesium yang tinggi.

10 Senaman Bakar Kalori



Dah puas berdiet tapi tak juga kurus? Makanan kegemaran pun dah lama tak diusik. Tapi badan ni tetap juga kembang. Jadi, bersenamlah supaya anda bebas untuk makan makanan kegemaran anda. Senarai senaman di bawah ini boleh membantu anda membakar lebih banyak kalori, ayuh praktiskan..

1. Berenang
2. Aerobik
3. Berbasikal
4. Lompat Tali
5. Senaman Zumba
6. Aerobik air
7. Tinju
8. Joging
9. Mesin treadmill
10. Lompat Jack

Tips Berjimat Semasa Shopping



Pernahkah anda melebihi bajet ketika membeli barang-barang keperluan? Pasti ia pernah berlaku kan? Untuk mengelakkannya, apa kata anda gunakan tips-tips di bawah ni sebagai bantuan bagi menganwal bajet anda.

1. JARAK



Pilih kedai yang jaraknya dekat dengan rumah anda. Jadikan kedai tersebut sebagai pilihan utama kerana anda boleh menjimatkan minyak kereta dan masa. Lebih baik jika kedai yang dipilih menyediakan khidmat parking secara percuma.


2. SENARAI



Berbelanja mengikut senarai barang-barang lebih teratur berbanding menghafal senarai barang di dalam kepala. Ia pasti akan ada yang terlebih atau terkurang. Tip mudah supaya pencarian barang-barang lebih teratur adalah dengan menulis senarai barang-barang mengikut kategori. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu berulang-alik untuk mencari barang-barang yang diperlukan.


3. PROMOSI

Lebih baik memilih barang-barang yang mempunyai promosi. Misalnya, beli satu percuma satu atau barang separuh harga. Duit lebihan yang diperuntukkan boleh disimpan atau membeli barangan lain. Ramai yang menolak untuk membeli barangan yang mempunyai promosi dengan alasan tarikh hampir luput. Walhal, perkara tersebut tak pun berlaku sebenarnya.


4. MASA

 

Peruntukan masa untuk setiap barang yang dicari. Bukan apa, biasanya selagi kedai tak tutup, selagi itulah anda berada di dalamnya. Jika anda dah memperuntukkan masa untuk membeli barang, ia lebih menjimatkan masa bahkan setiap barang yang dibeli adalah sama setiap bulan.


5. BORONG

Beli barang-barang keperluan kering seperti rempah-ratus, makanan segera, minuman dan lain-lain dalam kuantiti yang banyak untuk bekalan selama sebulan. Ia lebih baik berbanding membeli dalam kuantiti sedikit tetapi kerap mengeluarkan belanja. Kalau nak ikutkan, harga borong sebenarnya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang setiap unit.

Apa itu Insomnia



Insomnia adalah keadaan di mana seseorang berdepan kesukaran untuk tidur. Terdapat pelbagai terjemahan ke atas insomnia yang dikaitkan dengan keadaan psikologi manusia. Biasanya pesakit insomnia akan mengalami dua jenis keadaan iaitu masalah untuk tidur dan masalah untuk tidur dalam waktu yang mencukupi.

Oleh sebab itu, insomnia dianggap sebagai satu simptom dan petanda yang berkait rapat dengan gaya hidup seseorang. Pelbagai faktor luaran yang boleh menyebabkan insomnia. Antaranya adalah pengambilan ubat tertentu, masalah psikologi dan tekanan perasaan.

Insomnia boleh dihidapi oleh pelbagai peringkat umur. Tahap insomnia dikategorikan ke dalam 3 jenis kelas primary, secondary dan comorbid.

Khasiat Buah Delima



Buah delima @ pomegranate

Terkenal dengan jolokan superfruit, buah delima sering dipandang sepi oleh masyarakat dengan alasan sukar diperoleh, mahal dan tidak tahu cara makan. Padahal, ia penuh dengan khasiat.

1. Mengandungi antioksidan yang tinggi, terdiri dari asid alagik yang baik.

2. Membantu menghalang plak daripada berlonggok dalam salur darah.

3. Membantu memusnahkan pertumbuhan sel kanser.

4. Mengurangkan paras kolesterol jahat dan meningkatkan paras kolesterol baik.

5. Membantu masalah saluran pencernaan dan buasir.

6. Membantu mencegah penyakit nyanyuk atau Alzheimer.

7. Mencantikkan dan melembutkan kulit.

Pencipta Mutiara Naga @ Dragon Ball



Akira Toriyama

Individu yang bertanggungjawab menghasilkan dan mencipta manga "Dragon Ball" adalah Akira Toriyama. Beliau merupakan pelukis dan penulis yang dilahirkan pada 5 April 1955 di Nagoya, Jepun. Karya Akira Toriyama yang pertama diterbitkan pada tahun 1979. Manga tersebut adalah "Wonder Island" yang dikeluarkan menerusi komik mingguan terkenal di Jepun iaitu Weekly Shonen Jump.

Manga ke-2 Akira Toriyama "Dr. Slump"
Namun, namanya mula menjadi sebutan menerusi manga kedua ciptaannya iaitu "Dr. Slump". Pada 1982, manga tersebut dianugerahkan sebagai manga terbaik di "Shogakukan manga Award". Selepas kejayaan tersebut, Akira menghasilkan pula manga "Dragon Ball". Ia bukan sahaja berjaya meraih sambutan luar biasa di Jepun, malah di seluruh dunia.


Manga Dragon Ball atau lebih dikenali sebagai Mutiara naga di Malaysia.
Sehingga kini, dianggarkan lebih 200 juta unit manga "Dragon Ball" berjaya dijual di seluruh dunia, sekaligus menjadikannya sebagai antara manga paling berjaya dalam sejarah.
Roberto Baggio

Roberto Baggio adalah bekas pemain bola sepak dari Itali yang sangat dikagumi ramai kerana kelincahannya. Pemain yang dilahirkan pada 18 Februari 1967 di Caidogno, Itali adalah antara pemain terbaik yang pernah muncul dari negara tersebut.

Bermain di posisi menyerang dan perancang tengah, Roberto memenangi anugerah "Ballon d'Or" (Anugerah permain Terbaik Eropah) dan Pemain Terbaik FIFA pada tahun 1993. Dia juga merupakan bekas kapten yang membimbing Itali di kejohanan Piala Dunia.

Sepanjang kariernya, Roberto mewakili negaranya sebanyak 3 edisi Piala Dunia & merupakan satu-satunya pemain Itali yang menjaringkan gol di 3 kejohanan tersebut. Antara kelab yang pernah diwakilinya adalah Vicenza, Fiorentina, juventus, AC Milan, Internazionale, Bologna & Brescia.

Pencipta Youtube


Dari kiri ; Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim

Youtube merupakan sebuah alam sosial perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia dicipta oleh 3 orang sahabat iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Mereka merupakan bekas pekerja syarikat urusan jual beli online terkenal iaitu PayPal.

Pada awalnya, Chad dan Steve mula mendapat idea untuk mencipta Youtube pada awal tahun 2005. Ia bermula selepas mereka berdepan dengan masalah untuk memuat naik video ke internet semasa berada di San Francisco.

Jawed kemudian menyertai mereka berdua untuk merangka penciptaan Youtube. mereka bertiga kemudian berjaya meyakinkan sebuah syarikat pelaburan iaitu Sequoia Capital untuk menyuntik modal sebanyak USD11 juta (RM34.96 juta). Pada 23 April 2005. jawed memuat naik video pertama ke Youtube yang bertajuk "Me at the zoo".

 
Video pertama di Youtube yang diupload oleh Jawed bertajuk "Me at the zoo"

Lain-lain artikel yang best!