Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

Thursday, September 2, 2021

Pembayaran Gaji Youtuber ke-3

 Alhamdulillah,

 


Pembayaran gaji ke-3 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..

Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..

Salam..

Saturday, July 24, 2021

Youtuber Mukbang terlalu ramai!

Salam guys..

 


harini nak bercerita sikit tentang youtuber mukbang/ASMR..ala yang makan2 tu cam Isaac Osman atau SYEDOT ASMR..bg aku memang senang buat video makan2 ni..

tetapi..terlalu ramai youtuber pemula yang buat video pasal makan2 ni..senang buat video, tapi agak susah nak celen yang senior2 ni..youtuber pemula yang pilih niche makan2 ni kena buat suatu idea yang fresh..cam Kate Yup ke..lain dari yang lain..

Aku masih lagi support youtuber2 pemula ni, terutama youtuber yang subs dia bawah 1000..sekiranya dah capai 1k subs, mungkin kurang sikit aku nya support tu.., tapi tu la, video mereka kena 'outstanding' baru orang ingat..nak capai 1k subs mungkin senang, tapi 4k jam tayang tu yang paling challenge..

tapi rezeki masing2 kan..usaha tangga kejayaan..

Wednesday, May 5, 2021

2K Subsribers

 Alhamdullillah guys,

 


Youtube Duit Dari Online dah mencecah 2000 subscribers pada 5 Mei 2021, lagi seminggu nak Hari Raya Aidilfitri..bukan senang channel bukan hiburan nak capai 2K subscribers..terima kasih kepada supporter2 sekalian..jasa kalian juga tidak aku lupakan dengan view dan like video2 youtube pemula yang lain..

Terima kasih banyak2 guys..

Wednesday, December 9, 2020

Dah boleh monetize!

Alhamdulillah guys,

Setelah hampir 1 tahun menunggu, akhirnya aku dah berjaya melepasi syarat untuk monetize di Youtube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Secara jujurnya guys bukan mudah nak lepas syarat dia terutamanya 4000 jam tontonan. Sepanjang aku giat dalam bidang Youtube ni, dah banyak aku tengok Youtuber pemula yang give-up kerana tidak berjaya melepasi 4000 jam tontonan.

 

Aku bermula dengan video yang pertama pada penghujung Januari 2020. Sehingga hari ini, aku dah berjaya upload 84 video. Tu pun ada yang video untuk saja-saja upload. Sekadar untuk update video terkini dan contentnya agak kurang menarik. Tapi tak per sebab aku ada juga tgk youtuber yang hari2 upload video 'sampah' dia, tapi berjaya gak monetize...serius guys, aku pun terkejut jugak..ko bayangkan la video-video yg macam tak begitu berfaedah, contoh video dia panjat pokok mangga, video dia basuh sangkar kucing, video unboxing milo paket 2kg pun ada!..damn! Kalau artis aku tak kisah, tapi orang biasa..sapa nak tgk bhaiiii..video unboxing milo 2kg???!! Aduyai..WTF

Pe2 pun aku bukan nak condem org, mungkin tu cara dia, rezeki dia..biarlah janji dia tak kacau idup kita..apa2 pun guys, nak buat sesuatu konsistensi kena ada, jgn mudah give-up..aku dulu time buat adsense blog pun memang susah nak give-up..time buat adsense blog dulu lagi susah nak dapat earning..kalau setakat 1k unique visitor ke blog korang, sebulan memang dapat ciput je la duit adsense, tak sampai RM10 sebulan, baik ko keje 7E lg byk boleh dapat..nak jana wang yang banyak melalui adsense website/blog ni perlukan jumlah unique visitor yang banyak, kalau boleh ratus ribu sehari, baru la boleh cashout ribu2 sebulan.. 

Aku quit adsense blog pun sebab aku kena ban, disebabkan invalid click atau dalam bahasa yang lebih mudah iaitu klik iklan kita sendiri atau suruh orang lain tolong klikkan iklan..haha, dari situ lepas kena banned, dah tak boleh buat akaun adsense lagi..

Aku harap ada sinar harapan nak buat adsense Youtube ni..sebab aku gunakan gmail dan IP baru utk mendaftar..kalau nak guna ID dulu memang dah tak boleh..Banned seumur hidup tu..damn Google..

Kepada supporter aku di Youtube, anda tahu la anda siapa..yang selalu comment di setiap video aku, aku ucapkan ribuan terima kasih. Kita kena saling support each other. Sebagai youtube permula, anda TAK BOLEH SOMBONG..setiap kali ada comment, pastikan anda reply, jangan hanya klik like atau love sahaja..bila ada orang nak sub4sub, kita bantu juga dia..bila org dah bantu kita, kita pula kena bantu dia..jgn buat donno plak, memang lepas tu org tu unsubscribe la kau balik..

Ok guys, itu sahaja la celoteh aku utk kali ni. Blog ini pun aku dah jarang update disebabkan sibuk buat content youtube..nak edit video bukan kaleng2, paling busuk pun sejam kena dok mengadap komputer..bukan senang nak senang..pe2 pun guys selamat beramal dan Assalamualaikum..

Bagi sesiapa yang belum subscribe channel Youtube aku lagi, boleh la klik SUBSCRIBE..subscribe itu percuma guys, terima kasih banyak2..

KLIK SINI UNTUK SUBSCRIBE

Wednesday, April 15, 2020

Hidup dalam tempoh PKP

Salam semua..


Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ni memang aku tak banyak bergerak ke mana-mana. Banyak pergi kerja dan hantar anak ke rumah pengasuh. Bulan March ni aku cuti 5 hari jea..korang bayangkan la..Memang tak boleh nak cuti sangat sebab aku anggota kesihatan..
lagipun kalau cuti, rugi plak cuti rehat aku, dah la ada 25 hari je setahun..Ahad lepas aku cuti sepanjang hari, aku habiskan dengan kemaskan rumah, lipat baju, iron baju, gunting rambut..aha, tak lupa juga banyak habiskan masa depan pc..



Sejak ada project youtube ni, banyak masa aku habiskan depan PC untuk 'bina' channel baru aku. Kota Rom bukan dibina dalam satu hari..so kena struggle sekarang jika nak senang di masa hadapan..Pokok durian tu pun kena amek masa berpuluh tahun nak makan hasilnya..Kita patut bersyukur sebenarnya pada mak, ayah, atok, opah, moyang kita dulu yang banyak membantu kita dalam membina hidup kita yang sekarang..

Sebenarnya banyak lagi cara kita boleh dapat duit dari internet ni, jgn kita fokus pada yang satu je kawan2..macam aku sendiri, aku tak fokus pada satu..kena buat multiple source of income..baru la boleh dapat banyak sikit..neobux, microworkers, jual barang di mudah/shopee..itu adalah salah satu source income aku dari internet..selain kerja hakiki, aku ada juga buat overtime, selain tu ada gak pendapatan yang dapat setahun sekali iaitu asnb dan tabung haji..itu yang aku mention tadi, multiple source of income..jangan harapkan pada 1 kerja sahaja..banyakkan kerja supaya kita boleh dapat rezeki dari pelbagai sumber..

Dan yang akhir sekali, korang jangan lupa bersedekah..dalam duit yang kita dapat tu, bukan 100% semua hak kita..ada gak hak anak-anak yatim, hak ibu tunggal, hak gelandangan..jgn risau kerana harta yang kita sedekah tu, tuhan dah janjikan kita akan dapat balik 10 kali ganda..janji sedekah kena lah ikhlas..

Ok la kawan2, aku chow dulu..ni pun aku menaip di tempat kerja..curi2 tulang sikit..hahaha

Thursday, March 26, 2020

2 Bulan Di Youtube


Alhamdulillah..

Dah 2 bulan 3 hari sejak video aku yang pertama di upload di Youtube dalam cubaan aku nak jadi Youtuber yang sebenar-benarnya. Iaitu upload video sendiri 100% takda amek hak milik orang lain..Fuhh, memang susah beb..patut la orang marah kalau video/muzik dorang diciplak..

Bayangkan penat jerih kita rakam, edit, upload ke youtube, tetiba orang ciplak..mak aih, memang berapi..sekarang aku merasa buat content sendiri bukannya senang. Dulu ye la, amek je content orang, edit sikit pastu upload..

Ketika artikel ini ditulis, dah ada 182 subscriber..itu pun atas jasa sub for subs..maklum lah channel baru nak up memang payah sikit nak maju, melainkan kau artis atau public figure yang orang dah kenal. Memang cepat naik subs dan views. Untuk kita yang biasa-biasa ni memang struggle sikit..Tapi takpa la, janji jangan cepat mengalah dan berputus asa..

Aku bajet mungkin hujung tahun ni baru cukup 1000 subs..hurm, bila dah cukup subs kena cukup view pulak 4000 jam tontonan...Bukan senang nak senang..

Wednesday, January 29, 2020

Channel Youtube Pertama



Sejak Youtube dah di ambil oleh Google, maka adsense pun mula boleh dipasang di Youtube. Maka ramai la anak-anak muda berebut-rebut buka channel Youtube sendiri. Dari blog dah jadi vlog. Ramai dah beralih dari blogspot ke Youtube. Mungkin anak-anak muda sekarang dah malas membaca blog orang di Blogspot. Mereka lebih suka menonton vlog di Youtube. Hurm..itu hanya la sekadar pendapat aku..

Oleh kerana peredaran zaman, maka aku pun nak buat channel Youtube sendiri. Sebelum ni dah ada, cuma aku selalu upload video orang dan sebab itu adsense tak boleh di pasang di channel Youtube aku kerana syarat-syarat Youtube yang semakin ketat mahukan setiap youtuber buat content dan video sendiri, maka aku pun tergerak hati ingin mencipta lagi satu channel Youtube aku sendiri berniche duit dari internet diberi nama 'Duit Dari Online'. Sempena nama laman web/blogger aku ni.

Salah satu video yang aku buat :



Jom support : Youtube Duit Dari Online


Friday, August 3, 2012

Pencipta Youtube


Dari kiri ; Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim

Youtube merupakan sebuah alam sosial perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia dicipta oleh 3 orang sahabat iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Mereka merupakan bekas pekerja syarikat urusan jual beli online terkenal iaitu PayPal.

Pada awalnya, Chad dan Steve mula mendapat idea untuk mencipta Youtube pada awal tahun 2005. Ia bermula selepas mereka berdepan dengan masalah untuk memuat naik video ke internet semasa berada di San Francisco.

Jawed kemudian menyertai mereka berdua untuk merangka penciptaan Youtube. mereka bertiga kemudian berjaya meyakinkan sebuah syarikat pelaburan iaitu Sequoia Capital untuk menyuntik modal sebanyak USD11 juta (RM34.96 juta). Pada 23 April 2005. jawed memuat naik video pertama ke Youtube yang bertajuk "Me at the zoo".

 
Video pertama di Youtube yang diupload oleh Jawed bertajuk "Me at the zoo"