Alhamdulillah,
Pembayaran gaji ke-3 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..
Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..
Salam..
Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Alhamdulillah,
Pembayaran gaji ke-3 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..
Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..
Salam..
Salam guys..
harini nak bercerita sikit tentang youtuber mukbang/ASMR..ala yang makan2 tu cam Isaac Osman atau SYEDOT ASMR..bg aku memang senang buat video makan2 ni..
tetapi..terlalu ramai youtuber pemula yang buat video pasal makan2 ni..senang buat video, tapi agak susah nak celen yang senior2 ni..youtuber pemula yang pilih niche makan2 ni kena buat suatu idea yang fresh..cam Kate Yup ke..lain dari yang lain..
Aku masih lagi support youtuber2 pemula ni, terutama youtuber yang subs dia bawah 1000..sekiranya dah capai 1k subs, mungkin kurang sikit aku nya support tu.., tapi tu la, video mereka kena 'outstanding' baru orang ingat..nak capai 1k subs mungkin senang, tapi 4k jam tayang tu yang paling challenge..
tapi rezeki masing2 kan..usaha tangga kejayaan..
Alhamdullillah guys,
Youtube Duit Dari Online dah mencecah 2000 subscribers pada 5 Mei 2021, lagi seminggu nak Hari Raya Aidilfitri..bukan senang channel bukan hiburan nak capai 2K subscribers..terima kasih kepada supporter2 sekalian..jasa kalian juga tidak aku lupakan dengan view dan like video2 youtube pemula yang lain..
Terima kasih banyak2 guys..
Alhamdulillah guys,
Setelah hampir 1 tahun menunggu, akhirnya aku dah berjaya melepasi syarat untuk monetize di Youtube iaitu 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan. Secara jujurnya guys bukan mudah nak lepas syarat dia terutamanya 4000 jam tontonan. Sepanjang aku giat dalam bidang Youtube ni, dah banyak aku tengok Youtuber pemula yang give-up kerana tidak berjaya melepasi 4000 jam tontonan.
Aku bermula dengan video yang pertama pada penghujung Januari 2020. Sehingga hari ini, aku dah berjaya upload 84 video. Tu pun ada yang video untuk saja-saja upload. Sekadar untuk update video terkini dan contentnya agak kurang menarik. Tapi tak per sebab aku ada juga tgk youtuber yang hari2 upload video 'sampah' dia, tapi berjaya gak monetize...serius guys, aku pun terkejut jugak..ko bayangkan la video-video yg macam tak begitu berfaedah, contoh video dia panjat pokok mangga, video dia basuh sangkar kucing, video unboxing milo paket 2kg pun ada!..damn! Kalau artis aku tak kisah, tapi orang biasa..sapa nak tgk bhaiiii..video unboxing milo 2kg???!! Aduyai..WTF
Pe2 pun aku bukan nak condem org, mungkin tu cara dia, rezeki dia..biarlah janji dia tak kacau idup kita..apa2 pun guys, nak buat sesuatu konsistensi kena ada, jgn mudah give-up..aku dulu time buat adsense blog pun memang susah nak give-up..time buat adsense blog dulu lagi susah nak dapat earning..kalau setakat 1k unique visitor ke blog korang, sebulan memang dapat ciput je la duit adsense, tak sampai RM10 sebulan, baik ko keje 7E lg byk boleh dapat..nak jana wang yang banyak melalui adsense website/blog ni perlukan jumlah unique visitor yang banyak, kalau boleh ratus ribu sehari, baru la boleh cashout ribu2 sebulan..
Aku quit adsense blog pun sebab aku kena ban, disebabkan invalid click atau dalam bahasa yang lebih mudah iaitu klik iklan kita sendiri atau suruh orang lain tolong klikkan iklan..haha, dari situ lepas kena banned, dah tak boleh buat akaun adsense lagi..
Aku harap ada sinar harapan nak buat adsense Youtube ni..sebab aku gunakan gmail dan IP baru utk mendaftar..kalau nak guna ID dulu memang dah tak boleh..Banned seumur hidup tu..damn Google..
Kepada supporter aku di Youtube, anda tahu la anda siapa..yang selalu comment di setiap video aku, aku ucapkan ribuan terima kasih. Kita kena saling support each other. Sebagai youtube permula, anda TAK BOLEH SOMBONG..setiap kali ada comment, pastikan anda reply, jangan hanya klik like atau love sahaja..bila ada orang nak sub4sub, kita bantu juga dia..bila org dah bantu kita, kita pula kena bantu dia..jgn buat donno plak, memang lepas tu org tu unsubscribe la kau balik..
Ok guys, itu sahaja la celoteh aku utk kali ni. Blog ini pun aku dah jarang update disebabkan sibuk buat content youtube..nak edit video bukan kaleng2, paling busuk pun sejam kena dok mengadap komputer..bukan senang nak senang..pe2 pun guys selamat beramal dan Assalamualaikum..
Bagi sesiapa yang belum subscribe channel Youtube aku lagi, boleh la klik SUBSCRIBE..subscribe itu percuma guys, terima kasih banyak2..