Showing posts with label youtube creator. Show all posts
Showing posts with label youtube creator. Show all posts

Saturday, December 25, 2021

Pembayaran ke-4 dan ke-5 dari Youtube

 

 Alhamdulillah,

 



Pembayaran gaji ke-4 dan ke-5 dari Youtube..moga berkekalan hingga ke anak cucu..

Yang masih mencari 1k subs dan 4k jam tayangan, jangan putus asa dan teruskan membuat video..kalau boleh pos hari2..

Salam..

Thursday, March 26, 2020

2 Bulan Di Youtube


Alhamdulillah..

Dah 2 bulan 3 hari sejak video aku yang pertama di upload di Youtube dalam cubaan aku nak jadi Youtuber yang sebenar-benarnya. Iaitu upload video sendiri 100% takda amek hak milik orang lain..Fuhh, memang susah beb..patut la orang marah kalau video/muzik dorang diciplak..

Bayangkan penat jerih kita rakam, edit, upload ke youtube, tetiba orang ciplak..mak aih, memang berapi..sekarang aku merasa buat content sendiri bukannya senang. Dulu ye la, amek je content orang, edit sikit pastu upload..

Ketika artikel ini ditulis, dah ada 182 subscriber..itu pun atas jasa sub for subs..maklum lah channel baru nak up memang payah sikit nak maju, melainkan kau artis atau public figure yang orang dah kenal. Memang cepat naik subs dan views. Untuk kita yang biasa-biasa ni memang struggle sikit..Tapi takpa la, janji jangan cepat mengalah dan berputus asa..

Aku bajet mungkin hujung tahun ni baru cukup 1000 subs..hurm, bila dah cukup subs kena cukup view pulak 4000 jam tontonan...Bukan senang nak senang..

Friday, August 3, 2012

Pencipta Youtube


Dari kiri ; Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim

Youtube merupakan sebuah alam sosial perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia dicipta oleh 3 orang sahabat iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Mereka merupakan bekas pekerja syarikat urusan jual beli online terkenal iaitu PayPal.

Pada awalnya, Chad dan Steve mula mendapat idea untuk mencipta Youtube pada awal tahun 2005. Ia bermula selepas mereka berdepan dengan masalah untuk memuat naik video ke internet semasa berada di San Francisco.

Jawed kemudian menyertai mereka berdua untuk merangka penciptaan Youtube. mereka bertiga kemudian berjaya meyakinkan sebuah syarikat pelaburan iaitu Sequoia Capital untuk menyuntik modal sebanyak USD11 juta (RM34.96 juta). Pada 23 April 2005. jawed memuat naik video pertama ke Youtube yang bertajuk "Me at the zoo".

 
Video pertama di Youtube yang diupload oleh Jawed bertajuk "Me at the zoo"