Friday, August 3, 2012

Pencipta Mutiara Naga @ Dragon Ball



Akira Toriyama

Individu yang bertanggungjawab menghasilkan dan mencipta manga "Dragon Ball" adalah Akira Toriyama. Beliau merupakan pelukis dan penulis yang dilahirkan pada 5 April 1955 di Nagoya, Jepun. Karya Akira Toriyama yang pertama diterbitkan pada tahun 1979. Manga tersebut adalah "Wonder Island" yang dikeluarkan menerusi komik mingguan terkenal di Jepun iaitu Weekly Shonen Jump.

Manga ke-2 Akira Toriyama "Dr. Slump"
Namun, namanya mula menjadi sebutan menerusi manga kedua ciptaannya iaitu "Dr. Slump". Pada 1982, manga tersebut dianugerahkan sebagai manga terbaik di "Shogakukan manga Award". Selepas kejayaan tersebut, Akira menghasilkan pula manga "Dragon Ball". Ia bukan sahaja berjaya meraih sambutan luar biasa di Jepun, malah di seluruh dunia.


Manga Dragon Ball atau lebih dikenali sebagai Mutiara naga di Malaysia.
Sehingga kini, dianggarkan lebih 200 juta unit manga "Dragon Ball" berjaya dijual di seluruh dunia, sekaligus menjadikannya sebagai antara manga paling berjaya dalam sejarah.