Thursday, August 16, 2012

Pencipta Jenama Adidas



Adidas adalah antara jenama sukan terbesar di dunia. Ia terkenal di serata dunia dengan mengluarkan pelbagai jenis kelengkapan sukan seperti bola sepak, hoki, olahraga, bola keranjang dan tenis,

Adolf 'Adi' Dassler

Adidas ditubuhkan pada tahun 1948 oleh Adolf 'Adi' Dassler. Bapanya merupakan seorang pekerja pembuat kasut di sebuah kilang. Selepas menamatkan zaman persekolahan, Adolf menyertai bapanya untuk bekerja di kilang kasut tersebut. Minatnya untuk menghasilkan kasut sendiri membuatkan Adolf mula membuat reka cipta sendiri.


Pada tahun 1924, Adolf bersama abangnya Rudolf menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Gebruder Dassler Schuhfabrik (Dassler Brother Shoe Factory). Namun, pada tahun 1947, mereka mengambil keputusan untuk berpecah di atas sebab-sebab tertentu. Adolf menubuhkan syarikatnya yang dinamakan Adidas AG manakala Rudolf menubuhkan Puma.