Friday, August 10, 2012

Tips Berjimat Semasa Shopping



Pernahkah anda melebihi bajet ketika membeli barang-barang keperluan? Pasti ia pernah berlaku kan? Untuk mengelakkannya, apa kata anda gunakan tips-tips di bawah ni sebagai bantuan bagi menganwal bajet anda.

1. JARAK



Pilih kedai yang jaraknya dekat dengan rumah anda. Jadikan kedai tersebut sebagai pilihan utama kerana anda boleh menjimatkan minyak kereta dan masa. Lebih baik jika kedai yang dipilih menyediakan khidmat parking secara percuma.


2. SENARAI



Berbelanja mengikut senarai barang-barang lebih teratur berbanding menghafal senarai barang di dalam kepala. Ia pasti akan ada yang terlebih atau terkurang. Tip mudah supaya pencarian barang-barang lebih teratur adalah dengan menulis senarai barang-barang mengikut kategori. Sekurang-kurangnya anda tidak perlu berulang-alik untuk mencari barang-barang yang diperlukan.


3. PROMOSI

Lebih baik memilih barang-barang yang mempunyai promosi. Misalnya, beli satu percuma satu atau barang separuh harga. Duit lebihan yang diperuntukkan boleh disimpan atau membeli barangan lain. Ramai yang menolak untuk membeli barangan yang mempunyai promosi dengan alasan tarikh hampir luput. Walhal, perkara tersebut tak pun berlaku sebenarnya.


4. MASA

 

Peruntukan masa untuk setiap barang yang dicari. Bukan apa, biasanya selagi kedai tak tutup, selagi itulah anda berada di dalamnya. Jika anda dah memperuntukkan masa untuk membeli barang, ia lebih menjimatkan masa bahkan setiap barang yang dibeli adalah sama setiap bulan.


5. BORONG

Beli barang-barang keperluan kering seperti rempah-ratus, makanan segera, minuman dan lain-lain dalam kuantiti yang banyak untuk bekalan selama sebulan. Ia lebih baik berbanding membeli dalam kuantiti sedikit tetapi kerap mengeluarkan belanja. Kalau nak ikutkan, harga borong sebenarnya lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang setiap unit.