Pengalaman hidup mengajar kita supaya menjadi lebih matang dan dewasa..
Tuesday, April 16, 2013
Sejarah Suzuki Swift
Kereta Suzuki Swift adalah sejenis kereta yang dihasilkan oleh syarikat otomobil gergasi Jepun, Suzuki. Kereta yang tergolong dalam kelas subcompact itu mula diperkenalkan pada tahun 2000. Selain dikenali dengan nama Suzuki Swift, ia turut dukenali sebagai Suzuki Cultus di beberapa buah negara Eropah, Australia, India dan Amerika Utara.
Generasi pertama Suzuki Swift diperkenalkan bagi menggantikan Suzuki Cultus. Di luar Jepun, ia dipasarkan dengan menggunakan nama Suzuki Ignis. Ia boleh didapati dengan pilihan pacuan roda depan dan empat roda.
Generasi ke-2 pula diperkenalkan pada tahun 2004. Kemunculannya dikatakan memberi nafas baru kepada rekabentuk serta gaya sporty yang cukup digemari oleh golongan muda. Sambutan baik yang diterima membuatkan Suzuki memperkenalkan generasi ketiga pada tahun 2010 dan mempunyai rekabentuk yang lebih radikal dengan perincian yang mengagumkan.