Monday, March 5, 2012

Kebaikan susu



Mengambil sekurang-kurangnya segelas susu sehari merupakan amalan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

1) Untuk mengelakkan masalah osteoporosis dan kerapuhan tulang terutamanya kaum wanita, disarankan mengambil susu rendah lemak dua gelas setiap hari lebih-lebih lagi usia semakin meningkat.

2) Merupakan minuman lengkap yang sangat diperlukan kerana mengandungi semua nutrien kecuali zat besi dan vitamin C.

3) Susu datang dengan pelbagai peratusan lemak di mana korang boleh peroleh mengikut keperluan. Namun dinasihatkan orang dewasa memilih susu rendah lemak.

4) Merupakan sumber protein yang sangat mencukupi tanpa mengambil sumber lain. Disebabkan itu, kanak-kanak memerlukan susu yang cukup untuk tumbesaran manakala kesihatan yang baik untuk orang dewasa.



5)Merupakan sumber tenaga yang baik kerana mengandungi laktosa gula susu.

6) Lemak susu mempunyai vitamin A dan D yang penting untuk sistem imun dan mencegah penglihatan yang kurang bagus.

7) Kaya dengan kalsium untuk kekuatan tulang dan gigi.

8) Kandungan vitamin B mencegah penyakit anemia dan membantu menghasilkan pengeluaran sel darah merah.

9) Potassium pula melindungi hati dan mengekalkan tekanan darah. Selain itu, susu mampu mencegah kanser usus serta kanser payudara.