Wednesday, February 29, 2012

Sejarah konsol Sony Playstation


Playstation merupakan sebuah peranti permainan digital keluaran Sony, syarikat pengeluar barangan elektronik gergasi dari Jepun. Ia merupakan sebuah peranti hasil idea seorang eksekutif Sony yang juga bekas jurutera 'hardware' bernama Ken Kutaragi.

Ken Kutagari. Idea beliau mencetuskan peranti konsol yang terkenal di serata dunia iaitu Playstation.


Ken Kutagari kini digelar 'Father of the Playstation'. Proses kajian dan penghasilan Playstation bermula pada tahun 1986. Pada mulanya, ia merupakan sebuah projek hasil usaha sama antara Sony dengan Nintendo yang mahu mencipta CD-ROM bagi konsol Super Nintendo. Walaubagaimanapun, Sony mengambil langkah drastik apabila mengeluarkan konsolnya sendiri.

Playstation X atau PSX

Playstation mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1991 di Consumer Electronic Show. Playstation kemudiannya dipasarkan ke seluruh dunia pada tahun 1994. Ia kemudiannya disusuli oleh Playstation 2 (2000) dan Playstation 3 (2006).


Konsol Playstation Pertama. Dikeluarkan pada Disember 1994.

Konsol PSone, versi Playstation pertama yang telah dimampatkan. Ianya boleh dimainkan menggunakan LCD mini yang boleh dibeli berasingan. Dikeluarkan pada 7 Julai 2000.

Konsol PS2 yang pertama(kiri) dan versi slim (kanan). Dikeluarkan pada tahun 2000.

Konsol Playtstation 3 yang asli(kanan) sebelum di'slim'kan disebelah kiri. Dikeluarkan pada 11 November 2006.





Sony Playstation Portable yang asli. Dikeluarkan pada bulan March 2005.




Sony Playstation Portable Slim and Lite yang juga dikenali sebagai PSP 2000. Dikeluarkan pada bulan September 2007.


PSP Go. Dikeluarkan pada bulan Oktober 2009.


PSP E1000. Dikeluarkan pada November 2011.



Playstation Vita. Konsol terbaru Playstation sudahpun dipasarkan ke Asia pada Disember 2011 dan akan berada di pasaran Amerika pada Februari 2012.