Sunday, February 5, 2012

Tips Jimat Minyak Kereta



Harga minyak sekarang boleh dikatakan tinggi. Oleh itu bebanan kewangan antara kita pun dah meningkat. Apa yang boleh kita buat untuk mengurangkan bebanan ini? Hurm, jom berjimat! Ikuti tips di bawah untuk menjimatkan wang kita membeli petrol :)

1) ISI MINYAK PADA WAKTU PAGI @ MALAM

Kenapa perlu isi minyak pada waktu pagi dan malam(waktu sejuk)? Ia bertujuan untuk mengurangkan gas dalam petrol @ diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang ketika hari panas di mana setiap liter yang di isi akan rugi disebabkan haba petrol bercampur dengan lebihan gas.



2) ISI MINYAK SEHINGGA TANGKI PENUH

Dicadangkan isi minyak penuh semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru nak isi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.


3) KELAJUAN TETAP

Pandulah kereta dengan kadar sederhana, tak terlalu laju @ tak terlalu perlahan. 70-90 km/j adalah bersesuaian dengan kadar kelajuan dyang ditetapkan. Semakin laju kereta dipandu, semakin banyak minyak yang digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta.



4) ANGIN TAYAR

Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik akan memastikan cengkaman tayar yang sesuai. Ternyata ia menjimatkan minyak.


5) PATUHI JADUAL PENYELENGGARAAN

Enjin yang diservis dengan teratur akan berfungsi dengan baik. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ia bertujuaan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis minyak diperiksa atau ditukar bila perlu.


6) KURANGKAN BEBAN KERETA

Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban, semakin banyak tenaga dan minyak yang digunakan.


7) PANASKAN ENJIN SELAMA 30 SAAT

Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih dari 30 saat bukan sahaja membazirkan minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak.


8) ELAK MENUNGGU DENGAN ENJIN YANG MASIH HIDUP

Sekiranya terpaksa menunggu seseorang, matikan enjin. Lebih mudah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu satu minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.



9) KURANGKAN GUNA PENGHAWA DINGIN

Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tak memerlukan penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin keluar masuk. Jangan buka tingkap terlalu luas.