Wednesday, February 15, 2012

Khasiat madu sebagai penawar kulit


Bukan hanya untuk kesihatan tubuh badan sahaja, tetapi madu juga sangat bermanfaat untuk memelihara dan menjamin kesihatan kulit.

Pelembap



Madu sering digunakan sebagai pelembap dalam perlbagai jenis kosmetik. Madu tidak hanya kalis air tetapi mempertahankan kulit sehingga tetap kenyal dan elastik untuk melindungi kulit dari kering dan berkedut.


Antiseptik



Madu memiliki sifat antibakteria dan antimikrob yang memberi sifat-sifat penyembuhan luka dan melecet.


Mencegah jangkitan

Penyakit kulit yang disebabkan olehcacing gelang juga boleh diubati menggunakan madu manuka.


Anti Penuaan


Bersifat antioksidan yang mampu melindungi kerosakan kulit akibat sinar ultra violet. Madu boleh digunakan sebagai pelindung tabir suria untuk melindungi kulit darisinar matahari.


Anti Jerawat


Madu membantu melawan jangkitan di bawah kulit akibat sumbatan pori-pori dan menarik kotoran keluar. Madu juga memiliki sifat aktif yang mampu menembus folikel serta membunuh bakteria yang menyebabkan punca jerawat.


Perlindungan bibir

Madu membantu mengatasi masalah bibir pecah-pecah dan kering sehingga membuatnya lebih halus dan lembut.


Pengelupasan kulit

Madu membantu mengangkat sel kulit mati di permukaan luar kulit.