Sunday, February 5, 2012

Perpustakaan Raja Tun Uda / Perpustakaan Shah Alam


Permandangan bangunan perpustakaan Tun Raja Uda yang nampak moden dan canggih.


Perpustakaan! Apa yang bermain di benak fikiran korang saat ini? Buku-buku lama yang agak berbau dan suasana bosan yang bakal membuatkan korang menguap tak henti-henti? Tinggalkan semua persepsi negatif korang tu dan rasai pengalaman berbeza bersantai dan menimba ilmu di Perpustakaan Awan Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Saat kaki menyusun langkah memasuki bangunan yang menelan belanja RM70 juta ini, mata hampir tidak berkelip kerana rasa tak percaya. Indah btol! Kalah perpustakaan negara kalau gini. Ia tak ubah seperti memasuki bahagian lobi kapal mewah @ pusat beli belah terkemuka.

Kaunter pertanyaan. Kalau sesat ke leh tanya kat pegawai yang bertugas..Malu bertanya sesat jalan..

Apa yang perlu anda ingat adalah kita perlu menanggalkan kasut dan memasukkannya ke dalam tempat khas yang disediakan. Ia perlu dilakukan atas dasar kebersihan disamping dapat menjimatkan kos penyelenggaraan. Sesuai dengan konsep menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua, korang haruslah memberikan kerjasama 100% dan menjaga kebersihan. Korang bebas menggunakan ruang yang ada untuk membaca atau menjalankan aktiviti riadah. Baca sambil baring-baring pun tak da hal punya lah! Best tol..

Pemandangan dari tingkat 6

Berkeluasan 18,921,91 meter persegi dengan 6 tingkat semuanya menjanjikan kunjungan yang tidak menghampakan. Dekorasi dalamannya yang sangat moden memberikan keterujaan maksimum untuk terus berada di sini. Masa seolah-olah terhenti kerana setiap tingkaat mempunyai keistimewaan tersendiri dengan tema dan warna yang berlainan. Bayangkan bagaimana rasanya bila korang sedang menyertai eksplorasi ilmu tatkala berada di sini. Tetapkan tujuan dan susuri laluan kejayaan yang disediakan. Papan tanda dan petunjuk arah disediakan di setiap aras bagi memudahkan korang. Jangan risau sebab korang takkan sesat.

Pemandangan dari tingkat bawah. Sekiranya anda lenguh duduk di kerusi, anda boleh beralih dan duduk di sofa yang disediakan. Memang rileks..


Kemudahan yang disediakan pihak perpustakaan boleh dikatakan yang terbaik di dalam negara. Ia merupakan satu-satunya perpustakaan awam di dunia yang mempunyai teater 6D dengan simulasi pergerakan kerusi yang mencetuskan deruan andrenalin! Ingin mencuba? Korang hanya perlu membayar RM10 untuk merasai pengalaman yang menakjubkan ini. Mini 3D teater juga disediakan untuk tayangan filem-filem 3D. Bukan kat pawagam je leh layan 3D yea..Selain dari itu, korang juga boleh berhibur di bilik visual yang menyediakan kerusi khas di mana sambungan iPOD boleh dilakukan.

Dalam teater 6D yang kerusi dia leh gerak-gerak..Memang best!

Perkhidmatan multimedia juga tak mengecewakan. Korang boleh memilih samada untuk menggunakan Mac i5 atau komputer Windows yang lengkap dengan perisian terkini. RM1 dikenakan untuk penggunaan selama sejam. Bagi yang membawa komputer riba sendiri, jangan gusar kerana perkhidmatan wifi selaju 4MB menanti korang. Ruang menelaah yang sangat selesa disediakan di setiap sudut perpustaan lengkap dengan bilik diskusi bagi yang datang secara berkumpulan.


Nak main internet? Dengan kadar RM1 sejam, anda leh main internet dengan sungguh selesa dan memuaskan hati. Kalah cyber cafe kalau gini..

Senyuman pasti terukir di bibir pengunjung cilik sewaktu berkunjung ke zon interaktif. i-Step yang terdiri daripada pantulan imej projektor, memberikan visual ikan sedang berenang di dalam kolam pada lantai perpustakaan. Tatkala dipijak, akan berlaku kocakan air sama seperti realiti. Pokok besar yang dikenali sebagai 'Reading Tree' tentu menggamit si kecil untuk duduk dan membaca. Pelbagai permainan interaktif seperti Wii-Nintendo dan Online Location Reporter pasti menceriakan lagi proses pembelajaran. Tak terhad setakat tu jea, dorang juga menyediakan kemudahan gimnasium. surau, laman ilmu dan auditorium untuk kegunaan pengunjung.

Kalau dah puas baca buku dan lepak-ing, leh keluarkan peluh tu dengan bersenam kat gim. Jangan lupa bawak baju, seluar dan kasut sukan yea.

Peta lokasi untuk ke Perpustakaan Awam Tun Raja Uda(klik gambar untuk besarkan)



Alamat :

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor,
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR Darul Ehsan,
Jalan Kelab Golf 13/6,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

P/S : Kepada yang tak tahu jalan tu dan xda GPS, sila gunakan Google Maps dan taipkan alamat perpustakaan untuk mendapatkan kedudukan library tersebut. 'Clue' dia anda perlu masuk ke Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, setelah anda berjaya masuk, usah risau dah kerana ada papan tanda yang akan 'guide' anda ke perpustakaan..