Friday, February 24, 2012

No.16 Mutiara Binjai


Mesti anda tertanya-tanya dengan tajuk 'Mutiara Binjai' ni kan? Sebenarnya No. 16 Mutiara Binjai adalah nama sebuah warung di Medan Selera di Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kg Baru. Ianya menjadi pilihan si kalangan student-student Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur dan staf-staf Hospital Kuala Lumpur untuk menjamu selera kerana di sini harga makanannya murah dan mengenyangkan.

Tauke Warung Mutiara Binjai yang ramah dan mesra pelanggan :)

Nasi bujang Mutiasa Binjai menjadi pilihan kami sewaktu tengah bulan..hehe, maklumlah student lagi :) Harga pun tak mahal, cuma RM2.50 jea, makan petang, kenyang sampai esok pagi.

Nasi bujangnya lain dari yang lain kerana di dalam telur dadar tersebut ada ketulan-ketulan daging ayam+sayur+bawang. Selain itu juga apa yang membuatkan nasi bujang Mutiara Binjai ini berbeza dengan nasi bujang yang lain adalah terletak pada sosnya.. Sos buatan air tangan tauke dan pekerjanya memang lain dari yang lain, Memang sedapppp, tak tipu!


Nasi bujang yang dibungkus untuk di bawa balik dan di makan di asrama.

Selain makanannya yang enak, keramahan tauke warung ini yang digelar 'pakcik binjai' sememangnya disenangi oleh pelanggan-pelanggannya. Wajah beliau memang tidak lokek dengan senyuman, setiap pelanggan yang datang pasti disambut dengan sikapnya yang lemah lembut dan berbudi-bahasa sewaktu ingin mengambil order.

Antara menu kegemaran, nasi goreng cendawan ayam

Keenakkan makanan dan layanan istimewa dari tokey No.16 Mutiara Binjai pastinya meninggalkan memori bagi setiap pelajar seperti kami. Ini kerana apabila bekerja nanti pastinya kami akan makan di tempat yang lain dan berbeza. Namun, Warung ini tetap tersemat di hati dan sanubari kami sebagai pelajar KTMP, Kuala Lumpur.