Thursday, May 23, 2013

Satria Baja Hitam @ Gaban




Tetsuo Kurata atau nama sebenarnya Tetsuo Takayama merupakan hero drama 'Kamen Rider Black'. Di Malaysia, drama ini lebih dikenali sebagai 'Satria Baja Hitam'. Akan tetapi, dia lebih dikenali sebagai Kotara Minami iaitu wataknya dalam drama tersebut.

Selain melakonkan watak utama sebagai hero, dia juga merupakan penyanyi kepada lagu tema drama 'Kamen Rider Black'. Kali terakhir Tetsuo muncul di kaca TV melalui penampilan semula wataknya hasil kesinambungan untuk drama 'Kamen Rider Decade' pada tahun 2009.


Meskipun Kamen Rider dikatakan muncul semula dengan judul filem "All Riders:Let's Go Kamen Riders" (2011) dan :Kamen Riders X Super Sentai: Super Hero Taisen" (2012), tetapi bukan Tetsuo yang memainkan peranan. Sebaliknya ia dibawakan oleh pelakon baru. Kini, Tetsuo senyap tanpa sebarang khabar berita.